in ,

Selangor FA Rugi RM300,000 Kerana Batal Kejohanan Bolasepak di China

Selangor FA
Foto - Selangor FA

Persatuan bolasepak Selangor (FAS) sebelum ini dilaporkan akan meneruskan hasrat untuk menyertai Piala Meizhou Hakka di China, namun akhirnya mereka telah menukar fikiran.

FAS telah mengumumkan bahawa pasukan Red Giants tidak akan menyertai kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada 24-28 Januari ini menerusi laman web rasmi mereka.

Punca utama keputusan itu diambil adalah bagi mengutamakan keselamatan para pemain dan pegawai pasukan serta mengelakkan daripada virus coronavirus tersebar kepada keluarga serta seluruh rakyat di Malaysia.

SELANGOR FA MOHON MAAF

Selangor FA juga telah memohon maaf kepada Meizhou Hakka FC selaku penganjur kejohanan itu dan akan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin.

Akibatnya Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terpaksa membayar pampasan sebanyak RM300,000 kepada pihak penganjur dan disahkan oleh Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon yang mengakui ia memberi impak kepada kewangan pasukan.

Red Giant
Dr Johan Kamal Hamidon – Foto Fox Sport

Johan berkata RM300,000 mungkin jumlah yang telah penganjur belanjakan daripada segi penerbangan dan semua kemudahan. Tiket juga telah jual. Ianya memberi kesan yang agak besar terhadap kewangan Red Giant namun mereka mengutamakan kebajikan pemain.

Jumaat lalu Selangor FA terpaksa mengambil tindakan drastik tidak mengambil bahagian di kejohanan pra-musim itu hanya beberapa jam sebelum penerbangan ke Meizhou. Ini berikutan penularan wabak Coronavirus di Wuhan, yang telah mer4gut Sekurang-kurangnya 26 ny4wa setakat ini.

Meskipun lokasi kejohanan terletak kira-kira 1,000 km dari Wuhan, tindakan FAS wajar dipuji kerana penularan pantas virus tersebut bukan sahaja di China bahkan ke 9 negara lain sehingga ke Amerika Syarikat.

Tindakan Selangor FA menarik diri adalah tepat pada masanya dan sangat terpuji.

Dalam kejohanan pra-musim itu, 4 pasukan telah dijadualkan beraksi tuan ruamh Meizhou Hakka FC, Selangor FA, Sangju Sangmu (Korea Selatan) dan Chonburi FC (Thailand) yang sudah berada di China.

Sumber: Fox Sports

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Dukun Wanita Dakwa Mampu Panggil Malaikat

Dukun Wanita Dakwa Mampu Panggil Malaikat & Nabi, Namun Disangkal Oleh UAS

bengkang ubi kayu

Cara Buat Bengkang Ubi Kayu Gula Merah Kukus