in

Solat Tahajjud dan Subuh Lewat

Solat pada waktu malam

Pada ketika ini, kita semua tahu bahawa waktu subuh mulai masuk agak lewat iaitu jam lebih daripada jam  6:00 ketika status ini ditulis (Sesetengah tempat). Tahukah anda bahawa jika kita terbangun dari tidur agak lewat seperti sebelum-sebelum ini iaitu sekitar jam 5:50 pagi hatta jam 5.55 pagi sekalipun, kita masih mampu atau berpeluang untuk mendirikan Solat Tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur – tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam).

Tahajjud

Waktu solat TAHAJJUD sebenarnya bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al-Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.

Tahajjud
Lakukan seikhlas hati walau sekadar 2 rakaat

Tamat waktunya solat Tahajjud ini adalah ketika masuknya waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis:

إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Justeru itu saudara-saudara dan juga diri saya sendiri, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah SWT menjanjikan kedudukan yang mulai di akhirat bagi mereka yang melaziminya.

JANGAN hanya niat solat ini semata-mata untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhaNya. Insha Allah.

JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.

Mengerjakan sebanyak dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub adalah jauh lebih mulia dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.

Baca Juga – Cara Mengerjakan Solat Tahajjud dan Kelebihannya

Sumber: Dr Zaharuddin

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

wawasan 2020

Kereta Terbang Bukan Wawasan 2020 – Perdana Menteri

Petua taugeh sentiasa segar

Petua Taugeh Sentiasa Segar dan Rangup