in ,

Siapa Penulis Nota Itu?

Ketika melalui sebuah lorong belakang bangunan kedai untuk pulang ke rumahnya, seorang lelaki bernama Amir (bukan nama sebenar) terpandang dan terbaca pada kertas yang ditulis dan ditampal di dinding bangunan.

Siapakah pemilik nota tersebut
Dilorong inilah Amir terjumpa nota tersebut yang ditampal di dinding. Sekadar Hiasan

Ia tertulis begini:

“Saya kehilangan wang berjumlah RM50 di jalan ini. Jika sesiapa menjumpainya, tolong pulangkan ke alamat ini”.

Entah kenapa dan mengapa, Amir terdorong untuk pergi ke alamat rumah seperti yang tertera di kertas tersebut. Setibanya di alamat seperti yang tertulis, Amir ternampak seorang wanita tua yang kelihatan agak lemah, sedang berehat di luar rumahnya seorang diri.

Seperti terdengar sesuatu atau bunyi tapak kaki seseorang menghampirinya, wanita itu mengangkat mukanya dan bertanya, “Siapa itu?”.

Bersedekah
Gambar Hiasan

Amir sangat simpati dan memberitahu bahawa dia datang ke rumah itu berpandukan alamat yang ditemuinya dan memberitahu tujuannya datang. Amir terus mengeluarkan wang kertas RM50 dari dompetnya dan menghulurkan kepada wanita tua berkenaan.

Amir memberi alasan bahawa dia menemui wang tersebut. Tanpa diduga Amir melihat wanita tua tersebut mengalirkan airmata. Wanita tersebut berkata:

“Anakku, sudah hampir 40 orang telah datang ke rumah ini dengan tujuan yang sama iaitu memberikan wang RM50. Makcik tidak tulis nota itu. Mata makcik pun bukannya nampak sangat dan makcik tidak pandai menulis”.

Wanita itu dengan tegas menolak pemberian Amir. Dia memberitahu bahawa terlalu banyak dia telah menerima wang dari orang lain yang datang seperti Amir.

Amir berkeras supaya wanita tersebut menerima pemberian ikhlasnya itu. Setelah didesak akhirnya wanita itu mengalah dan menerima pemberian Amir.

Sebelum Amir pergi, wanita tersebut berpesan agar Amir mengoyakkan nota yang ditampal pada tiang di lorong yang dilalui Amir. Amir hanya mengangguk. Wanita itu berharap tiada lagi yang datang memberikannya wang seperti sebelum ini.

Dalam perjalanan balik melalui lorong tadi, Amir teringat pesanan wanita tua tadi agar beliau mengoyak nota tersebut. Namun Amir terfikir kenapa ia perlu mengoyaknya sedangkan ramai yang datang membantu wanita tersebut.

Amir juga berfikir mesti wanita tua itu juga berpesan pada mereka perkara yang sama dan mereka tidak sanggup mengoyaknya. Dalam masa yang sama, Amir rasa bersyukur dan berterima kasih kepada individu yang menulis dan menampal nota pada tiang tersebut.

Amir juga sedar bahawa banyak jalan boleh diambil untuk membuat kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. Tentu individu yang menampal nota tersebut berniat baik agar hasratnya untuk membantu wanita tersebut tercapai kerana mengetahui wanita tua itu hidup sendirian dan serba kekurangan.

Tiba-tiba Amir disapa oleh seorang lelaki yang bertanya tentang alamat yang tertera pada nota ditiang tersebut. Rezeki wanita itu tidak putus-putus jadi kenapa ianya perlu dibuang.

Semoga ramai lagi individu membantu wanita tua tersebut dan nota itu terus kekal di situ. Semoga Allah membalas jasa orang yang membantu wanita tersebut.

cara simpanan asb untuk kahwin

Teknik Membina Tabung Perkahwinan Sehingga RM26K Dengan Modal RM275

Siti Aafiyah Nama Puteri Datuk Siti Nurhaliza