in

Panduan Solat Tarawih 8 Rakaat Bersendirian Atau Berjemaah Di Rumah

SOLAT TARAWIH

Bulan Ramadhan semakin hampir, seperti biasa ramai yang tercari-cari sumber untuk membuat rujukan tentang solat tarawih walaupun setiap tahun kita berterawih. Maklumlah setahun sekali dan kita hanya menjadi makmum kerana sebelum ni sering menunaikan solat tarawih di surau atau masjid dan hanya mengkut imam sahaja.

Seperti sedia maklum dengan wabak Covid 19 yang melanda dunia sekarang, berkemungkinan pada ramadhan tahun ini, Solat Tarawih terpaksa dilakukan dari rumah. Ini tidak mustahil memandangkan situasi sekarang yang masih belum nampak tanda-tanda PKP akan berakhir.

solat tarawih 8 rakaat dan witir
Mungkin tahun ni, anda adalah IMAM kepada anak, anak buah atau adik-adik

SOLAT TARAWIH

Jika anda ingin menunaikan solat tarawih di rumah, anda boleh merujuk di sini. Artikel ini menghuraikan tentang solat tarawih untuk 8 Rakaat sahaja. Sesuai juga digunakan oleh kaum wanita yang mungkin bersolat di rumah (jika tiada PKP) atau kaum lelaki jika terpaksa solat tarawih di rumah pada tahun ini.

Jika PKP diteruskan, buatlah solat tarawih di rumah dan berjemaah sebagai keluarga. Sudah tentu anda akan bertindak sebagai imam ke atas keluarga anda. Bagi mereka yang bujang dan tinggal sendirian, boleh solat sendiri.

solat witir
Mungkin jika anda bujang, tahun ni mungkin terawih sendirian

HUKUM SOLAT TARAWIH

Hukum Solat Tarawih adalah Sunat Muakkad. Boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

CARA SOLAT TARAWIH 8 RAKAAT

Berikut adalah cara menunaikan Solat Tarawih 8 rakaat seperti yang biasa dilakukan di sesetengah tempat. Anda jangan terkejut jika nampak berlainan dari tempat yang anda biasa melakukan solat tarawih. Ini sebagai panduan bagi yang memang tidak tahu untuk melakukan sendirian atau tiba-tiba perlu menjadi imam dan bilal di rumah.

solat terawih di rumah
Jika bukan disebabkan PKP, wanita juga jika solat di rumah boleh menggunakan panduan ini.

Diterangkan cara solat tarawih 8 rakaat beserta dengan tasbih, zikir dan doanya. Jika berjemaah bersama keluarga, seeloknya seorang bertindak sebagai bilal sebelum memulakan solat tarawih (Jika Ada). Jika tiada, anda lah bilal dan anda lah imam. Boleh kan! Bukan senang jadi ketua keluarga.

SEBELUM MEMULAKAN SOLAT TARAWIH

Jika ada yang menjadi Bilal, bacalah selawat dan tasbih seperti di bawah. Jika tiada bilal, anda boleh terus mulakan solat tarawih:

solat tarawih

solat terawih

solat sunat tarawih

MEMULAKAN SOLAT TARAWIH

Seterusnya solat tarawih di mulakan. Jika anda berjemaah dengan keluarga atau bersedirian, sila niatkan mengikut bagaimana anda solat terawih sama ada anda menjadi imam, bersendirian atau makmum (berjemaah).

NIAT SOLAT TARAWIH

terawih

Cara solat tarawih sama dengan solat-solat sunat yang lain. Seeloknya bacalah surah-surah mengikut rakaat seperti di bawah. Jika tidak mampu, bacalah surah yang anda ingat.

Nota: Jika anda ikuti langkah-langkah di bawah, ianya sudah lengkap untuk anda mengerjakan solat tarawih.

BACAAN SURAH TARAWIH

tarawih

RAKAAT PERTAMA DAN KEDUA

Mulakan solat tarawih bagi rakaat pertama dan kedua. Niat adalah seperti yang ditunjukkan di atas.

Bacaan SURAH selepas AL-FATIHAH:

solat terawih rumi

1. Rakaat Pertama – Surah al-Takathur

solat terawih di rumah
2. Rakaat Kedua – Surah al-Asr

solat tarawih bersendirian

Apabila selesai solat terawih dua rakaat yang pertama, terus berterawih lagi dua rakaat bagi rakaat ke tiga (3) dan ke empat (4).

Sebelum itu, jika berjemaah, bilal akan menyeru:

sembahyang tarawih

solat terawih sendiri di rumah

RAKAAT KETIGA DAN KEEMPAT

Mulakan solat sunat tarawih bagi rakaat ketiga dan keempat. Selepas membaca Al-Fatihah, bacaan SURAH adalah seperti di bawah:

1. Rakaat Pertama – Surah al-Humazah

solat tarawih sendiri
2. Rakaat Kedua – Surah al-Fil

solat terawih 8 rakaat

Apabila selesai solat terawih dua rakaat yang kedua (anda sudah melaksanakan 4 rakaat), terus berterawih lagi dua rakaat bagi rakaat kelima (5) dan keenam (6). Sebelum itu, jika anda berjemaah, bilal akan menyeru:

solat tarawih 8 rakaat

solat sunat terawih

solat sunat tarawih bersendirian

solat sunat tarawih 8 rakaat

Selesai saja berdoa, sebelum menyambung solat terawih bagi rakaat ke lima (5) dan keenam (6), Sebelum itu Bilal akan menyeru:

solat terawih berapa rakaat

RAKAAT KELIMA DAN KEENAM

Mulakan solat sunat terawih bagi rakaat kelima dan keenam. Selepas membaca Al-Fatihah, bacaan SURAH adalah seperti di bawah:

