in , ,

Semakan Status Permohonan Tahun 1 Untuk Kemasukan 2019

Tahukah anda bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Sistem Pendaftaran dalam talian? Tujuan utama adalah untuk memudahkan ibubapa melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika ada lagi ibubapa atau penjaga yang terlupa untuk memeriksa status kemasukkan anak-anak, sila semak keputusan permohonan anda di sini.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MEMASUKI TAHUN 1 2019

Ibubapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran bagi memohon kemasukan anak diwah jagaan ke tahun 1 bagi tahun 2019 melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) boleh membuat semakan status permohonan anda. Semakan boleh dibuat secara online.

Semakan status permohonan untuk memasuki Tahun 1 pada Tahun 2019 untuk seluruh negeri di Malaysia diumumkan sekitar bukan Julai/ Ogos 2018. Pada tahun lepas, keputusan telah dibuka untuk semakan ibubapa mulai 16 Julai 2017 bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang. Manakala lain-lain negeri adalah pada 1 Ogos 2017.

PANDUAN DAN CARA MEMBUAT SEMAKAN

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibubapa atau penjaga adalah dengan mendaftar masuk (Log in) ke dalam Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) yang sama dengan menggunakan maklumat daftar masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat pendaftaran sebelum ini.

Sila buat semakan di pautan di bawah

SEMAK DI SINI

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MEMASUKI TAHUN 1 2019

Nota:

Aplikasi untuk tujuan semakan hanya akan diaktifkan bermula dari tarikh hebahan keputusan diumumkan.

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU Pendaftaran pengguna adalah menggunakan No Kad Pengenalan (ID) penjaga.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila semak pada menu yang tertera pada melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) apabila anda layari laman tersebut.

Sumber: My Sumber

Esen Vanila Penawar Sakit Gigi

Rawatan Rabun Mata

Merawat Mata Rabun Menggunakan Daun Lidah Buaya