in

Status Sumareh Sebagai Pemain Naturalisasi Tak Lucut

sumareh

MASALAH antara Mohamadou Sumareh dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selaku bekas majikannya dianggap lebih bersifat peribadi.

Isu tersebut tidak akan menjejaskan status pemain kelahiran Gambia yang berusia 26 tahun itu sebagai pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya. Ini bermakna beliau masih sah sebagai pemain naturalisasi selagi khidmatnya ditagih skuad Kebangsaan.

Mohd Yusoff Mahadi
Datuk Mohd Yusoff Mahadi

Status Sumareh Sebagai Pemain Naturalisasi Tidak Terjejas

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata:

“Isu Sumareh dengan Pahang ini tak ada kena mengena dengan (status) naturalisasi atau tidak. Ia hanya pertikaian antara pemain dan pasukan (Pahang), tak ada melibatkan soal lain (naturalisasi).

“Bila ada panggilan mewakili negara, dia kena datanglah. Dia perlu hadir jika khidmatnya masih diperlukan pasukan kebangsaan, tidak kira pada kem latihan pusat mahupun tugasan antarabangsa.

“Apa pun saya tak nampak masalah yang berlaku ini akan mengganggu fokus pemain. Contohnya Sumareh mungkin akan bertemu semula dengan bekas rakan-rakan sepasukannya dari Pahang. Saya percaya mereka akan bersikap profesional,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sumareh
Status Sumareh Tak Lucut, perlu melapor diri jika khidmatnya diperlukan. Foto: affsuzukicup.com

Sudah lebih seminggu, isu mengenai pemain berkenaan hangat diperkatakan dikalangan peminat bola sepak tempatan apabila dia dilaporkan tidak menghadiri sesi latihan bersama Pahang hampir sebulan.

Kehilangannya didakwa berpunca daripada masalah pembayaran gaji, sekali gus menyebabkan dia mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, tersebar berita bahawa beliau akan menyertai kelab Liga Thailand, Police Tero FC pada musim baharu yang bermula minggu ini. Akhirnya ianya disahkan sendiri oleh Sumareh.

Tindakan pemain itu menyebabkan PBNP bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya selepas mereka mendakwa bekas pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perlis itu telah mungkir janji seperti yang termaktub dalam kontraknya.

Mohd Yusoff juga memberitahu, pihaknya masih belum berbincang secara mendalam mengenai kemelut yang berlaku itu kerana perlu kenal pasti terlebih dahulu punca sebenar pemain berkenaan meninggalkan Pahang.

“Pada saya, kalau ada perkara yang tak puas hati dengan pasukan, lebih baik salurkan maklumat untuk rujukan FAM, barulah kita akan nilai dan beri nasihat. Mesti ada cara penyelesaian yang terbaik mengikut saluran yang disediakan.

“Isu ini tidak akan berpanjangan sekiranya dia mengadakan perbincangan terus dengan pihak pengurusan Pahang. Saya cuma berharap masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Baca: Kapten Indonesia Sakit Hati Dengan Gelagat Penyokong

Kita harapkan isu antara Sumareh dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PNBP) dapat diselesaikan dengan baik kerana kedua-dua pihak ada jasa dan peranan yang tersendiri. – Sukan

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

membantu orang dalam kesulitan

Kerana Membantu Orang Dalam Kesulitan, Keluarga Ini Dapat Apa Yang Dicari

eira aziera

Akhirnya Eira Aziera Tampil Mohon Maaf dan Ini Kata Kata Beliau