in

Salji Turun Di Gurun Sahara – Apakah Ini Juga Petanda Kiamat Semakin Hampir?

Atlas Montain

SALJI setebal sehingga 40 sentimeter meliputi sebahagian Gurun Sahara di Algeria selepas ribut salji yang dianggap ganjil berlaku , Ahad lalu. Apakah petanda jika ianya dianggap ganjil? Allah nak beritahu sesuatu yang kita juga tidak tahu? Wallahua’lam

Menurut MyMetro salji turun di bandar Ain Sefra dan kawasan sekitarnya itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh 37 tahun. Ia menyebabkan tanah berpasir merah hilang diganti dengan salji memutih. Salji mula turun pada awal pagi Ahad lalu.

Sajli Di Sahara
My Metro

Jurugambar Karim Bouchetata berkata: “Kami terkejut apabila bangun mendapati salji masih turun. Liputan salji itu kekal hampir sepanjang hari sebelum cair sekitar 5 petang.”

Pada tahun 2016, bandar itu diliputi salji tebal pada hujung tahun menyebabkan kelam-kabut dengan penumpang terkandas dalam bas akibat jalan raya menjadi licin dan dipenuhi ais.

Pada Januari 2017, sekali lagi salji turun di bandar itu dan kekal agak lama hinggakan kanak-kanak boleh membina orang salji.

Pergunungan Atlas yang diselaputi salji
My Metro

Salji sebelum itu turun di bandar berkenaan pada 18 Februari 1979 selama satu setengah jam.

Menurut jurucakap jabatan meteorologi, udara sejuk bertiup ke Afrika Utara berikutan tekanan tinggi di Eropah yang menyebabkan cuaca sejuk pergi lebih jauh ke selatan berbanding kebiasaan.

Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut dan di kelilingi pergunungan Atlas.

Pergunungan Atlas
Suasan sebuah perkampungan di pinggir gunung Atlas

Walaupun cuacanya sejuk pada Januari dengan suhu enam hingga 12 darjah Celsius, namun tiada salji.

Video:

Sumber: MyMetro

sukaviral

Pelajar Berumur 7 hingga 12 Tahun Akan Menerima SSPN1M Bernilai RM500 Dari Kerajaan. Pantas! Hanya 500,000 Pemohon Terawal Sahaja

Bagaimana Adam Corrie Boleh Memeluk Islam? Baca Kisahnya Di Sini.