Penyer4ng Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bersama kereta baru? Jelas kenderaan tersebut adalah jenis Porsche iaitu kereta mewah buatan negara Jerman.
Safawi Tayang Kereta Baru?
Pemain ternama JDT yang juga kebangsaan itu berkesempatan berkongsi ‘jentera mewah’ dipercayai kereta baru beliau menerusi laman Instagramnya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para peminatnya.

Menerusi ucapan ringkas, pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang berusia 23 tahun itu sempat memberi peringatan supaya dapat terus menjaga diri ketika pandemik C0VID-19 masih lagi melanda negara ini.
Katanya, “SHRMZB #kitajagakita #semogaistiqomah”.
Kita sebagai peminat turut merasa berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidang bolesepak. Beliau adalah antara anak tempatan yang berjaya dan antara yang mampu meny4ingi pemain-pemain import lain.
Hantaran Pawi turut mendapat perhatian pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meninggalkan komen seperti di bawah:
“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail.
Semoga Pawi terus berjaya kerana usianya masih muda. Kami berdoa agar Pawi tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan gossip yang seterusnya mampu menjatvhkam imej, populariti serta prestasinya.
Sumber: BH online