1. Rakaat Pertama – Surah al-Quraisy

solat tarawih di rumah
2. Rakaat Kedua – Surah al-Ma’un

solat sunat tarawih di rumah

Apabila selesai solat terawih dua rakaat yang ketiga (anda sudah melaksanakan 6 rakaat), terus berterawih lagi dua rakaat bagi rakaat ketujuh (7) dan kelapan (8). Sebelum itu, jika anda berjemaah, bilal akan menyeru:

sembahyang terawih

niat sembahyang terawih

RAKAAT KETUJUH DAN KELAPAN

Mulakan sembahyang tarawih bagi rakaat ketujuh dan kelapan. Selepas membaca Al-Fatihah, bacaan SURAH adalah seperti di bawah:

1. Rakaat Pertama – Surah al-Kafirun

cara sembahyang terawih
2. Rakaat Kedua – Surah al-Nasr

sembahyang tarawih di rumah

Apabila selesai solat dua rakaat yang keempat (anda sudah melaksanakan kesemua 8 rakaat), Sebelum itu, jika anda berjemaah, bilal akan menyeru:

solat sunat tarawih 8 rakaat sendirian

solat tarawih berapa rakaat

DOA SELEPAS SOLAT TERAWIH

Selepas selesai solat terawih 8 rakaat serta selawat dan tasbih, Imam akan BERDOA. (Jika anda mahukan doa pendek, tukarkan DOA ini dengan doa pendek yang anda akan baca).

sembahyang tarawih 8 rakaatsolat tarawih rumidoa sembahyang terawihsembahyang terawih di rumah

SOLAT WITIR

SOLAT WITIR 2 RAKAAT

Selesai sahaja DOA SOLAT TERAWIH, bersedialah untuk mengerjakan solat sunat witir 3 rakaat yang mana akan dilakukan 2 rakaat terlebih dahulu. Bilal akan menyeru:

solat sunat terawih sendiri 50

tasbih tarawih

solat witir

MULAKAN SOLAT WITIR

NIAT SOLAT WITIR 2 RAKAAT

Lafaz niat solat witir untuk 2 rakaat adalah seperti di bawah:

solat sunat witir

Bacaan SURAH selepas AL-FATIHAH:

1. Rakaat Pertama – Surah al-A’la

niat sembahyang terawih berjemaah
2. Rakaat Kedua – Surah al-Kafirun

solat sunat tarawih dan witir 30
Apabila selesai Solat Witir 2 Rakaat, Bilal akan menyeru:

tasbih tarawih ramadhan

Teruskan berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Solat Witir.

NIAT SOLAT WITIR 1 RAKAAT

Lafaz Niat pada satu rakaat terakhir:

solat witir satu rakaat

Bacaan SURAH selepas AL-FATIHAH:

Imam akan membaca tiga (3) surah iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.

sembahyang tarawih dan witir

solat tarawih berjemaah

solat tarawih jakim

SOLAT WITIR 3 RAKAAT 1 SALAM

Jika anda ingin mengerjakan Solat Witir dengan 3 Rakaat sekaligus, lakukan seperti biasa selepas Bilal membuat seruan untuk Solat Witir.

Nota: Bagi Solat Sunat Witir 3 Rakaat 1 Salam, tiada bacaan Tasyahud (Tahiyyat) Awal pada rakaat kedua. Pada rakaat kedua, perbuatan adalah sama seperti rakaat pertama.

NIAT SOLAT SUNAT WITIR 3 RAKAAT

Lafaz niat solat witir 3 rakaat adalah seperti berikut:

sembahyang witir

Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah:

1. Rakaat Pertama – Surah al-A’la
2. Rakaat Kedua – Surah al-Kafirun
3. Rakaat Ketiga – Imam akan membaca tiga (3) surah iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.

Lakukan solat sehingga selesai.

BACAAN DOA QUNUT

Sunat dibaca Doa Qunut mulai pada malam 16 Ramadhan. Lafaz Qunut sama seperti kita solat Subuh. Jika tidak membaca Qunut, disunatkan Sujud Sahwi. Kalau tidak sujud Sahwi tetap sah solat.

SETELAH SELESAI SOLAT WITIR

Selepas selesai mengerjakan solat sunat witir, lazimnya dibaca:

solat sunat witir 1 rakaat

DOA SOLAT WITIR

Di bawah ini adalah doa selepas menunaikan solat witir. Doanya adalah seperti berikut:

doa sembahyang witir

Selepas Imam menyebut Al-Fatihah, semua sekali membaca Fatihah

solat terawih jakim

Selesai membaca Al-Fatihah, Imam terus membaca doa sehingga selesai.

solat witir 3 rakaat 1 salam

Baca: Panduan Solat Sunat Aidil Fitri

PENUTUP

Itulah serba ringkas panduan menunaikan solat tarawih 8 rakaat di rumah samada berjemaah atau secara bersendirian. Artikel ini dirujuk dari portal Jakim dan Shafiqolbu. Semoga bermanfaat kepada anda yang membaca. Semoga kita beroleh keampunan Allah SWT di malam-malam pada bulan Ramadhan.

Apa yang disusun itu hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh melakukan mengikut kemampuan dan keikhlasan anda. Semoga kita beroleh keberkatan bersama.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

puding karamel

Puding Karamel Sebagai Menu Petang Simple dan Sedap

masalah peti sejuk

Cara Atasi Masalah Peti Sejuk Beku Di Atas Tapi Tak Sejuk Di Bawah.