in

“Saya Pernah Dengar Pasal Aimar Ke JDT, Tetapi….Siapa Liridon?” – Neymar Ulas Isu JDT

Saya terbaca pos dari dua artikel berbeza tetapi serupa berkaitan Liridon dan JDT. Saya agak terperanjat dengan artikel terakhir dalam pos tersebut yang saya ulang siar di bawah ini. Saya porolehi pos ini dari heroviral.online dan johormostwanted.com. Ada beberapa tajuk artikel di salah satu page ini seolah-olah menghina pasukan Kedah.

Liridon antara pemain import terbaik di Liga Malaysia
Mat Don

Berhubung artikel terakhir, saya tidak pasti samada ianya keluar dari mulut Neymar, Angel di Maria atau penulis itu sendiri. Sebagai orang Kedah saya terpanggil untuk menyiarkan artikel ini agar kita sama-sama menilai.

BERIKUT ADALAH ARTIKEL BERKAITAN

Bintang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Neymar mendakwa beliau hanya pernah mendengar nama kelab Johor Darul Takzim dari Malaysia setelah mereka ada kaitan dengan Pablo Aimar.

Neymar merupakan pemain sensasi PSG dalam Liga Perancis
Neymar Jr.

Beliau juga hairan bila ramai yang mengatakan bahawa Liridon bakal menjadi pencabarnya di Liga Perancis – Ligue 1.

“Saya hanya mengetahui tentang pasukan Johor Darul Takzim sewaktu Pablo Aimar menyertai pasukan tersebut apabila Lionel Messi memberitahu saya bahawa kelab dari Malaysia (JDT) itu telah menandatangani kontrak bersama Aimar. Kebetulan Pablo Aimar adalah idola kepada Lionel Messi”.

Agak memeranjatkan apabila sesetengah penyokong Kedah melabelkan Liridon Krasniqi atau nama panggilan ‘Mat Don’ bakal menjadi seteru utama Neymar di Ligue-1 sedangkan pemain yang berasal dari Kosovo tersebut lansung tidak layak melepasi ujian kecergasan Angers SCO.

“Mereka sengaja mengaitkan nama saya untuk meraih populariti murahan. Saya fikir mereka mengambil dos ketum yang berlebihan”. – Neymar Santos JR, Bintang Sensasi PSG

Setelah Pablo Aimar menyertai pasukan Johor Darul Takzim, kelab JDT dikenali hampir ke seluruh dunia.

Malah pemain sayap rakan sepasukan Neymar dari kelab PSG, Angel Di Maria juga turut memberikan respon berhubung isu ‘Mat Don’ yang dikaitkan akan ke Ligue-1.

Angel Di Maria adalah pemain kebangsaan Argentina mewakili kelab PSG
Di Maria

Dari awal lagi saya sudah dapat meneka bahawa ini hanyalah cerita palsu yang sengaja direka untuk menumpang populariti Neymar.

Ini menunjukkan penyokong kelab tersebut mempunyai minda kelas ketiga, pelik juga bila saya dapat tahu mereka memenangi anugerah penyokong terbaik baru-baru ini.

Apa-apapun semuanya sudah terjawab, Liridon kekal bersama pasukan Kedah untuk semusim lagi. Pemain import itu pastinya kecewa kerana tidak dapat beraksi bersama pasukan Angers SCO kerana bermain di Liga Perancis adalah sebahagian dari cita-citanya.

Liridon tidak layak kerana tidak melepasi ujian kecergasan pasukan tersebut. Berbeza situasinya dengan bekas pemain JDT, Gabriel Guerra yang kini sudahpun menjalani latihan bersama dengan gergasi kelab Argentina, Boca Juniors.

Penyokong Kedah pula pastinya menarik nafas lega kerana tanpa ‘Mat Don’ Kedah tidak akan kemana-mana dan sekalipun Liridon masih kekal bersama Kedah, percayalah pasukan mereka tetap akan berada di lembah yang hina sehingga ke akhirnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Skuad Bawah 23 Negara Lakar Sejarah Ke Suku Akhir AFC Cup 2018 Setelah Benamkan Arab Saudi.

Kenali Wang Anda dan Ketahui Ciri-Ciri Keselamatan Matawang Ringgit Malaysia.