in

SPRM Dapat Ketua Pesuruhjaya Baru

Ketua SPRM
Mohd Shukri (Kiri) dan Latheefa Koya (Kanan)

Peguam dan Pengarah Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Latheefa Beebi Koya, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Dalam satu kenyataan kepada media, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan Latheefa menggantikan Mohd Shukri Abdull yang menamatkan kontraknya lebih awal. Perlantikan Latheefa sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

KETUA SPRM LAMA DIPENDEKKAN KONTRAK

Kenyataan yang sama juga memberitahu, selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694), Seri Paduka Baginda turut memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal dari sepatutnya yang akan tamat pada 17 Mei 2020.

Mohd Shukri dilantik mengetuai agensi antirasuah sejurus selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU ke 14 pada Mei tahun lalu.

Mohd Shukri bukanlah asing kepada SPRM kerana beliau pernah berkhidmat sebagai salah seorang pegawai paling kanan di agensi terbabit. Namun bersara pada pertengahan 2016 ketika skandal 1MDB semakin panas membabitkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Sejurus selepas dilantik sebagai ketua pesuruhjaya, Mohd Shukri menceritakan pengalamannya dituduh sebagai pembelot kepada negara sedangkan, mereka berjuang untuk mendapatkan semula “duit yang dicuri daripada rakyat Malaysia”.

Menurut PMO pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa pada 1 Jun lalu. Ia adalah sebahagian daripada langkah pembaharuan penting dibuat Putrajaya untuk mereformasikan institusi kerajaan.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Shukri yang banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM,” kata kenyataan itu.

Sumber – Malaysia Kini via isu viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Solat Sunat Hariraya

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal

5 Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal