in , ,

Suspek Simbah Cat Masjid 600 Tahun Di Melaka Ditahan

Suspek Simbah Cat Pada Masjid Ditahan

Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan atas kes yang membabitkan perbuatan khian4t kerana menyimbah cat pada pintu Masjid Tengkera di Melaka awal pagi semalam.

Kejadian simbah cat itu disedari oleh seorang jemaah masjid berkenaan. Ketika kejadian tersebut dia ingin menunaikan solat subuh kira-kira jam 6 pagi. Seterusnya dia menghubungi anaknya yang ketika itu berada di Surau Kampung Lapan.

Anak lelaki berkenaan yang berusia 40 tahun itu kemudian pergi ke masjid tersebut untuk melihat apa yang berlaku sebelum membuat laporan polis

masjid tengkera
Keadaan pintu masjid yang disimbah cat.

Tidak lama selepas itu, suspek yang berusia 38 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis tidak jauh dari lokasi masjid berkenaan iaitu kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, susulan laporan itu sepasukan anggota polis datang ke tempat kejadian dan berjaya menahan suspek.

Ketika ditahan, Polis turut merampas satu tin cat berwarna ungu bersama suspek. polis masih menyiasat kejadian ini dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab turut melahirkan rasa kesal mengenai kejadian itu dalam laman sosial Facebook membabitkan masjid berusia 600 tahun itu.

suspek simbah cat
Suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong turut kecewa dengan perbuatan. Beliau menyifatkan kejadian itu mencemarkan bukan setakat rumah ibadat malah ia merupakan tempat warisan dan sejarah negeri.

Suspek yang mempunyai satu rekod lampau kes jenayah itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseks4an.

Baca Juga – Isu Berhala, Suspek Ditahan

Sumber: Bernama via Isma Web

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Rahsia Surah Yaasin Ayat 58

Rahsia Ayat 58 Dalam Surah Yaasin Jika Dibaca 7 Kali

janda tinggal dalam reban ayam bersama 3 anak

Ibu Tunggal Bersama 3 Anak Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam. Allahu…