in

Skuad Bawah 23 Negara Lakar Sejarah Ke Suku Akhir AFC Cup 2018 Setelah Benamkan Arab Saudi.

Photo: http://www.the-afc.com/competitions/afc-u-23-championship/latest/news/rashid-plots-charge-as-malaysia-eye-quarter-finals

SKUAD negara membuat kejutan terbesar di Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun apabila menewaskan naib juara 2013, Arab Saudi 1-0 di Stadium Kunshan.

Kemenangan itu membolehkan skuad negara mencipta sejarah mara ke suku akhir pada penyertaan sulung itu selepas muncul naib juara Kumpulan C. Mereka akan mengiringi Iraq yang menewaskan Jordan 1-0 dalam satu lagi aksi di Stadium Changshu.

Daniel Amier menjadi wira pasukan negara
Daniel Amier Norhisham muncul wira selepas ledak gol tunggal negara. © BH Online

Ia perlawanan hidup mati buat kedua-dua pasukan selepas skuad negara mengutip satu mata hasil seri 1-1 dengan Jordan dan tewas 1-4 di tangan Iraq sebelum ini, manakala Arab Saudi turut terdesak memburu kemenangan selepas seri 2-2 menentang Jordan dan terikat tanpa jaringan bertemu Iraq.

Tidak banyak perubahan dilakukan oleh Kim Swee dalam kesebelasan utama apabila hanya memasukkan R Kogileswaran menggantikan Jafri Firdaus Chew di jentera serangan. Safawi Rasid dan Akhyar Abdul Rashid tetap beraksi walau dilaporkan cedera .

Sebaik perlawanan bermula, Arab Saudi yang dikendalikan jurulatih kelahiran Argentina, Daniel Eduardo Teglia tidak menunggu lama untuk mengancam kubu Malaysia.

Sepakan percuma Fahad Al Rashidi yang terkena palang pada minit ketiga dan tandukan Abdulelah Alamri (m-16) ditepis keluar penjaga gol Haziq Nadzli. Jelas sekali ianya memberi tekanan kepada pasukan negara.

Di sebalik penguasaan bola oleh pemain Arab Saudi, mereka dikejutkan dengan jaringan pertama Malaysia pada miniit ke-28 menerusi rembatan deras pemain tengah Daniel Amier Norhisham dalam kotak penalti hasil gerakan Matthew Davies.

Hamdan Al Shamrani dilayangkan kad merah kerana mengkasari pemain Malaysia
Pemain Arab Saudi dilayangkan kad merah. © Youtube

Pada separuh masa kedua, Arab Saudi bangkit mengasak dari setiap sudut dan terpaksa menggunakan hantaran jauh untuk cuba melepasi pertahanan negara yang ampuh bertahan. Arab Saudi tertekan apabila pemain bernombor 13 Hamdan Al Shamrani dilayangkan kad merah kerana mengkasari pemain negara.

Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Malaysia bakal beraksi di suku akhir pada 20 Januari ini di venue yang sama bertemu juara Kumpulan D yang akan ditentukan oleh Australia, Korea Selatan, Vietnam dan Syria, esok.

VIDEO

Sumber: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Kes Penguatkuasa Sepahkan Ikan Milik Peniaga Di Sebuah Pasar Basah. MDKS Nafi Tetapi Rakaman Video Sebaliknya. Rakyat Tahu Menilai.

“Saya Pernah Dengar Pasal Aimar Ke JDT, Tetapi….Siapa Liridon?” – Neymar Ulas Isu JDT