Siti Aafiyah Nama Puteri Datuk Siti Nurhaliza

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum,Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini..Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini..Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami..InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. .Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.#usia7hari #babyCTDK

Posted by Siti Nurhaliza on Sunday, 25 March 2018

Semua orang terutamanya peminat setia Datuk Siti Nurhaliza tahu bahawa pada tanggal 19 Mac 2018 yang lalu bersamaan hari isnin jam 8.17 pagi, penyanyi kesayangan ramai itu telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Pusat Perubatan Gleneagles di Kuala Lumpur.

Bayi seberat 3.55 kg itu dilahirkan secara pembedahan. Sepanjang tempoh itu, Datuk Siti Nurhaliza ditemani oleh suaminya Datuk Seri Khalid dengan penuh sabar dan setia bagi memastikan isteri dan anaknya dalam keadaan selamat dan sihat.

Siti Aafiyah binti Khalid
Siti Aafiyah

Dipetik dalam facebook Datuk Siti Nurhaliza:

“Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum WBT.

Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami”.

Pada malam tadi, Datuk Siti Nurhaliza dan Suaminya Datuk Seri Khalid telah mengumumkan nama sebenar anakanda kesayangan mereka.

Ianya diumumkan secara langsung menerusi akaun Youtube Siti Nurhaliza Official yang bermula pada jam 9 malam tadi.

Majlis Tahnik
Datuk Siti dan Suami menyuap air zam-zam ke mulut Siti Aafiyah

Nama bayi bertuah mereka adalah Siti Aafiyah binti Khalid. Namanya sangat sesuai dengan bayi yang comel itu. Tahniah Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Datuk Siti memberitahu, nama tersebut diperolehi oleh suaminya sendiri ketika di Tanah Suci Mekah lagi. Beliau menambah Aafiyah itu membawa segala-gala maksud yang baik.

Majlis untuk Siti Aafiyah
Meriahnya Majlis Siti Aafiyah

Bersempena dengan itu juga mereka mengadakan satu majlis khas iaitu maulid nabi, aqiqah dan tahnik kepada Siti Aafiyah.

Datuk Siti Nurhaliza dan Suami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka selama ini dan katanya hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik semua dan Semoga Allah merahmati kita semua.

PENGUMUMAN NAMA ANAK DATUK SITI

Sumber: Siti Nurhaliza Official