Wanita Pertama Yang Boros

Senarai Isteri Pemimpin Negara Yang Sangat Boros. Tak Sangka 2 Orang Dari Rantau Ini.

Kita sering mendengar tentang isteri-isteri pemimpin negara yang hidup mewah dan boros berbelanja. Tetapi adakah kita mengenali siapa mereka? Mereka ini tergolong dari pelbagai bangsa dan datang dari negara yang berbeza. Rakyat mereka hidup susah sedangkan mereka berbelanja sesuka hati dan berfoya-foya.

Pemaisuri Raja Louis ke-14, Marie Antoinette adalah antara wanita pertama negara perancis, masih lagi diingati sebagai ikon dengan gaya hidup mewah dan boros serta penuh.

Lebih menyedihkan perkara itu berlaku ketika para petani di Perancis hidup dalam kebuluran dan kelaparan. Ia menyebabkan terjadinya gerakan tunjuk perasaan para petani sehinggalah tumbangnya kerajaan Raja Louis ke-14 selepas berlakunya Revolusi Perancis.

Selain daripada itu, ramai lagi wanita pertama negara di dunia merompak harta rakyat dan menggelapkan dana negara. Mereka sepatutnya mendampingi suami mereka dalam apa aktiviti dan programe suami mereka dan hidup dengan apa yang diperolehi melalui hasil yang halal.

Sebagai contoh adalah kehidupan isteri beberapa pemimpin negara lain seperti yang pernah berlaku di Sudan, Britain, Brazil dan suatu ketika di Thailand. Pemimpin mereka sendiri tinggal di rumah yang sederhana besar atau rumah sendiri dan kadang kala menaiki kenderaan awam ke pejabat atau ke mana sahaja.

Di sini dikongsikan senarai sebahagian daripada Wanita Pertama Negara dari serata dunia yang sangat terkenal dengan kerana gaya hidup boros dan kemewahan melampau dengan menghabis dan merompak wang rakyat.

1. Marie Antoinette

Marie Antoinette iaitu Pemaisuri Raja Louis ke-14
Marie Antoinette

Marie Antoinette iaitu Pemaisuri Raja Louis ke-14 masih lagi digelar sebagai ikon gaya hidup mewah dan penuh glamor.

Antoinette membelanjakan dana negara untuk tujuan berfoya-foya dan pesta yang melampaui batas. Setelah kehabisan dana negara, Raja Louis terpaksa mengenakan cukai pertanian yang membebankan kaum tani.

Pada 12 September 1792, ledakan Revolusi Perancis akhirnya berjaya menghapuskan sistem Raja ini. akhirnya leher Permaisuri Marie Antoinette dipenggal pada 16 Oktober 1793.

2. Evita Peron

Evita Peron merupakan janda berhias sebelum berkahwin dengan Juan Pron
Evita Peron

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua di Amerika Latin, seorang janda berhias bernama Evita Peron menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron. Beliau pandai menyanyi dan berlakon.

Setelah Juan Peron menjadi presiden Argentina pada 1946 melalui satu rampasan kuasa, Evita sekaligus menggelarkan dirinya sebagai “First Lady of Argentina”.

Evita banyak mempengaruhi atau terlibat dalam bidang politik suaminya. Evita berjaya mengambil harta negara dan menggunakan dana negara. Akhitnya Evita dibenci dan mencetuskan kontroversi hingga ke akhir hayatnya.

3. Raden Ayu Siti Hartinah

Wanita Pertama Indonesia
Raden Ayu Siti Hartinah

Beliau lebih dikenali sebagai Ibu Tien, merupakan isteri kedua kepada Jeneral Suharto. Pada tahun 1965, Suharto menjadi pemimpin Indonesia selepas berlaku satu rampasan kuasa.

Ibu Tien menjadi Wanita Pertama Indonesia yang sangat berpengaruh. Ibu Tien memainkan peranan besar disebalik kuasa pemerintahan Jeneral Suharto pada ketika itu.

Jeneral Suharto memerintah secara kuku besi dan dipenuhi dengan rasuah. Suharto dipaksa turun tahta pada 21 Mei 1998 melalui rusuhan besar-besaran yang dimulai dengan “Tragedi Tri Sakti”.

4. Imelda Marcos

Imelda Marcos adalah wanita pertama Filipina yang sangat boros
Imelda

Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos merupakan bekas ratu cantik dan terlibat dalam dunia pelacuran kepada golongan atasan. Beliau akhirnya berkahwin dengan Presiden Marcos, seorang diktator yang berkuasa di Filipina dari tahun 1965 hingga 1986.

Imelda cukup berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Beliau telah merompak dan merampas harta milik negara Filipina selama tempoh 20 tahun. Pest-pesta yang diadakan oleh Imelda menjadi bualan satu dunia sehingga hari ini.

Imelda pernah menganjurkan festival filem yang dikatakan lebih berprestij dari Festival Filem Cannes. Pada tahun 1986, semuanya berakhir apabila jutaan rakyat Filipina berkumpul di jalan raya bagi menghalau kaum keluarga Marcos keluar dari negara itu.

Keborosan dan kerakusannya terbukti di Muzium Marikina, “Sarang Sepatu” yang menyimpan 3000 pasang kasut Imelda Marcos. Bayangkan Nilai barang kemas Imelda yang dirampas kerajaan sahaja bernilai $365 juta.

5. Leila Ben Ali

Leila Ben Ali, wanita pertama Tunisia yang boros dan merompak wang rakyat
Leila

Leila Ben Ali adalah seorang pendandan rambut. Kelicikannya terbukti apabila berjaya berkahwin Zainal Abidin Ali. Pada tahun 1987, Zainal Abidin Ali merampas kuasa untuk menjadi Presiden Tunisia.

Maka secara automatik menjadi Wanita Pertama Tunisia. Leila telah menubuhkan SAIDA iaitu badan amal untuk melawan penyakit barah. Ia bagi membuktikan beliau merupakan seorang yang prihatin. Melalui SAIDA ini juga, dana negara telah disalurkan ke poketnya sendiri.

Leila pernah menghantar sebuah pesawat khas untuk terbang ke Selatan Perancis semata-mata demi membeli aiskrim kegemarannya.

Pada 4 Januari 2011, seorang pemuda bernama Mohamed Bouazizi telah melakukan protes dengan membakar dirinya sendiri. Rakyat turun di jalan-jalan raya Tunisia dan berjaya menamatkan kuasa Leila dan Zainal Abidin yang dipegang selama tempoh 22 tahun.

Sewaktu menjadi buruan rakyat, Leila dan Zainal memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kilo jongkong emas ke Saudi Arabia. Kerajaan baru Tunisia menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepada pasangan suami isteri ini. Sehingga hari ini, Leila dan Zainal masih diburu atas tuduhan membunuh serta melarikan dana negara.

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *