in ,

Siswa Tweet Presiden Erdogan Sahur Bersama. Jam 5 Pagi Asrama Universiti Riuh Rendah Dengan Kehadiran Presiden.

Presiden Recip Teyyip Erdogan

Dikhabarkan Seorang mahasiswa di Turki dengan spontan bergurau mengajak Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk bersahur bersama mereka di asrama sebuah universiti di Ankara.

Seorang mahasiswa di Fakulti Pergigian, Yıldırım Beyazıt University Ankara, Güngör Atak telah membuat tweet kepada Presiden Erdogan di Twitter. Beliau mengundang presiden untuk menyertai mereka makan sahur di asrama universiti tersebut.

Tweet dari mahasiswa tersebut lebih kurang begini:

“Presiden yang terhormat, bolehkah tuan menjadi tetamu kami di asrama Hüseyin Gazi untuk sahur bersama?”

Presiden memberi respon dengan menjawab tweet tersebut,

“Saya akan datang jika kamu telah menyiapkan teh”

Presiden Buat Kejutan

Presiden Erdoğan akhirnya bersetuju dan menyahut ajakan tersebut untuk makan sahur bersama mereka di asrama universiti. Para mahasiswa sungguh tidak menyangka ianya benar-benar berlaku setelah presiden menerima undangan yang dibuat melalui Twitter itu pada hari Jumaat lalu.

Presiden Erdogan
Presiden Erdogan tiba di kawasan asrama

Gurauan tersebut mengundang suasana gempak dan riuh rendah sekitar jam 5 pagi di kawasan asrama apabila ianya benar-benar terjadi.

Kejutan itu berlaku apabila Presiden Erdogan datang ke universiti dan bersahur bersama-sama dengan para mahasiswa. Inilah yang dikatakan pemimpian yang sentiasa bersama rakyat. Sememangnya Presiden Erdogan sangat disukai dan disayangi ramai rakyat Turki.

Erdogan bersahur bersama mahasiswa
Bersahur sambil beramah mesra dengan para mahasiswa.

Buktinya adalah rakyat Turki turun ke jalanan menghalang usaha rampasan kuasa tentera satu ketika dahulu.

Dalam tweet balas selepas bersahur, presiden membuat posting video tentang makanan yang beliau nikmati dengan para mahasiswa di asrama.

Para mahasiswa mengambil kesempatan beramah mesra dengan presiden

Para mahasiswa sangat gembira dapat melihat presiden dari dekat. Mereka menyambut Erdoğan dan mengambil kesempatan untuk berbincang dan bersefle dengan presiden dalam masa kunjungan tersebut.

Kata-kata semangat dari presiden
Kesempatan diambil oleh mahasiswa untuk berselfie dengan presiden

Sumber: Turkinesia

10 Selebriti Terkaya Malaysia

Senarai 10 Selebriti Malaysia Terkaya

Tertembak Anak Sendiri

Akibat Terkejut Ketika Sedang Nyenyak Tidur, Bapa Tertembak Mati Anak Sendiri