in ,

Semak Saman Polis, Trafik, AES dan JPJ – Online dan SMS

Semak Saman PDRM

Ada yang memandu bertahun-tahun tetapi tidak mengetahui bahawa dia mempunyai banyak saman. Ia berlaku kerana saman-saman tersebut tidak mempunyai surat terutamanya yang melibatkan perangkap had laju. Oleh itu, bagi mengelakkan lebih banyak lagi saman tertunggak tanpa pengetahuan anda, sila buat semakan.

Berbagai cara untuk membuat semakan disediakan oleh kerajaan. Kini ianya semakin mudah. Adalah penting bagi anda untuk membuat semakan saman iaitu saman trafik, PDRM, JPJ dan AES.

cara semak saman jpj,
Kedudukan AES kebanyakannya tidak disedari oleh pemandu kenderaan.

Jika anda ada merasakan bahawa anda sering melanggar had laju dan undang-undang jalanraya yang lain eloklah anda semak. Anda sebagai mungkin ada melakukan kesalahan semasa memandu atau ketika meletakkan kenderaan. Anda mungkin pernah disaman kerana memandu melebihi had laju atau melakukan kesalahan yang lain tanpa ada sedar atau terlupa.

Agensi-agensi yang terlibat dengan saman menyaman bagi pengguna jalanraya adalah Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kamera AES (Automated Enforcement System (speed trap)).

Sekarang ini kita tidak lagi perlu bersusah payah keluar dari rumah hanya untuk memeriksa dan membayar saman di agensi-agensiberkaitan. Disamping menjimatkan kos, kita juga menjimatkan masa kerana tidak perlu berbaris untuk memeriksa dan membayar saman atau mengharungi kesesakan lalulintas.

Semuanya boleh dilakukan dengan cepat secara atas talian dan juga melalui perkhidmatan SMS yang disediakan. Semuanya hanya di hujung jari kita sahaja. Sekarang ini kita boleh membayar saman secara online melalui perbankan internet menerusi portal SSO PDRM, MyEG Online dan RILEK.

CARA SEMAK SAMAN SECARA ONLINE

Kemudahan untuk menyemak saman kenderaan kini lebih mudah kerana banyak cara untuk berbuat demikian. Sila periksa saman dan harga saman yang anda kena supaya mudah untuk anda membayarnya nanti melalui kaedah yang anda pilih. Sebagai panduan, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk membuat semakan:

polis saman,
Anggota Polis merakam sebuah lori yang dipandu laju

A. Sistem Semakan Online PDRM dan Laman Interaktif Trafik PDRM

Kedua-dua laman ini dibangunkan bagi memudahkan orang ramai yang ingin menyemak status saman trafik, status report saman polis dan lain-lain yang berkaitan. Anda dikehendaki daftar dahulu sebagai pengguna baru sebelum membuat semakan. Sila layari pautan berikut:

1. Sistem Semakan Online PDRM
2. Laman Interaktif Trafik PDRM

B. Check Saman JPJ

Melalui portal JPJ anda boleh menyemak saman online tanpa perlu buat pendaftaran. Anda boleh menyemak senarai saman AES dan saman yang telah dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

1. Klik ke pautan ini Semakan Saman JPJ
2. Pautan telah tersedia pada ‘Semakan Saman JPJ & AES’
3. Pada *Pilihan Carian Sila pilih NO.ID SAHAJA atau NO.ID DAN NO.KENDERAAN
4. Setelah itu akan keluar *Kategori ID. Sila pilih KATEGORI ID.(Contoh: ORANG AWAM MALAYSIA (MYKAD)).
5. Masukkan No.ID Anda.
6. Masukkan Kod Sekuriti (akan diberikan).
7. Klik Butang Semak.
8. Keputusan akan dipaparkan di bawah Hasil Carian.

