Ketika Ronaldinho ditahan bersama saudaranya kerana menggunakan pasport palsu di Paraguay dan ditahan di Agrupacion Especializida selama 32 hari, hanya dua pemain yang mengunjunginya iaitu Samuel Eto’o dan pemain Paraguay Nelson Cuevas.
Setelah mengaku bersalah atas tuduhan tersebut, kedua-duanya didenda 200,000 euro ditambah dengan tuntutan undang-undang berjumlah 270,000 euro. Ketika Ronaldinho memberitahu E’too mengenai tuduhan yang dikenakan kepadanya, dia menjawab bahawa dia akan mengurus semuanya.
Hebatnya Manusia Bernama Samuel Eto’o
Beberapa bulan lalu, Eto’o mengucapkan hari ulang tahun ke 40 Ronaldinho dengan penuh emosional ketika legenda bola sepak Brazil itu berada di penjara Paraguay.
Dari semua rakan terkemuka Ronaldinho yang membuat puncak kerjayanya, hanya orang Afrika yang pernah dipanggil monyet oleh segelintir peminat di Sepanyol dan Itali yang hadir membantu Ronaldinho.
Sudah tentu sebagai peminat bolasepak anda mengenali 2 orang lagenda bolasepak dunia ini. Mereka juga merupakan bintang hebat bagi kelab FC Barcelona iaitu tidak lain tidak bukan Ronaldinho dan Samuel Eto’o.
Mereka bukan sahaja menjadi pujaan peminat di FC Barselona sahaja bahkan di seluruh dunia. Mereka sama-sama mengecapi kejayaan bersama pasukan hebat ini. Tetapi Samuel Eto’o membuktikan dia bukanlah hanya kawan semasa senang dan gembira sahaja, bahkan ketika susah sekalipun dia tetap bersama.

Kisah terbaru bagi kedua mereka juga sangat HEBAT. Ini dibuktikan apabila Eto’o melakukan sesuatu yang sangat LUAR BIASA yang jarang dibuat semata-mata untuk menyelamatkan rakannya di Barcelona dulu, Ronaldinho.
Namun di saat sukat, hadir seorang sahabat sejati, sahabat ketika senang dahulu dan ketika sedang susah. Samuel Eto ‘o, kini telah bersara dari bermain bolasepak telah mengeluarkan sejumlah besar wangnya semata-mata untuk melihat Ronaldinho dibebaskan. Samuel E’too akhirnya membuat pembayaran dan dia dibebaskan.

Apa yang ditunjukkan oleh Eto’o amat mengejutkan. Masakan tidak, beliau bukanlah warga Brazil. Semua maklum Eto’o adalah warga Cameroon dan pemain kebangsaan negara itu. Ramai lagi pemain hebat dari Brazil yang kaya raya masih tidak mampu untuk membantu Ronaldinho.

Tiada tanda-tanda bahawa mereka itu bersedia untuk membantu Ronaldinho keluar dari penjara. Sehingga muncul rakan yang tidak disangka dari negara dan bangsa yang berbeza iaitu Samuel Eto’o. Apa yang dilakukan oleh Samuel Eto’o belum tentu sanggup dilakukan oleh saudara sendiri.
Mungkin dikalangan kita pernah merasai saat kejatuhan dan ketika itu tiada siapa yang mampu membantu, bahkan menjauhi sehingga tiba-tiba muncul seseorang yang kita tidak sangka untuk membantu kita.
Baca Juga – Walau Tersingkir Awal, Marquez Berjaya Kawal Jenteranya Elak Kemalangan Lebih Teruk
Sebagai rakan juga, kita juga harus belajar menerima sesuatu kebaikan dan memberi sesuatu kebaikan disaat sahabat kita atau saudara kita perlukan. Sesungguhnya kekuatan dan semangat yang ada pada diri kita diperlukan pada orang lain.