in

Siapakah Suami Di Syurga Kelak Jika Anda Berkahwin Lebih Dari Seorang Suami Ketika Hayat

suami di syurga

Semua wanita sayang kepada suami mereka lebih dari segalanya dan sudah pasti mahu bersama suami di syurga kelak. Betapa sayangnya sehingga keluar ungkapan kaulah suamiku yang aku sayang hingga ke syurga. Demi cintaku padamu aku sanggup meredah lautan api.

Namun bagaimana suami yang anda sangat disayangi itu pergi terlebih dahulu meninggalkan anda? Adakah anda akan terus menjadi balu sehingga ke akhir hayat? Mungkin ada wanita yang sanggup menjanda sehingga ke akhir hayat semata-mata ingin bersama suami di syurga, namun tidak semua yang mampu berbuat demikian.

suami di syurga
Setiap wanita sudah tentu menyayangi pasangannya

Ditakdirkan Allah anda akan bertemu jodoh malah anda juga kini sangat menyayanginya sepertimana suami yang terdahulu. Berlaku juga seperti dahulu, suami pergi juga meninggalkan anda. Maka anda bertemu lagi jodoh baru dan juga menyayanginya. Jadi siapakah yang akan menjadi pasangan anda di syurga kelak?

Siapa Suami Di Syurga Nanti

Jom kita baca dan fahami tentang permasalahan ini sepertimana yang dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dalam Artikelnya. Seorang telah bertanya kepadanya dengan soalan seperti berikut:

SOALAN:

Siapakah yang akan menjadi suami di syurga bagi isteri yang memiliki lebih daripada seorang suami?

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.Anha yang bermaksud:

“Ada wanita daripada kalangan kami berkahwin dua, tiga dan empat kali. Kemudian dia (wanita) meninggal dunia serta dimasukkan ke dalam Syurga dan yang masuk bersamanya adalah para suaminya. Siapakah (daripada kalangan suaminya) yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)?. Maka Nabi SAW bersabda: “Wahai Ummu Salamah, dia (isteri) itu diberi pilihan maka dia akan memilih yang lebih baik akhlaknya.”[Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3141) dan al-Mu’jam al-Akbar (870)]

pasangan di syurga
Ada wanita yang hanya setia kepada cinta pertamanya sahaja

Antara riwayat lain yang menceritakan tentang permasalahan ini ialah kisah ketika Mu’awiyah bin Abi Sufiyan yang ingin masuk meminang Ummu al-Darda’ selepas wafatnya Abu al-Darda’ yang bermaksud:

“Mana-mana wanita yang kematian suami dan dia bernikah lagi selepas daripada itu, maka suaminya di Syurga adalah yang paling akhir dinikahinya.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3130)]

Dari Maimun bin Mihran berkata : Mu’awiyah r.a. melamar isteri Abu Darda’, namun dia tidak menerimanya dan berkata: Aku mendengar Abu Darda’ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wanita bersama suaminya yang terakhir,” dia berkata: dan aku tidak ingin pengganti untuk Abu Darda’ (Hadits sahih dikeluarkan oleh Abu Ali Al-Harrani Al-Qusyairi dalam Tarikhul Riqqah (2/39/3)).

Terdapat sebuah lagi riwayat dalam masalah ini iaitu kisah yang berlaku kepada Ummu Habibah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Ummu Habibah berkata:

“Wahai Rasulullah! Sekiranya seorang wanita itu mempunyai dua orang suami di dunia, iaitu suami yang dinikahinya selepas pernikahan yang pertama dan kesemua mereka itu memasuki Syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya (di Syurga nanti)? Nabi SAW menjawab: Suami yang akan bersamanya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Riwayat al-Bazzar (6631)]

suami syurga
Sesetengah pendapat mengatakan suami terakhir adalah suaminya di syurga jika baik akhlaknya

Berikut adalah sebahagian riwayat-riwayat yang menceritakan berkaitan permasalahan ini. Semua riwayat-riwayat tersebut tidak terlepas daripada kritikan oleh para ulama atau tokoh-tokoh hadith yang lain.

Untuk itu, disimpulkan sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama bahawa masalah ini terbahagi kepada beberapa pendapat dan para ulama berbeza pandangan dalam menentukan jawapan yang sebenar tentang masalah ini:

Jika wanita tersebut mempunyai lebih dariada seorang suami:

  • Isteri tersebut akan bersama suaminya yang paling baik dari segi akhlaknya ketika mereka di dunia.
  • Isteri tersebut diberi pilihan untuk memilih suami yang mana satu.
  • Isteri tersebut akan bersama suaminya yang terakhir semasa hayatnya.

Semua riwayat-riwayat tersebut cuba dihimpunkan oleh Imam Al-Suyuthi dengan menyatakan bahawa seorang wanita (isteri) itu akan bersama suaminya yang terakhir jika sekiranya semua suaminya ketika di dunia dahulu sama dari segi akhlaknya. Jika tidak maka wanita tersebut akan memilih yang paling baik akhlaknya. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 262/1]

Di dalam permasalahan suami di syurga ini, pihak Mufti Wilayah cenderung untuk bertawaqquf kerana dalil yang menyatakan tentang masalah ini adalah tidak begitu kuat melainkan hadith yang menceritakan kisah Ummu al-Darda’ adalah yang paling kuat dari sudut kesahihannya.

Suami dalam syurga
Bertaqwalah kepada Allah SWT agar anda menjadi suami kepada isteri anda di syurga kelak

Tambahan pula perkara ini termasuk di dalam perkara-perkara yang ghaib kerana ia melibatkan Syurga. Justeru itu, sebaiknya perkara ini diserahkan kepada Allah SWT dan pendapat ini juga difatwakan oleh Syeikh ‘Athiyyah al-Saqar.

Baca Juga – Lelaki Yang Perlu Dielak Daripada Menjadi Suami

KESIMPULAN

Setiap insan sama ada wanita atau lelaki perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang isteri atau suami yang terbaik kepada pasangannya ketika di dunia ini. Tujuannya adalah supaya dimasukkan ke dalam Syurga Allah nanti.

Apa jua urusan di dalam Syurga kelak, sewajarnya kita menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Apapun seharusnya kita hendaklah berusaha dengan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar kita sama-sama dihimpunkan bersama pasangan kita dan juga bersama orang-orang yang soleh di dalam Syurga kelak.

Semoga Allah SWT memasukkan kita dan seluruh ahli keluarga kita ke dalam Syurga-Nya di Akhirat kelak. Wallahu a’lam

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

ruqyah pulang sihir

Ruqyah Pulangkan Sihir Dengan Membaca 3 Kali Surah Az-Zalzalah

Gangguan SAKA

6 Jenis Gangguan SAKA Yang Perlu Anda Tahu