C. MyEG Online Services

Anda juga boleh menyemak saman melalui laman web MyEG. Disini anda boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ, dan AES. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

1. Layari laman MyEG Online
2. Anda dikehendaki membuat pendaftaran baru (register) jika menggunakan perkhidmatan ini buat pertama kali pertama.
3. Sila Log in: Masukkan Nama Pengguna (User Name) serta Kata Laluan yang telah didaftar.
4. Klik perkhidmatan yang anda mahu samada PDRM atau JPJ (Saman AES sila pilih JPJ).

chek saman aes,
AES

    # Untuk Semak Saman AES dan JPJ

1. Klik pautan JPJ
2. Klik SEMAK & BAYAR SAMAN JPJ
3. Masukkan No. ID anda dan Kategori ID
4. Klik pada butang Submit/Hantar
5. Keputusan akan keluar samada ada saman atau tidak.
6. Jika ada saman anda boleh buat bayaran dengan menekan kotak Pilih Untuk Bayar.

    # Untuk Semak Saman PDRM

1. Klik pautan PDRM
2. Masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Kenderaan
3. Jika Masukkan No.Kad Pengenalan, anda perlu masukkan Kod yang dipaparkan
4. Klik Semak
5. Keputusan akan keluar samada ada saman atau tidak.

D. Rilek e-Services

1. Sila layari laman Rileks Online. Anda dikehendaki membuat pendaftaran baru (register) jika menggunakan perkhidmatan ini buat pertama kali pertama.
2. Sila Log in: Masukkan email dan kata laluan yang telah didaftar.
3. Klik pautan PDRM
4. Masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Kenderaan
5. Klik Semak
6. Keputusan akan keluar samada ada saman atau tidak. Jangan lupa double check selepas senarai saman dipaparkan.
7. Anda boleh membuat bayaran segera di sini dengan menekan butang yang berkenaan. Setakat ini di Rilek, anda boleh membuat pembayaran melalui Maybank, CIMB, dan RHB.

NOTA: Menerusi laman Rilek, setakat ini anda hanya boleh menyemak saman PDRM sahaja. Perkhidmatan lain tiada kaitan dengan SEMAKAN SAMAN.

CARA SEMAK MELALUI  SMS

1. Anda juga boleh membuat semakan saman melalui perkhidmatan sms. Perkhidmatan ini dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 15 sen bagi setiap penghantaran dan 20 sen bagi setiap penerimaan mesej.

2. Berikut adalah cara menyemak saman menggunakan SMS atau MySMS:

Semakan Saman Polis Melalui SMS

cara semak saman melalui sms,
Jangan terkejut jika ada banyak saman

Sila taip:

POLIS<jarak> SAMAN<jarak>NO KAD PENGENALAN
(POLIS  SAMAN  990909015247)

atau

POLIS<jarak> SAMAN<jarak>NO KENDERAAN
(POLIS SAMAN ABC9876)

SMS ke 15888 atau 32728.

3. Jika anda mahukan jawapan yang lebih terperinci, sila taip mesej seperti berikut:

POLIS<jarak> SAMAN<jarak>NO KAD PENGENALAN<jarak>EMAIL
(POLIS  SAMAN  990909015247  mdaudkilau@seniman.my)

atau

POLIS<jarak> SAMAN<jarak>NO KENDERAAN<jarak>EMAIL
(POLIS  SAMAN  ABC9876  mdaudkilau@seniman.my)

SMS ke 32728. Semakan saman yang lengkap milik anda akan dihantarkan ke alamat email yang anda berikan.

Semakan Saman JPJ Melalui SMS

Sila taip:

JPJ<jarak> SAMAN<jarak>NO KAD PENGENALAN
(JPJ  SAMAN  990909015247)

atau

JPJ<jarak> SAMAN<jarak>NO KENDERAAN
(JPJ SAMAN ABC9876)

SMS ke 15888 atau 32728.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jangan biarkan saman anda terlalu lama kerana jumlahnya akan naik dari masa ke semasa.

Sumber: Media Maklumat

Penawar Kencing Manis

Cara Mudah Merawat & Mencegah Kencing Manis – Hanya Dengan Tumbuhan Di Sekeliling Kita

Tips Mudah Menggosok Baju Yang Anda Kena Tahu

Tips Mudah Menggosok Pakaian Yang Anda Kena Tahu