in , ,

Simptom Awal Gangguan Jin dan Syaitan Pada Diri Anda

Tanda Awal Gangguan Makhluk Halus

Ramai di kalangan kita sering diganggu jin dan syaitan. Banyak sebab mengapa kita sering diganggu atau menjadi tumpuan makhluk ini antaranya adalah kerana gangguan sihir. Antara sebab lain adalah kita sendiri langsung tidak berusaha untuk mengelakkan diri kita daripada diganggu.

Tanda awal gangguan jin
Jika anda merasa seperti sesuatu sedang memerhatikan anda, anda sebenarnya sedang cuba didekati.

Berikut adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai tanda-tanda awal bahawa dia diganggu oleh makhluk halus samada makhluk halus telah ada dalam badan atau tanda terkena buatan orang:

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.

BACA JUGA: 40 CARA ELAK GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

 Tanda tanda gangguan makhluk halus
Tanda-tanda awal gangguan pada diri anda adalah bermimpi menyusukan bayi, sukar untuk tidur dan bermimpi jatuh dari tempat tinggi

22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat sesuatu di rumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

ZIKIR UNTUK MEMAGAR DIRI

 لَا إِلهَ إِلَّا اللهَ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ  لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْت  وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

“Tidak ada tuhan selain Allah, tuhan yang esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, dia maha kuasa atas segala sesuatu”

Amalkan zikir di atas sebanyak 100 kali setiap pagi dan petang selama sebulan, Insya Allah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Sentuhan Kasih Sentuhan Nyawa

Hukum Makan atau Minum Sambul Berdiri

Makan dan Minum Sambil Berdiri Menurut Islam

Khairat Kematian

Khairat Kematian – Tidak Semua Waris Tahu Mengenainya