in ,

Saat Sangkakala Ditiup Oleh Malaikat Israfil Hingga Menyeberangi Titian Sirat

Saat Sangkakala ditiup

Sekarang adalah dunia akhir zaman dimana kita berada di dalam Fasa ke 4 iaitu Mulkan Jabbariyyan atau Pemerintah Kuku Besi. Kita sedang menuju ke Fasa yang terakhir iaitu kembali semula ke era Khilafa ‘Ala Minhajun Nubuwwah. Ini merupakan salah satu tanda-tanda besar akhir zaman atau Tanda-tanda kiamat.

Tanda dunia akhir zaman
Gambar Hiasan. Kemunculan Imam Mahdi merupakan salah satu tanda kiamat yang besar di mana kita telah memasuki Dunia Fasa ke 5 dan yang terakhir

TANDA-TANDA KIAMAT

Menurut islam kiamat itu mempunyai beberapa petanda besar. Antara tanda-tandanya ialah:

  • Munculnya Imam Mahdi (kita kembali ke era khilafa)
  • Keluarnya Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa AS
  • Munculnya Yakjuj dan Makjuj
  • Matahari terbit dari Barat ke Timur
  • Pintu Taubat ditutup
  • Dab’bat al-Ard akan keluar dari tanah dan meletakkan tanda pada orang-orang islam
  • Kabus selama 40 Hari yang akan mematikan semua orang beriman dan mereka tidak akan merasai tanda-tanda kiamat yang lain
  • Sebuah kebakaran besar yang menyebabkan kerosakkan
  • Kemusnahan dan runtuhnya Kaabah
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  • Sangkakala ditiup kali pertama.
Ad Dukhan
Tanda besar kiamat salah satunya adalah Ad-Dukhan yang sangat ditakuti oleh Dajjal

APABILA SANGKAKALA DITIUPKAN

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala seluruh makhluk akan mati kecuali Malaikat Izrail dan beberapa lagi malaikat yang lain. Bunyi sangkakala sangat dahsyat dan menakutkan sehinggakan semua manusia bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Bayangkan pada masa itu semua orang mementingkan diri sendiri akibat ketakutan. Ibu yang mengandung keguguran dan meninggalkan janinnya tanpa sedar. Dahsyatnya apabila sangkakala ditiupkan dan berbunyi. Selepas itu, Malaikat Izrail akan mencabut semua nyawa malaikat yang tinggal. Akhirnya Malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Allah berfirman mafhumnya:

“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?”

Tiada sesiapa pun yang mampu menjawab sehingga Allah swt sendiri yang memberi jawapan tentang keagungan-Nya:

“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”

Ketika ini Allah menunjukkan kebesaran dan keagungan-Nya sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa. Allah telah membuktikan kepada seluruh makhluknya yang Allah tidak mati dan kekal selamanya.

3. Selepas 40 tahun berlalu, Allah menghidupkan Malaikat Israfil as kembali. Lalu Malaikat Israfil meniupkan sangkakala buat kali yang kedua. Ketika ini seluruh makhluk dihidupkan kembali di atas hamparan bumi yang putih berupa padang Mahsyar (diumpamakan seperti di padang Arafah). Keadaannya ibarat hamparan yang rata tanpa bukit bukau atau bulat seperti bentuk bumi.

padang mahsyar
Gambar Hiasan – Suasana dipadang mahsyar amatlah dahsyat.

4. Seluruh manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah sekelian manusia itu umpama anak pokok yang berkembang dan membesar dari biji benih.Pada waktu itu manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Tiada lagi rasa malu karena terlalu takut dan bimbang tentang nasib yang akan dilalui.

5. Lalu jin, manusia dan binatang dihalau ke satu tempat perhimpunan yang sangat luas. Mereka di halau oleh satu bentuk api yang berterbangan dengan bunyi yang menakutkan seperti guruh. Mereka bergerak ke tempat perhimpunan itu dengan berbagai cara. Bagi yang banyak amalan mereka akan menggunakan tunggangan, yang kurang amalan akan berjalan kaki dan bagi yang banyak dosa akan berjalan dengan muka. Diketika itu semua hanya memikirkan diri sendiri. Ibu melupakan anak, suami melupakan isteri dan sebagainya.

Susasan hari kiamat
Gambar Hiasan – Semua makhluk dihalau ke tempat perhimpunan oleh satu bentuk api yang berterbangan dan bunyi seperti guruh yang lebih dahsyat.

