in ,

Sungai 5 Warna Memukau Siapa Sahaja Yang Melihatnya. Hebatnya Ciptaan Allah

sungai 5 warna

Biasanya setiap kali hujan turun terutamanya hujan panas, kita akan melihat pelangi. Sangat cantik warnanya. Biasanya seperti nampak di langit. Namun tahukah anda ada sungai yang sama indahnya dengan pelangi?

Pelangi sangat indah warnanya

Sungai 5 Warna di Columbia

Sungai 5 warna yang dimaksudkan ialah Sungai Caño Cristales. Ianya digelar sebagai sungai yang paling indah di dunia oleh mereka yang pernah mengunjunginya.

Caño Cristales
Sungai Caño Cristales digelar sebagai sungai paling indah di dunia

Sungai ini biasa disebut ‘Sungai Lima Warna’, ‘Pelangi Cair’ bahkan ada yang menyebutnya sebagai ‘Sungai Maha Indah di Dunia’ kerana keindahan yang terhasil melalui kombinasi warna seperti merah, kuning, hijau dan biru di bahagian bawah sungai memberi penampilan yang sangat unik dan menarik.

Sungai Caño Cristales sangat indah
Ia juga dikenali sebagai Pelangi Cair

Warna airnya sangat cantik. Ianya berlaku hasil daripada kewujudan tumbuh-tumbuhan air tawar yang dikenali sebagai macarenia clavigera ditambah dengan kejernihan airnya dan kebersihannya. Suasana ini sukar untuk di lihat di tempat kita bahkan di tempat lain.

Sungai Caño Cristales
Tona warna yang sangat menarik dari dasar sungai

Antara bulan julai hingga november, tumbuhan berwarna merah akan berpaut pada batu di sepanjang sungai bersama dengan lumut, tumbuhan akuatik dan batu karang. Gabungan kesemuanya itu mewujudkan suasana warna-warni di bawah permukaan air yang sangat cantik memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sungai Caño Cristales terletak di Columbia

Menurut portal Pandotrip, kejernihan airnya yang tembus hingga ke dasar sungai membolehkan pengunjung melihat hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan di bawah permukaanya. Batu-batan yang ada pula menghasilkan warna kelabu, menyempurnakan lagi keindahan landskapnya.

Warna yang memikat dari dasar Sungai Caño Cristales.

Untuk ke sini, pengunjung perlu terbang ke La Macarena melalui Taman Negara Serrania de la Macarena dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki atau menunggang kuda untuk sampai ke sana kerana ianya tidak dapat dilalui melalui jalan raya.

Ibarat pemandangan syurga dunia. Harap-harap diberi peluang untuk sampai ke sungai 5 warna ini suatu hari nanti. Kalau tak dapat pergi sana pun, apa kata jika anda ke utara, singgah sebentar di teratak Tok Su dengan 7 aktiviti menarik.

Sumber: strangesounds

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

(VIDEO) Pergaduhan Antara Dua Kumpulan Tercetus Selepas Seorang Wanita Merampas Telefon Bimbit & Menampar Seorang Lelaki

Rahsia Memiliki Pinggang Ramping dan Perut Kempis