in ,

Taubatlah Suami Yang Tak Solat Sebab Kalian Akan Bawa Anak Isteri Ke Syurga – Prof Muhaya

Suami Tidak Solat Bertaubatlah
Foto Hiasan - @NSTP

Profesor Muhaya membuat sedikit perkongsian mengenai golongan suami yang tak solat dan tidak bekerja. Soalan-soalan berkaitan isu ini sering diajukan dari para isteri kepadanya.

“Assalamualaikum banyaknya orang tanya saya, Prof macam mana suami saya ni tidak bekerja, saya kerja dan bayaran bil semua saya yang buat?

“Ini saya nak sebut tagline ini; ‘suami malas akan suka cari isteri berdikari’. Cuba tengok sentap atau tidak, kalau suami cakap saya nak cari wanita yang independent, ada kerjaya dan sebagainya takut-takut anda sebenarnya malas untuk menunaikan tanggungjawab.

Jangan mengharapkan isteri sahaja bekerja untuk nafkah seisi keluarga

“Dan ingat setiap kali anda (suami) tidak diberi nafkah akan dituntut,” pesannya.

Pada masa sama, Prof Muhaya yang turut terkenal di kalangan selebriti ini juga turut memberi pesan kepada para ‘imam’ di luar sana.

“Saya nak jawab soalan kepada suami isteri mengenai soalan ini, suami yang tidak solat dan sebagainya. “Tolong, suami yang tidak solat tolong taubat sebab kalian sepatutnya membawa anak serta isteri ke syurga.

“Suami yang tak solat atau tiada niat bawa anak isteri ke syurga, pada saya sia-sia hidup dia. Cuba audit balik hidup kita. “Hentilah dulu nak pergi mengeteh atau apa, tengok pada keluarga terlebih dulu,” katanya

Suami harus bertanggungjawab untuk menyara keluarga dan membawa anak isteri ke syurga

Rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap apa yang telah diperkatakan pakar motivasi terkenal itu.

Prof Muhaya sering sahaja memuat naik video berunsur nasihat dan motivasi menerusi media sosial selain diundang ke program-program televisyen tempatan.

Mari kita hayati bait-bait lirik Saat Lafaz Sakinah di bawah:

Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya, Sunyi suasana, Lafaz sakinah bermula

Apa rasa, Diterjemah hanya Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku, Serah kini amanahku ini pada mu, Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku, Tangisannya kini ku serah padamu , Bukan bermakna, dia bukan milikku, Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga, Mengerti benar akan maharnya, Taat itu bukan hanya pada nama, Indah ia pada maksudnya

Ku akur Akan pesanmu, Puterimu kini amanahku, Iringilah Dengan doamu Bahagia kami.

Solat Adalah Tiang Agama. Apa komen Anda? Sila Like dan Share jika bermanfaat.

Sumber: Majalah Perdana

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara menjadikan baju kekal putih

Cara Untuk Menjadikan Baju Sentiasa Putih dan Wangi

Cara Membaca Ruqyah Untuk Diri Sendiri