in

Senarai 10 Selebriti Malaysia Terkaya

10 Selebriti Terkaya Malaysia

Biasanya bila sebut saja artis atau selebriti, kita akan memikirkan tentang cara kehidupan mereka dan sudah tentunya bidang ini adalah lubuk untuk mencari kekayaan. Namun yang demikian ada juga selebriti atau artis yang tidak bernasib baik. Di sini kami siarkan senarai selebriti dan artis yang bernasib baik dan tergolong dalam golongan jutawan. Siapakah Mereka?

1. Tan Sri Michelle Yeoh.

Michelle Yeoh
Tan Sri Michelle Yeoh

Beliau merupakan artis yang terkaya di Malaysia. Beliau berada dalam senarai pertama dari kalangan 10 artis terkaya Malaysia. Kekayaan bersih beliau mencecah USD 245 juta. Beliau sangat terkenal sebagai pelakon aksi dalam filem-filem yang dikeluarkan di Hong Kong.

Beliau memainkan watak penting dengan jaya dalam siri filem James Bond iaitu ‘Tomorrow Never Dies’. Antara filem lain adalah ‘Hidden Dragon’ dan ‘Crouching Tiger’.

Beliau juga telah diangkat sebagai ’35 All Times Screen Beauties’ oleh People Magazine.

2. Ling Tan

Ling Tan

Beliau merupakan supermodel terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang model antarabangsa dan merupakan model Asia Tenggara pertama yang mengambil bahagian dalam beratus-ratus peragaan fesyen. Beliau dikenali dikalangan jurugambar-jurugambar fesyen terbaik dunia.

Memulakan kariernya dipertandingan peringkat sekolah dan menjadi juara. Bakatnya bukan di situ, beliau mengembangkan bakatnya dalam pertandingan Asian Model dan memenangi tempat kedua.

Kekayaannya mencecah USD 60 juta dan berada di kedudukan ke 2 selebriti / artis terkaya di Malaysia.

3. Dato Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza
Dato Seri Siti Nurhaliza

Semua sedia maklum bahasa Dato Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi tersohor tanahair. Beliau memenangi banyak anugerah di peringkat kebangsaan dan juga Asia.

Pernah memenangi Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 2002. Dia juga memenangi kejuaraan dalam satu festival muzik yang di adakan di Shanghai, China.

Berada dalam kedudukan ke 3 sebagai selebriti / artis terkaya Malaysia dengan kekayaan mencecah USD 17 juta.

4. Maya Karin.

Pelakon Maya Karin
Maya Karin

Maya Karin merupakan antara artis paling mantap dan antara yang terkenal dalam industri perfileman tanahair. Beliau merupakan seorang penyanyi dan sebagai pengacara tv.

Pernah menjadi pengacara dalam sebuah rancangan hiburan dan rancangan berbentuk ekspidisi di TV3 suatu ketika dahulu. Antara filem lakonannya yang terkenal adalah Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu.

Kekayaan Maya Karin dianggarkan bernilai USD 14 juta dan berada di tempat ke 4 dalam senarai selebriti / artis terkaya Malaysia.

5. Bront Palarae

Pelakon Bront Palarae
Bront Palarae

Bront Palarae juga merupakan salah seorang aktor terkenal tanahair. Selain terkenal sebagai pelakon, beliau juga merupakan seorang produser dan penulis skrip.

Drama bersiri yang ditayangkan di TV3 antara faktor yang menaikkan nama Bront Palarae iaitu Cinta Tsunami yang diarahkan oleh Fauziah Dato Hj. Ahmad daud,

Kejayaan filem Samseng Jalanan mengutip sehingga RM4.1 juta di Box Office juga menaikkan nama Bront Palarae. Antara filem lain yang dilakonkannya adalah Man Laksa , Anak Hala dan Bilut.

Kekayaan beliau dianggarkan bernilai USD 8 juta dan berada di tempat ke 5 sebagai selebriti / artis terkaya Malaysia.

