in

Roh Tergantung Jika Tidak Bayar Hutang. Perjalanan Ke Syurga Juga Tertangguh

roh tergantung jika tidak bayar hutang

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

ROH TERGANTUNG JIKA TIDAK BAYAR HUTANG

Sebagai seorang muslim, kita perlu ada perasaan bimbang walaupun pada zahirnya sudah melakukan amal kebaikan dengan sebaiknya. Namun jangan kita alpa bahawa masih lagi terdapat perkara yang menyebabkan roh kita terhalang daripada ditempatkan bersama orang-orang soleh setelah dijemput mengadap sang pencipta.

Perkara tersebut adalah hutang. Setiap hutang manusia di dunia wajib dibayar sekalipun kita sudah kembali ke alam barzah. Ini kerana hubungan dengan orang yang kita hutang itu kekal.

roh tergantung tak bayar hutang
Sebelum berhutang, fikir semasaknya tentang bagaimana untuk anda membayarnya

Sebahagian para ulama berpendapat, hutang sesama manusia bermaksud hutang yang tidak dibayar dengan sengaja. Seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia dipanggil menghadap Allah SWT.

Wahai para sahabat sekelian. Jika kita tidak mampu membayar hutang dengan sekaligus, cubalah melunaskan secara beransur-ansur. Itu adalah antara adab orang yang berhutang.

Kepada mereka yang memberi hutang pula, anda disarankan janganlah menekan orang yang berhutang. Jangan pula merasa sangat seronok kerana berfikir bahawa dia ada peluang yang lebih besar untuk masuk syurga kerana hutang yang gagal dilunaskan itu.

ADAB SI PEMINTA HUTANG

Pemiutang juga tertakluk kepada adabnya ketika meminta separuh daripada jumlah hutang itu terlebih dahulu. Jangan pula cepat-cepat menghalalkan hutang anda kepada yang berhutang. Manun jika si berhutang masih gagal berbuat demikian, berilah penangguhan dan masa kepadanya.

hukum tak bayar hutang
Membayar hutang adalah kewajipan bagi umat islam.

Bagaimana pula jika si berhutang tetap tidak mampu untuk membayar hutangnya? Nabi SAW ada menyarankan agar melupakan atau menghalalkan separuh daripada jumlah hutang itu.

Berilah tempoh kepadanya agar menjelaskan sebahagian lagi hutangnya dan jika dia masih tidak mampu, minta kepadanya sepertiga daripada jumlah hutangnya.

Jika itu pun gagal lagi untuk dilunaskan, maka si pemberi hutang disarankan untuk melepaskan hutangnya itu. Tindakan sedemikian adalah tahap terakhir dan jelas terbukti pemberi hutang itu sangat bertoleransi serta beradab dengan orang yang berhutang.

Jangan pula anda marah kepada si berhutang dengan kata-kata seperti: “Aku tidak halal hutang kamu dunia dan akhirat.”

Ini kerana, sumpah atau kata-kata sedemikian boleh menyebabkan roh orang yang berhutang tergantung sehingga hari akhirat. Ia merupakan satu tanggungan yang sangat berat buat si berhutang.

BERUSAHALAH MEMBAYAR HUTANG

Orang yang berhutang hendaklah berusaha untuk melunaskan hutangnya. Jika sudah meninggal, maka warisnya wajib menanggung hutang tersebut.

hukum tak lunas hutang
Berusahalah membayar hutang walaupun dengan jumlah yang sedikit kerana itu lebih baik.

Jika anda perasan, setiap kali ada kematian dan kebiasaanya selepas solat jenazah, waris akan mengumumkan kepada jemaah dan semua yang hadir, sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa supaya bertemu dengan mereka untuk tujuan membayar hutangnya.

Sememangnya amalan sedemikian sangat baik. Ia merupakan antara adab dan akhlak sebelum jenazah dikebumikan. Dalam Islam, setiap hutang sunat dicatatkan. Butiran hutang adalah seperti dengan siapa berhutang, berapa jumlahnya dan apa bentuk barang yang dia hutang. Tujuannya bagi memudahkan waris melunaskan hutang apabila dia mennggal.

Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, “Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?”

Lalu mereka menjawab: “Ya”.  Baginda kemudian bersabda yang bermaksud: “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit?

“Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Thabrani)

Baca Juga – Jangan Halalkan Jika Ada Orang Berhutang Dengan Anda

Begitulah beratnya tanggungan hutang walaupun kita sudah pergi mengadap Ilahi. Kepada semua pembaca, dan diri admin juga, diingatkan agar cuba sedaya upaya untuk melunaskan hutang dan jangan lupa mencatatkan hutang-hutang tersebut. Tulis di tempat yang mudah untuk anak-anak atau waris menjumpainya.

Semoga kita semua bebas daripada cengkaman hutang. Sesungguhnya ia sangat berat untuk ditanggung. Bukan setakat roh tergantung jika tidak bayar hutang, bahkan jika kita sudah melepasi titian sirat, kita masih lagi ditangguhkan untuk masuk ke dalam syurga. Wallahu a’lam.

Sumber: Addin

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

simpan ubat demam

Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Sejuk Terlalu Lama

solat sunat taubat

Amalkan Solat Sunat Taubat Setiap Hari Supaya Hati Kita Sentiasa Tenang