in

Debaran 10 Selebiriti Menanti Orang Baru

Masuk saja tahun 2019, rupa-rupanya ada selebriti kesukaan anda sedang menanti kehadiran orang baru ke dalam keluarga mereka. Samada anak sulong, kedua, ketiga dan seterusnya, mereka telah berkongsi di laman sosial masing-masing.

Namun tak semua kita mengikuti kesemua laman sosial mereka. Namun bagi mereka yang tahu, tentu tidak sabar melihat bayi artis kesukaan mereka.

Siapakah selebriti dimaksudkan?

1. MAWAR RASHID

Merupaka seorang pelakon. Mula mencipta nama menerusi drama Tundukkan Playboy. Selepas setahun mendirikan rumahtangga dengan Raf Yaakob, beliau berkongsi berita gembira ini. Kini beliau sedang hamil tujuh bulan dan masih sempat bercuti ke Bali, Indonesia. Mawar bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Mac ini.

artis dapat anak
Mawar Rashid

2. SYATILLA MELVIN

Syatilla juga seorang pelakon. Suaminya cukup dikenali ramai iaitu aktor Shaheizy Sam. Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 selepas enam tahun bercinta dan telah dikurniakan seorang hero iaitu Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila Syatilla mengalami keguguran selepas pulang bercuti pada pertengahan tahun lepas ketika Ketika usia kandungannya enam minggu. Syatilla berkongsi berita gembira tentang kehamilannya menerusi Instagram.

anak artis
Syatilla Melvin

3.IZREEN AZMINDA

Pelakon Izreen Azminda berkongsi berita kehamilannya dengan peminat. Izreen memberitahu dia dijangka melahirkan anak sulung daripada perkahwinan keduanya bersama Ude pada Julai depan. Dikhabarkan Izreen mengalami alahan teruk hingga langsung tidak dapat membuat kerja berat. Dia juga mudah mengalami pendarahan. Izreen dikurniakan seorang anak lelaki berusia enam tahun menerusi perkahwinan terdahulu.

artis hamil
Izreen Azminda

4. DYNAZ MOKHTAR

Dynas bakal menerima cahaya mata ketiganya pada bulan April nanti. Dia sangat teruja kerana ini adalah anak sulung bagi perkahwinan keduanya bersama Shazrik Din. Dynas mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan pertama iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

artis mengandung
Dynas

BACA: SENARAI 10 SELEBRITI TERKAYA MALAYSIA

5. HANIS ZALIKHA

Ketika bercuti di Tokyo pada November lalu, Hairul Azreen mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua. Eloklah tu sebab peminat pun tak sabar nak tengok Yusuf menjadi abang.

Mereka berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan anak lelaki terkenal mereka iaitu Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.Mereka sering mendapat perhatian kerana keletah comel Yusuf.

yusuf dapat adik
Hanis Zalikha

6. ANZALNA NASIR

Anzalna berkahwin pada 21 Februari 2016. Beliau dan suaminya Hanif menantikan kelahiran anak sulung mereka tahun ini. Berita gembira itu dimaklumkan menerusi video yang dimuat naik di Instagram ketika meraikan hari kelahirannya.

rezeki anzalna
Anzalna Nasir

7. SHAKILLA KHORIRI

Usia kandungan Shakilla kini sudah mencecah tujuh bulan. Berita gembira ini disampaikan oleh suaminya Fizi Ali. Dikhabarkan Shakilla tetap menjalani aktiviti lasak seperti joging dan mendaki Bukit Tangki di Felda Lurah Bilut Bentong, Pahang Walaupun sarat mengandung. Hati-hati ya Shakilla.

artis tunggu orang baru
Shakilla Khoriri

8. NOURUL DEPP

Pada usia 41 tahun, penyanyi Nourul Depp diberikan rezeki untuk hamil bagi kali keempat. Suaminya merayu dan berdoa supaya dia mengandung lagi. Akhirnya doa Eric Depp dimakbulkan.

Nourul Berkahwin dengan Eric pada 2012, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachary dan Raphael. Masing-masing berusia 6 dan 4 tahun. Nourul juga mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 21 tahun hasil dari perkahwinan terdahulu.

Nourul Depp

9. LIZA HANIM

Liza Hanim tidak menjangkakan kehamilan ini. Ini adalah anak kelima beliau yang dijangka akan dilahirkan pada Februari ini. Anak keempatnya kini berusia tiga tahun. Dia mengakui kehamilan kelimanya sebagai satu kejutan dan mengujakan. Dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang hamil. Keluarganya sangat gembira dengan berita ini.

Empat cahaya mata Liza Hanim iaitu Marsya Qistina, 16, Marissa Qalreen, 10, Mohammed Salahuddin, 8, serta Mohamed Ibrahim, 4. Suaminya ialah Mohamed Sharin iaitu bekas anggota kumpulan Indigo.

Liza Hanim

10. ZIZIE EZETTE

Zizie Ezette mengambil risiko apabila disahkan hamil kali kedua selepas sembilan bulan melahirkan anak kembarnya secara pembedahan pada 29 Disember 2017. Anak kembarnya Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Zizie bakal melahirkan pada Mac ini. Zizie adalah kakak kepada pelakon Shaheizy Sam telah berkahwin dengan ahli politik, Bung Mokhtar pada 2009.

Zizie Ezette

Semoga anda semua selamat menimang cahaya mata.

BACA: MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN KETIKA MENGANDUNG

Sumber: Metro

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Akhirnya Individu Yang Menghina YDP Agong Di Tahan

Saat Sangkakala ditiup

Saat Sangkakala Ditiup Oleh Malaikat Israfil Hingga Menyeberangi Titian Sirat