in ,

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000

SUMAREH

Semalam, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak berhubung perpindahan Mohamadou Sumareh ke Selangor pada musim depan.

Sumareh ke Selangor?

Paparan di laman instagram ‘story’ TMJ turut membidas sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang dilihat lebih gemar membuat provokasi terhadap JDT serta mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi.

TMJ menyarankan agar FAS belajar sesuatu dari Terengganu FC selepas tewas 6-1 kepada JDT dalam kedua-dua saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier minggu ini.

TMJ memberi contoh provokasi yang dilakukan oleh pengurusan Selangor iaitu slogan, “Saksikan Harimau Selatan Hilang Taringnya” yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam walaupun mereka (Selangor) belum memenangi apa-apa kejuaraan.

TMJ juga turut menyarankan agar FAS menjelaskan kepada para penyokong Selangor sendiri mengenai masalah sebenar yang berlaku dalam pasukan itu sendiri. Baginda tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang tidak jujur dan menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi.

Difahamkan, kenyataan itu ditujukan kepada bekas Naib Presiden FAS, Izhar Moslim.

Selain itu, peminat bola sepak tempatan nyata dikejutkan dengan pendedahan berkaitan penawaran kontrak rasmi Selangor kepada bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang buat masa ini bakal menyertai kelab Thailand, Police Tero FC dalam masa terdekat.

Menurut sumber, berdasarkan kontrak tersebut, Sumareh mendapat tawaran gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan.Ianya tidak termasuk bonus serta elaun tambahan. Namun menerusi perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahukan gaji dinaikkan kepada USD20,000 sebulan.

Difahamkan Dr. Johan sedia mempertimbangkan permintaan Sumareh yang bakal berangkat ke Thailand pada hari selasa ini tetapi belum buat sebarang keputusan mengenainya.

Sumareh sebelum ini mencetus kontroversi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan walaupun masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga tahun 2022.

Beliau mengambil tindakan meninggalkan skuad tok gajah kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Kemelut tersebut menjadi tanda tanya di kalangan sebahagian besar peminat bolasepak di Malaysia sehingga timbul berbagai spekulasi. Mungkin anda sendiri beranggapan bahawa destinasi terakhir Sumareh selepas Police Tero FC adalah Kelab JDT.

Sumber: VocketFC

Baca: Perpindahan Sumareh ke Police Tero FC Satu Persiggahan – Khalid Ali

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dalam satu kenyataan rasmi menafikan Sumareh tidak dibayar gaji kerana semua urusan mengenainya sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Kelantan United FC

Tugasan Pertama Jurulatih Baru, Kelantan United FC Tewas Lagi

PASUKAN KEDAH

Pasukan Kedah Pintas Perak Di Tangga Kedua Liga