6. Adi Putra.

Pelakon Adi Putra
Adi Putra

Adi Putra memulakan karier sebagai model dan pelakon di Singapura. Meneruskan kariernya di Malaysia dan kini merupakan salah seorang Artis Lelaki yang sangat popular. Pernah memenangi anugerah Pelakon Paling Popular di Anugerah Skrin 2011.

Adi Putra berada dalam kedudukan ke 6 sebagai selebriti / artis terkaya Malaysia dengan kekayaan mencecah USD 5.6 juta.

7. Amber Chia.

Model Amber Chia
Amber Chia

Amber Chia merupakan seorang model.Beliau memulakan karier sebagai model ketika usia 17 tahun. Beliau meraih nama di perigkat antarabangsa setelah dipilih sebagai salah seorang daripada 15 orang finalis bagi Peraduan Guess Watches Timeless Beauty pada tahun 2004. Beliau juga diundi sebagai Best Top Model oleh Malaysian International Fashion Awards pada tahun 2004 dan 2005.

Beliau juga merupakan duta produk terkemuka seperti Sony, L’oreal, dan Mitsubishi.

Kekayaan Amber Chia mencecah USD 5 juta dan merupakan selebriti / artis terkaya Malaysia pada kedudukan ke 7.

8. Jimmy Choo.

Jimmy Choo
Pereka Fesyen Jimmy Choo dengan kasut rekaannya.

Jimmy Choo merupakan pereka fesyen terkenal tanahair. Beliau dikenali melalui Jimmy Choo Limited yang paling sinonim dengan pembuatan kasut wanita.

Beliau meraih banyak penghargaan dan anugerah atas kejayaannya dalam industri fesyen.

Jimmy Choo berada di kedudukan ke 8 sebagai Selebriti terkaya Malaysia dengan kekayaan mencecah USD 4.5 juta.

9. Carmen Soo.

Model Carmen Soo
Carmen Soo

Carmen Soo merupakan Model popular China yang berasal dari Malaysia. Beliau menceburi bidang peragawati sejak berusia 17 tahun. Pada usia 20 tahun, beliau meninggalkan tanahair dan berhijrah ke Hong Kong untuk mengembangkan keriernya.

Merupakan peragawati yang berjaya. Wajahnya sering terpampang pada kebanyakan kulit majalah seperti NewMan, V Mag, NewTide dan NüYou. Beliau juga dilantik sebagai jurucakap jenama jam tangan antarabangsa Longines.

Soo juga pernah berlakon dalam filem Jackie Chan, Gorgeous bersama-sama dengan Shu Qi walaupun dalam watak yang kecil. Kemudiannya memainkan watak utama dalam pertunjukan muzikal istimewa Aaron Kwok.

Kekayaan beliau mencecah USD 4 juta dan merupakan selebriti / artis terkaya Malaysia pada kedudukan ke 9.

10. Nicholas Teo.

Penyanyi Nicholas teo
Nicholas Teo

Nicholas Teo merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak yang terkenal kerana lagu-lagu Mandopopnya, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Singapura dan Taiwan.

Pernah menerima anugerah sebagai Pendatang Baru Terbaik di Taiwan.

Beliau pernah dilantik sebagai duta hijau oleh kerajaan malaysia bagi memberi kesedaran tentang pencemaran alam sekitar.

Kekayaan beliau mencecah USD 3 juta dan merupakan selebriti / artis terkaya Malaysia pada kedudukan ke 10.

Sebenarnya ramai lagi artis / selebriti malaysia yang kaya dan tidak dimasukkan ke dalam senarai ini. Walau bagaimanapun diharapkan mereka terus berjaya – sukaviral

Kesian Abam Ditipu Pakej Umrah

Presiden Recip Teyyip Erdogan

Siswa Tweet Presiden Erdogan Sahur Bersama. Jam 5 Pagi Asrama Universiti Riuh Rendah Dengan Kehadiran Presiden.