in , ,

SAPS Semakan Ibubapa 2019 – Keputusan Peperiksaan Online

SAP IBUBAPA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah portal yang mengandungi Sistem Pangkalan Data yang dikenali sebagai SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk memudahkan para ibubapa dan waris pelajar memantau prestasi akademik anak-anak mereka.

Para ibubapa atau waris boleh terus mengakses perkembangan pembelajaran dan keputusan peperiksaan tanpa melalui anak mereka. Tidak akan timbul lagi masalah kehilangan slip keputusan peperiksaan dan sebagainya. Portal ini dilihat lebih sistematik dan sangat mudah untuk diakses.

Fakta: Report Card belum tentu dapat dilihat oleh ibubapa jika anak mendapat keputusan yang kurang baik.

PENGENALAN SISTEM

Sistem ini dibangunkan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisa data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di seluruh Malaysia. Ia juga turut menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan pengendalian data.

Dengan adanya sistem analisis keputusan peperiksaan ini, berbagai masalah dapat dikurangkan. Paling utama adalah Penjimatan masa kerana semua ibu bapa boleh menggunakan sistem secara online. Pihak sekolah terutama guru-guru tidak lagi perlu mengira secara manual dan membuat sebarang analisa. Mereka juga tidak perlu lagi menghantar maklumat melalui pos.

saps semakan ibu bapa sekolah rendah
Sistem ini memudahkan ibubapa memantau perkembangan pelajaran anak mereka.

KELEBIHAN SISTEM

Sila klik pada pautan dalam table di bawah. Bagi ibubapa atau waris sila klik pada kolum Ibubapa. Di situ anda boleh mula mengakses sistem ini. Sila baca penerangan di bawah sebelum melayari sistem supaya lebih mudah untuk diakses.

Untuk mengakses sistem ini sila klik pada pautan yang disediakan di bawah:

1. Guru – Log In SistemSistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

2. Ibubapa / Penjaga – SemakKeputusan Peperiksaan Pelajar

Sistem SAPS Online bukan sahaja untuk kegunaan ibubapa malah ia boleh digunakan oleh berbagai pihak seperti KPM, PPD, JPN, pihak sekolah dan guru-guru. Guru-guru mungkin telah memahami sistem ini. Analisis yang dikendalikan menerusi sistem ini adalah berdasarkan Skala Gred Kebangsaan.

Data yang disimpan menerusi sistem ini dapat digunakan oleh pelbagai pihak dan keutamaannya adalah KPM, JPN dan PPD bagi membuat sebarang analisis yang berkaitan.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

1. Ibubapa atau waris boleh membuat semakan penilaian keputusan peperiksaan anak mereka menerusi sistem SAPS ini. Terdapat 2 jenis peperiksaan iaitu:

  • Peperiksaan Sekolah Rendah – dari Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Peperiksaan Sekolah Menengah – dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

2. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui SAPS online ialah:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (Trial Exam) UPSR, PT3 dan SPM

NOTA: SAPS online tidak menyediakan kemudahan untuk menyemak KEPUTUSAN PENUH UNTUK PEPERIKSAAN UPSR, PT3 dan SPM.

CARA MEMBUAT SEMAKAN (IBUBAPA & WARIS)

saps semakan ibu bapa 2018 sekolah menengah
Ibubapa hanya perlu melayari laman web seperti yang dinyatakan di bawah.

Ibubapa atau waris hanya perlu melayari laman web yang disediakan. Anda perlu login secara online untuk mendapatkan slip keputusan, maklumat dan prestasi anak dengan lebih terperinci.

Cara membuat semakan SAPS online dan panduan lengkap dengan langkah-langkah untuk menyemak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa adalah seperti yang berikut:

1. Klik [ Link SAPS ] ini dan anda akan melihat paparan seperti di bawah:

saps semak kan ibu bapa
Gambar 1

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir anak anda tanpa space (jarak) dan dash (-) seperti contoh ini   070909025229. Tekan butang CARI

3. Masukkan negeri di mana pelajar menuntut, pilih Pejabat PPD dan pilih nama sekolah murid yang terkini.

saps ibu bapa semakan keputusan peperiksaan online
Gambar 2

Nota: Jika anda tidak dapat mengakses data anak anda, sila cari data sekolah anak anda yang terdahulu (jika telah berpindah sekolah).

4. Sila klik pada butang Semak Laporan dan seterusnya anda akan dapati submenu seperti gambar di bawah.

5. Sila pilih tahun dan jenis peperiksaan yang ingin disemak seperti Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan lain-lain peperiksaan yang disediakan di menu tersebut.

saps semakan ibu bapa 2018 online sekolah rendah
Gambar 3

Nota: Nama sekolah terkini dipaparkan secara automatik.

6. Klik pada Papar Slip Keputusan atau  Papar Markah Peperiksaan.

ANALISA KEPUTUSAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Selepas anda menekan butang keputusan peperiksaan, anda akan dapat pautan tersebut akan menunjukkan Analisa Keputusan ujian dan Peperiksaan bagi tahun yang dipilih dan paparan slip keputusan dalam bentuk PDF juga disediakan.

Paparan tersebut akan menunjukkan mata pelajaran yang telah diambil, markah dan gred bagi setiap subjek diikuti dengan markah keseluruhan. Semua markah tersebut akan menandakan aras untuk mengira peratus pencapaian sama ada murid terbabit lulus atau gagal.

Melalui slip keputusan peperiksaan tersebut, semua ibu bapa dan penjaga akan dapat mengetahui kedudukan anak mereka di dalam kelas serta kedudukan dalam bilik darjah yang diperolehi mereka.

saps semakan ibu bapa my sumber
Contoh keputusan ujian dan peperiksaan bagi tahun 2018.

PENUTUP

Semoga ianya memberi manfaat kepada ibubapa / penjaga dengan adanya kemudahan ini. Para penjaga dapat memantau kedudukan kelas murid dan juga boleh membuat semakan slip keputusan peperiksaan secara online.

Diharapkan kemudahan sistem SAPS NKRA ini membolehkan semua ibubapa menjadikan anak mereka lebih bijak, pandai dan sering memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang dan terbaik.

Semoga sistem ini akan terus menjadikan semua pelajar berada di tahap yang lebih baik serta cemerlang dalam semua jenis peperiksaan di masa akan datang.

Sumber: My Sumber

Doa Selepas Akad Nikah

Doa Selepas Akad Nikah

Cara Kenali Ular Berbisa Atau Tidak

Cara Mengenali Ular Samada Berbisa Atau Tidak