6. Setelah semua berkumpul di padang mahsyar, Allah menghapuskan cahaya matahari dan bulan. Maka suasana menjadi sangat gelap dan berlaku huru hara yang sangat dahsyat di dalam kegelapan itu.

7. Fasa seterusnya adalah langit yang tebal pecah secara tiba-tiba dengan bunyi yang amat dahsyat. Terdengar suara bertasbih. Rupa-rupanya malaikat turun dari langit sambil bertasbih kepada Allah swt. Semua makhluk sangat terkejut melihat betapa besarnya malaikat tambahan dengan suara mereka yang menakutkan.

8. Tiba-tiba matahari kembali muncul dengan suhu panas berlipat kali ganda. Pada ketika itu seluruh makhluk merasakan matahari seolah-olah berada pada jarak sejengkal di atas kepala mereka. Ulama mengatakan jika matahari yang naik di akhirat muncul di bumi nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering kontang. Berbalik keadaan di Padang Mahsyar, seluruh makhluk merasakan panas yang sangat dahsyat. Mereka bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelamnya mereka ketika itu adalah bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan seperti itu berlarutan sehingga 1000 tahun. Allahu akbar!

Matahari sejengkal
Gambar Hiasan – Matahari seolah-olah berada sejengkal di atas kepada ketika di Padang Mahsyar

9. Telaga Al-Kautsar kepunyaan Nabi Muhammad saw mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang-orang mukmin sahaja. Bukan orang mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaga telaga tersebut. Sesiapa yang meminum airnya nescaya mereka tidak akan haus selama-lamanya. Telaga atau Kolam ini berbentuk segi empat tepat. Saiznya adalah sebesar sebulan perjalanan. Bau airnya lebih harum dari kasturi manakala warnanya lebih putih dari susu. Rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai sumber saluran yang mengalir dari syurga.

BACA JUGA: 5 Fasa Dunia Akhir Zaman. Kita Di Fasa Berapa?

10. Seluruh makhluk berada di bawah panas matahari yang dahsyat kecuali tujuh (7) golongan yang mendapat perlindungan dari Arasy. Tujuh golongan tersebut ialah:

  • Pemimpin yang adil.
  • Orang muda yang taat kepada perintah Allah swt.
  • Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  • Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  • Lelaki yang diajak berzina oleh wanita tetapi dia menolaknya dengan berkata:“Aku takut kepada Allah”.
  • Lelaki yang memberi sedekah secara sembunyi yakni tidak diketahui oleh orang lain.
  • Lelaki yang suka bersendirian dengan mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takut kepada Allah.
golongan dilindungi arasy
Antara golongan yang mendapat perlindungan

11. Setelah terlalu lama menunggu di padang mahsyar, akhirnya mereka terdengar suara berkata:

“pergilah berjumpa dengan para Nabi.”

Lalu berpusu-pusu mereka bergerak mencari para Nabi. Nabi Adam adalah nabi yang pertama sekali dijumpai oleh kumpualn manusia ini. Usaha mereka gagal karena Nabi Adam a.s menyatakan bahawa beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah swt.

12. Seterusnya kumpulan itu bergerak dan berjumpa dengan Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as. Kumpulan manusia itu hampa kerana semua nabi-nabi itu memberikan jawapan sepertimana Nabi Adam as. Akhirnya mereka bertemu dengan Rasullullah saw.

13. Untuk bertemu setiap seorang nabi bukannya mengambil masa yang singkat. Mereka terpaksa mengambil masa yang sangat lama untuk bertemu kesemua nabi. Jarak masanya adalah 1000 tahun perjalanan untuk bertemu dengan setiap seorang nabi. Maka setelah bertemu baginda, Nabi Muhammad saw pun berdoa ke hadrat Allah swt. Lalu doa baginda diperkenankan oleh Allah swt.

14. Selepas itu mereka (seluruh makhluk) terdengar bunyi pukulan gendang yang sangat kuat sehingga menakutkan mereka kerana mereka menyangka ada lagi azab yang akan turun. Pada waktu itu mereka terlihat langit  terbelah. Maka turunnya Arasy Allah yang dipikul oleh lapan malaikat yang sangat besar saiznya iaitu sejarak perjalanan 20 ribu tahun sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehinggalah Arasy itu tiba.

arasy
Gambar Hiasan. Arasy yang turun setelah langit terbelah dua dipikul oleh 8 malaikat yang gagah perkasa.

