in ,

Sembahyang dan Syarat-Syaratnya

Solat atau sembahyang adalah Rukun Islam yang kedua. Sembahyang merupakan tiang agama. Tanpa menunaikan sembahyang, ibadah yang lain tidak mungkin diterima oleh Allah S.W.T. Setiap umat islam wajib menunaikan sembahyang apabila sampai kepada syarat untuk mengerjakannya. Untuk menunaikan rukun islam yang kedua ini, umat islam wajib mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan ibadah ini. Tanpa mengetahuinya nescaya sembahyang mereka tidak sempurna.

Solat yang sempurna hendaklah dengan berilmu
Ajarlah anda mengerjakan sembahyang di awal usia kanak-kanak supaya mereka menjadi anak yang takut untuk meninggalkannya apabila dewasa kelak.

Syarat untuk mengerjakan sembahyang adalah mematuhi dan memenuhi segala rukun sembahyang (benda yang wajib dilakukan) itu. Sekiranya syarat itu tidak dilaksanakan atau berlaku kesilapan maka solat seseorang itu tidak sah. Di sini dinyatakan beberapa perkara penting yang melibatkan ibadah tiang agama kita iaitu Mengerjakan Sembahyang meliputi Syarat Untuk Mengerjakan Sembahyang, Syarat Sah Sembahnyang, Rukun Dalam Mengerjakan Sembahnyang dan Perkara-perkara Yang Membatalkan Sembahyang.

SYARAT UNTUK MENGERJAKAN SEMBAHYANG

syarat menunaikan solat
Salah satu syarat untuk menunaikan solat adalah mengetahui masuknya waktu sembahyang.
  1. Semestinya seorang Islam.
  2. Menghadap ke arah Qiblat.
  3. Suci dari Hadas Besar (Haidh, Nifas dan Junub).
  4. Cukup Umur (Akil Baligh.
  5. Sedar, Jaga (tidak tidur)
  6. Melihat atau mendengar
  7. Sudah masuknya waktu sembahyang.

SYARAT SAH SEMBAHYANG

Untuk mengerjakan sembahyang ada juga syarat-syaratnya. Jika tidak mematuhi syarat-syarat tersebut makan sembahyang kita tidak sah. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Apabila masuknya waktu sembahyang.
  2. Hendaklah menghadap ke arah Kiblat.
  3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  4. Suci badannya, pakaiannya dan tempatnya untuk bersembahyang dari najis.
  5. Menutup Aurat iaitu:
    a. Lelaki. Menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari atas pusat ke bawah lutut
    b. Wanita. Menutupi semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka.
Pakaian suci dari najis
Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah

BACA JUGA: Berdoa Selepas Solat Fardhu Sangat Mustajab

RUKUN SEMBAHYANG

Dalam mengerjakan sembahyang ada beberapa rukun yang wajib dilakukan. Meninggalkan salah satu daripada perkara tersebut menyebabkan sembahyang kita batal atau tidak sah. Rukun sembahyang adalah seperti berikut:

  1. Berdiri betul. Jika tidak mampu boleh bersembahyang dengan cara duduk dan
    jika tidak mampu juga bolehlah bersembahyang dalam keadaan berbaring.
  2. Niat. Dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  3. Takbiratul ihram. Mengucapkan perkataan ‘Allahu Akbar’ dan mesti
    didengari sekurang-kurangnya oleh diri sendiri (jangan melafazkan seperti berbisik).
  4. Membaca Surah Al-Fatihah. Bermula dengan bacaan Bismillah hinggalah
    Waladhaallin.
  5. Rukuk berserta thumakninah. Membongkok 90 darjah.
  6. I’tidal dengan thumakninah. Berdiri betul dan berhenti seketika selapas rukuk.
  7. Sujud dua kali berserta thumakninah. Pastikan dahi dan anggota sujud berada diparas lantai.
  8. Duduk atara dua sujud berserta thumakninah. Duduk sebentar selepas sujud yang pertama sebelum melakukan sujud yang kedua.
  9. Duduk bagi tahiyat akhir.
  10. Membaca tahiyat akhir.
  11. Membaca selawat. Membaca selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
  12. Memberi salam. Memalingkan muka ke kanan dan memberi salam dan diikuti pula memaling ke sebelah kiri juga dengan memberi salam.
  13. Tertib. Mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Salah satu rukun sembahyang adalah sujud
Sujud berserta Thumakninah adalah Rukun dalam sembahyang. Pastikan anggota sujud benar-benar berada di paras lantai

BACA JUGA: 10 Perkara Yang Menyebabkan Solat Tidak Diterima Allah

PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG

Bermaksud tidak Sah Sembahyang (terbatal) jika perkara-perkara atau  perlakuan di bawah terjadi. Maka sembahyang anda perlu dilakukan semula. Ramai yang tidak sah sembahyang mereka kerana kurang pengetahuan tentang perkara ini.

Siapa kita untuk menghukum tetapi kita diberi akal dan ilmu agama wajib dicari. Dengan sedikit ilmu yang ada kita akan mengetahui tentang perkara ini. Perkara-pekara tersebut adalah:

  1. Batal Wuduk.
  2. Makan dan Minum dengan sengaja. Tertelan sisa makanan di dalam mulut walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun.
  3. Terbuka Aurat. Termasuk pakaian yang berlubang atau terselak ditiup
    angin.
  4. Bergerak atau Melangkah. Tiga kali atau langkah berturut-turut.
  5. Terkena najis di badan, pakaian atau tempat sembahyang.
  6. Bercakap, berkata-kata dan ketawa dengan sengaja.
  7. Berubah Niat.
  8. Mendahulu Imam sehingga dua rukun.
  9. Meninggalkan rukun Sembahyang.
Sembahyang berjemaah
Ketika sembahyang berjemaah, makmum tidak boleh mendahului imam.

Jadi kita jangan mengambil mudah dalam bab-bab sembahyang. Jangan sembahyang hanya mengikut bagaimana orang lain lakukan. Sembahyang kita hendaklah dengan cara yang lebih baik iaitu BERILMU. Oleh itu kita hendaklah belajar sembahyang. Adalah rugi sembahyang kita jika ianya tidak sah tanpa kita menyedarinya dengan alasan tidak mengetahui. Menuntut Ilmu itu adalah Fardhu Ain iaitu wajib kepada setiap muslim tanpa ada had.

Tertembak Anak Sendiri

Akibat Terkejut Ketika Sedang Nyenyak Tidur, Bapa Tertembak Mati Anak Sendiri

Tiket Bas Online