Semakan Daftar Pemilih PRU14 (Semakan Online SPR 2018)

Sudahkah anda bersedia untuk menunaikan tanggunjawab anda sebagai pengundi pada pada pilihanraya umum ke 14 atau lebih mudah disebut PRU14 nanti? Jika bersedia tentu anda sudah mendaftar sebagai pemilih atau pengundi setelah anda layak.

Jika anda belum berdaftar, bolehlah rujuk di sini bagaimana cara daftar mengundi online 2018.

Jika anda bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, eloklah anda memeriksa buat kali terakhir di mana tempat anda akan membuang undi. Semak Daftar Pemilih Pilihanraya SPR samada secara Online atau SMS. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat tentang pemilihan DUN dan Parlimen.

SEMAKAN SECARA ONLINE

1. Layari Laman Web Semak Daftar Pemilih
2. Masukkan Nombor IC Atau Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-” atau “space”). Hanya masukkan No. Kad Pengenalan seperti berikut: 890909025437 < Contoh
3. Masukkan ‘CAPTCHA
4. Maklumat semakan adalah seperti Daftar Pemilih Terkini Suku 1 Tahun 2017 yang telah diwartakan pada 20hb Jun 2017.

MAKLUMAN: Semakan atas talian kadang-kadang mengalami masalah untuk diakses. Mungkin laman web tersebut terlalu sibuk atau sedang dikemaskini.

Jika terdapat sebarang masalah atau anda gagal mengaksesnya, sila hubungi talian 03-8892 7018. Anda juga boleh mengunakan kaedah-kaedah seperti di bawah.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ISI RUMAH

SPR turut menyediakan kemudahan kepada semua pemilih untuk membuat semakan secara serentak secara atas talian untuk seisi keluarga serentak.Kemudahan ini menjimatkan masa dengan hanya seorang sahaja mengakses kemudahan tersebut.

Untuk semakan Pemilih Isi Rumah, Sila klik DI SINI

SEMAKAN MELALUI APLIKASI “MySPR Semak”

Bagi pengguna Android, anda juga boleh membuat semakan melalui telefon pintar anda. Apa yang harus anda lakukan adalah memuat turun Aplikasi MySPR Semak. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:

1. Klik MySPR Semak.
2. Klik Semakan Daftar Pemilih.
3. Masukkan No Kad Pengenalan / Tentera / Polis.
4. Tekan SEMAK.
5. Maklumat Peribadi Pemilih dan Maklumat Daftar Pemilih akan dipaparkan.

Semakan Daftar Mengundi 2018
Semakan melalui Aplikasi MySPR Semak juga sangat pantas dan senang

 SEMAKAN MELALUI SMS

Satu lagi alternatif iaitu menyemak melalui SMS. Semakan melalui SMS juga sangat mudah dan cepat kerana hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO.KAD PENGENALAN (Contoh: 890909025437) dan hantar ke 15888.

2. Taip SPR<jarak>NO.KAD PENGENALAN (Contoh: 890909025437) dan hantar ke 15888.

Semak Tempat Mengundi
Semakan Melalui SMS juga boleh dilakukan

HUBUNGI “CALL CENTER

Anda juga boleh membuat semakan daftar pemilih dengan menghubungi nombor 03-8892 7000.

BACA: Daftar Mengundi

PERINGATAN KEPADA PENGUNDI

1. Sila berada di tempat mengundi yang betul. Sila buat semakan tempat mengundi anda. (Sila rujuk di www.spr.gov.my)

2. Sila bawa KAD PENGENALAN anda.

3. Tidak memakai sebarang logo parti dalam pusat mengundi.

4. Dilarang membuat bising serta matikan telefon bimbit.

5. Dapatkan bantuan petugas SPR jika perlu.

6. Sila ikut arahan Petugas SPR atau Polis.

7. Segera meninggalkan Pusat Mengundi setelah selesai.

NOTA: OKU boleh diiringi oleh orang yang dipercayai bagi membantu beliau mengundi.

UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

JANGAN DEDAHKAN KEPADA SESIAPA DENGAN APA CARA SEKALIPUN.

Sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi: 03-8885 6565

Sumber: SPR