in , ,

Saman Merokok Di Premis Makanan Mulai Ogos Ini

Saman Perokok Mulai Ogos

Tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan merokok di kedai makan dan restoran bakal berakhir pada Julai ini.

Selepas tempoh itu, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman kepada perokok yang masih berdegil.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, “Setakat ini kita belum mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar peraturan itu tetapi mulai Julai ini kita ambil tindakan tegas. Dalam tempoh itu juga penguatkuasaan ditingkatkan.

Kesalahan Merokok
Merokok di kedai makan atau restoren akan mula dikenakan tindakan saman mulai ogos 2019

Katanya lagi, “Kita menyeru orang ramai supaya dapat bekerjasama dengan kami kerana perkara ini berkaitan dengan isu kesihatan selain kita berharap perokok mengubah sikap mereka”.

Beliau memaklumkan sedemikian selepas ditemui wartawan sewaktu menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Plus antara kementeriannya dengan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) di Putrajaya semalam.

saman merokok
Merokok di diluar kawasan larangan merokok

Perokok juga dinasihatkan agar mengurangkan tabiat merokok seterusnya berenti daripada merokok.

“Merokok di luar kawasan larangan merokok atau lebih tepat kurangkan merokok.

“Jika mereka nekad untuk berhenti merokok, 731 Klinik Kesihatan dan 46 hospital menyediakan khidmat untuk berhenti merokok secara percuma,” katanya.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Mana-mana perokok yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan, warung atau restoren yang gagal mematuhi peraturan tersebut juga boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

berhenti merokok
Berhentilah merokok kerana ia menjaga kesihatan dan poket anda

Larangan merokok di kedai makan atau restoran telah dilaksanakan sejak Januari lalu. Walau bagaimanapun kementerian memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok dengan membenarkan mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan talian telefon dan whatsapp untuk melaporkan kesalahan berkaitan merokok.

Sebelum ini tular berbagai-bagai kaedah dan lawak jenaka warganet merokok di kawasan restoren atau kedai makan seperti membawa meja dan kerusi di luar kedai, membawa pita pengukur dan sebagainya.

Apapun kita harapkan semoga kita semua dapat mengelakkan diri kita daripada disaman dalam keadaan ekonomi kita sendiri yang gawat. Tidak semua perokok berduit namun perokok mampu membelinya atau menghisapnya.

Artikel Berkaitan: Ramuan Ini Mampu Membersihkan Paru-Paru Perokok

JOM BERHENTI MEROKOK!

Sumber: hmetro

Written by Nur Aida

Artis Tumbuk Pengawal Keselamatan Akan Direman Hari Ini

Kisah Ainul Mardhiah

Kisah Adik Ainul Mardhiah