15. Arasy adalah jisim nurani yang sangat besar berbentuk seperti kubah (bumbung bulat). Ianya mempunyai empat batang tiang yang senantiasa dipikul oleh empat malaikat yang besar dan gagah. Ianya diibaratkan sebuah istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi adalah jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy dan dipikul oleh empat malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy. Perumpamaan seperti cincin ditengah padang. Ibarat singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pada ketika itu menundukkan kepala kerana terlalu takut. Diwaktu ini bermulalah timbangan amal. Maka berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan ia akan tergantung di leher sehinggalah nama dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh Malaikat Hafazhah/Raqib dan ‘Atid/Kiraman Katibin.

18. Manusia pada ketika itu beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing manakala orang-orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut mempunyai tanda tersendiri untuk dibezakan.

19. Yang pertama dihisab adalah umat Nabi Muhammad saw. Amalan yang pertama dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama diputuskan adalah perkara yang melibatkan pertumpahan darah. Apabila tiba giliran untuk dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab di leher mereka lalu diserahkan. Orang mukmin akan mengambilnya dengan tangan kanan manakala yang bukan mukmin dengan tangan kiri.

hisab
Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab

20. Tidak terkecuali, semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan yang sangat besar saiznya. Ia mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang mempunyai cahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Proses ini akan disaksikan oleh Nabi Muhammad saw dan para imam empat mazhab.

21 Perkara pertama yang diminta adalah Islam. Jika bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang manakala amalan buruk mereka tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut tidak akan berfungsi, hanya tangan akan berkata-kata dan kaki akan menjadi saksi. Pada ketika ini tiada lagi hujah-hujah yang menipu atau berdolak dalih. Semuanya di adili dengan Maha Bijaksana oleh Allah swt.

22. Selesai timbangan amalan, mahkamah Mahsyar dibuka kepada semua makhluk untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian sirat.

SYAFAAT NABI

23. Syafaat Nabi Muhammad saw di akhirat adalah untuk:

  • Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  • Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa dihisab.
  • Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman walau sebesar zarah dari neraka.
syafaat nabi
Semua syafaat yang diberikan nanti adalah tertakluk kepada keizinan Allah swt

24. Para nabi dan rasul serta golongan khawas diberikan keizinan oleh Allah swt untuk memberi syafaat kepada pengikut mereka. Kesemua mereka berjumlah 70 000. Setiap seorang daripada mereka akan memberi syafaat kepada 70 000 orang yang lain.

TITAN SIRAT

25. Manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat seusai hisab. Siratal Mustaqim ialah jambatan yang terbentang di bawahnya api neraka jahanam. Lebar jambatan sirat adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh. Tajamnya adalah melebihi mata pedang. Bagi orang-orang mukmin ia akan dilebarkan dan dipermudah untuk menyeberanginya.

26. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di atas jambatan Sirat mengambil masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasi Sirat pantas seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan ada yang berjalan kaki. Tidak kurang juga ada yang tidak berjaya melepasinya kerana api neraka itu sendiri sentiasa menarik kaki mereka sehingga terjatuh ke dalamnya.

titian sirat
Gambar Hiasan. Keadaan sebenar adalah jauh lebih dahsyat daripada gambaran manusia.

27. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri jambatan Sirat mengawasi setiap makhluk yang melaluinya. Setiap 1000 orang yang melaluinya hanya seorang sahaja yang berjaya manakala 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

BACA JUGA: Kemarau Panjang Akan Melanda Dunia Mulai 2019 Hingga 2022. Apakah Petandanya?

Samalah kita mempersiapkan diri kita sebelum terlambat. Dunia yang kita hadapi sekarang adalah dunia fitnah yang amat besar. Jauhilah menyebar perkara yang menjurus kepada fitnah. Bayangkan betapa dahsyatnya saat sangkakala ditiupkan oleh malaikat israfil hingga menyeberangi titian sirat. Sesungguhnya kita makhluk yang lemah. Wallahu a’lam.

Sumber: facebook

Debaran 10 Selebiriti Menanti Orang Baru

Resepi Roti Canai Lembut dan Wangi

Resepi Roti Canai Lembut dan Wangi