in

Solat Selepas Haid – Kesilapan Wanita Yang Mereka Wajib Tahu

Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah
Solat Selepas Haid

Ini adalah sedikit perkongsian pengetahuan untuk wanita dan lelaki islam. Kenapa lelaki kena juga mengetahuinya? Kerana lelaki akan menjadi suami dan seterusnya seorang bapa. Tidak semua wanita islam sekarang mengetahui, perasan, atau sengaja tidak mengambil tahu mengenai perkara ini.

Ilmu Fekah hendaklah dicari dan ianya adalah fardhu bagi setiap orang islam. Antaranya adalah bab yang akan dikongsikan ini iaitu HAID. Ia penting dan berkaitan dengan diri setiap wanita islam. Mereka hendaklah menguasai, memahami tentang hal ini. Bukan senang hendak mencari seseorang yang benar-benar pakar dalam bab khusus untuk wanita ini. Walau bagaimanapun masih ada yang mereka yang mahir dalam bidang ini dan kita hendaklah mencari mereka (untuk belajar ) samada lelaki atau wanita.

persoalan haid dan solat,
Petingnya solat sehinggakan golongan wanita tidak boleh leka walau didatangi haid.

Ramai wanita beranggapan, jika kering haid tidak perlu qadha solatnya. Hanya teruskan solat pada waktu itu dan seterusnya sahaja. Mungkin ada yang beranggapan puasa sahaja yang perlu diqadha tetapi tidak bagi solat. Sebenarnya anggapan sebegini tidak tepat.

Jika kita bertanya kepada kawan-kawan kita, atau dibuat bancian, mungkin kebanyakan jawapan yang diterima adalah sama seperti di atas. Sebenarnya TAK SEMUDAH itu bagi seorang wanita islam untuk meninggalkan solat walaupun mereka didatangi haid sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashyur.

Pada kitab tersebut ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan ada juga perbahasan Fekah yang luas, Inilah buktinya kehebatan ulama’ terdahulu.

Dalam Bab 3:

”Fi Adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut iaitu PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID. Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha bagi wanita islam yang didatangi haid:

1. Jika perempuan yang didalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan itu mendapati darah haidnya telah kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.

# HAL INI (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)

solat selepas haid,
Jangan lalai dan segeralah menunaikan solat

HURAIAN KEPADA MASALAH DI ATAS:

Persoalan 1. Kenapa perlu qadha solat Asar dan Zohor?

Jawapan: Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

Persoalan 2. Kenapa solat Zohor juga perlu diqadha?

  • Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.
  • Mungkin disebabkan kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), berkemungkinan haidnya telah kering dalam waktu Zohor lagi. Sebagai langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

Persoalan 3. Dalam bab solat subuh juga sama. Seorang perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering sebelum masuk waktu subuh. Jika sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.

  • Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
  • Mungkin diatas kecuainnya juga (tidak memeriksa dalam setiap waktu solat) maka berkemungkinan darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi kerana proses pengeringan darah itu berlaku secara perlahan-lahan. Mungkin seseorang perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh walhal proses pengeringan itu sudah lama berlaku.
  • Maka langkah untuk menjaga hukum adalah dengan mengqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan artikel ini memberi sedikit pengetahuan kepada semua wanita islam kerana ilmu yang berkaitan ini ada hubung kait dengan diri mereka sendiri. Wallahu a’lam.

Sumber: Fitrah Islam

Petua Tradisional Merawat HFMD

Seorang Ibu Kongsi Petua Tradisional Merawat HFMD

4 Manfaat Berjalan Atas Rumput

4 Manfaat Berjalan Atas Rumput Setiap Pagi Untuk Kesihatan [VEDIO]