in ,

RM60K Lesap Ditipu Bakal Isteri Dari Facebook Untuk Majlis Kahwin Yang Tidak Wujud

Askar Tertipu

Dek kerana terpikat dengan kecantikan seorang wanita menerusi gambar-gambar yang dipaparkan di Facebook dan mengajaknya untuk berkahwin, seorang anggota tentera kerugian RM 60 ribu.

Tanpa berfikir panjang, anggota tentera terbabit rela memenuhi tuntutan kekasih mayanya agar menyerahkan RM60,000 bertujuan untuk membiayai majlis perkahwinan mereka menerusi pindahan bank.

tentera
Mangsa adalah seorang anggota tentera

Walaupun Mereka berdua tidak pernah bertemu dan hanya berhubung menerusi menerusi Facebook dan bersembang menerusi WhatsApp, namun anggota tentera terbabit yakin dan percaya dengan permainan licik wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata kejadian itu berlaku selepas anggota tentera terbabit berkenalan dengan seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Aishah di Facebook sejak November 2016.

askar
Mangsa berkenalan melalui facebook

Mangsa yang berumur 28 tahun itu juga berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan diajak berkahwin. Mangsa telah diminta untuk membuat pembayaran hantaran majlis perkahwinan.

“Kerana tertarik dengan gambar-gambar yang menawan digunakan oleh suspek, pengadu bersetuju berkahwin dan membuat pembayaran hantaran ke akaun bank suspek berjumlah RM30,000 secara pindahan dalam talian pada Disember 2016,” katanya.

Menurut Stanley lagi, mangsa juga diminta membuat beberapa transaksi pindahan secara online ke akaun yang sama berjumlah RM30,000 pada Jun 2017 untuk penambahan wang hantaran kepada suspek.

tipu
WhatsApp juga media untuk mereka bersembang

Sehingga ke hari ini suspek gagal dihubungi setelah pengadu membuat pembayaran sehingga RM60,000.

“Pengadu hanya membuat laporan polis selepas terasa ditipu apabila perkahwinan yang dijanjikan tidak diperolehi,” katanya.

Stanley berkata, suspek telah memperdayakan pengadu untuk memindahkan wang ke akaun suspek bagi tujuan perkahwinan yang tidak wujud.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseks4an kerana menipu,” katanya.

ditipu
Gambar Hiasan – Siapa tidak terpikat kalau dapat awek cantik begini tiba-tiba ajak kahwin

Masih ada orang yang sanggup memberikan wang tanpa memastikan benar-benar wujud entiti terbabit. Apapun kadang-kadang kita tidak akan menyangka sama sekali bahawa orang yang kita sayang sebenarnya tidak wujud sama sekali.

Berhati-hatilah sesungguhnya kita akan mengalami kerugian jika kita terjerumus dalam masalah seperti ini. Paling koman pun kita akan tertipu kerana memberi topup kepada orang yang tidak sepatutnya walhal kita tidak kenal. Penipu ada di mana-mana sehinggakan pakej haji atau umrah juga ada yang kena tipu.

Apa komen anda?

Melawatlah ke facebook kami di sukaviral

sumber: Utusan Borneo via SM

janda tinggal dalam reban ayam bersama 3 anak

Ibu Tunggal Bersama 3 Anak Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam. Allahu…

Wanita Menyara 38 Anak Selepas Ditinggalkan Suami

Wanita Bergelut Menyara 38 Anak Dari 15 Kehamilan Selepas Ditinggalkan Suami – Dasar Lelaki