in

Tabik Dr Amalina. Ini Biodata Ringkas Beliau. Ibu dan Ayahnya Juga Bukan Calang-Calang

biodata dr amalina bakri

Hanya ungkapan terima kasih yang kita semua mampu berikan kepada Dr Nur Amalina Che Bakri serta pasukan pakar yang berjaya menjalankan pembedahan bagi membuang ketumbuhan dalam mulut adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia 9 bulan yang mengidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, Isnin lalu.

Instagram milik Dr Amalina mencatatkan lebih 200,000 tanda LIKE dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan lebih 5 jam selesai. Rata-rata memuji beliau dan bersyukur atas kejayaan tersebut.

kenali dr amalina
Dr Amalina bersama kedua ibu bapa adik Ainul Mardhiah. Foto Instagram

Sementara itu, Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut adik Ainul yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik yang diketuai Ketua Unit Craniofacial Prof David Dunaway.

SIAPA DR AMALINA?

Nur Amalina Che Bakri, dilahirkan pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu dan dibesarkan di johor Bahru. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, Timbalan Pengarah dan seorang jurutera DBKL.

Heboh satu ketika dulu dalam media cetak dan elektronik apabila beliau mempeolehi keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).

Dr Amalina bersama ibunya. Foto Instagram

Amalina seorang yang aktif, merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Sering belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Sangat meminati program-program realiti tv seperti Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel.

Disebali kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004, sebenarnya Amalina mengambil inisiatif berjumpa dengan guru untuk membincangkan hal yang berkaitan pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya.

SELEPAS KEJAYAAN SPM

Beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di di Cheltenham Ladies College, United Kingdom pada September 2005 dan medapat 5A dalam program A-Level. Pada September 2007, Amalina melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh, Scotland.

Pada julai 2010, Amalina memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi di universiti tersebut dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya. Seterusnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada Julai 2013.

Pengajian beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Kejayaan dalam SPM membawa Dr Amalina ke tahap dia berada sekarang

KEHIDUPAN TERKINI AMALINA

Selepas menamatkan pengajian di University of Edinburgh, beliau telah melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di University of Cambridge.

Beliau menjalani latihan sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama 2 tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bedah.

Beliau memaklumkan memerlukan masa sekurang-kurangnya 6 ke 7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang k4nser p4yud4ra dan onkoplastik. Pada pertengahan 2015, Nur Amalina menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama.

Seterusnya meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust.

Dr Amalina terlibat dalam pengkhususan p4yud4ra, plastik dan pembedahan awam dan telah berkhidmat di Hospital St Mary, Hospital Chelsea & Westminster dan Hospital Charing Cross.

Hebatkan Dr Amalina. Apa kata anda? Jangan lupa komen dan share. Terima Kasih kerana membaca.

Layari facebook kami di Suka Viral.

Sumber: Asia Kini

TNB akan dikenakan Penalti

Ekoran Kenaikan Bil Elektrik, ST Akan Kenakan Penalti Kepada TNB

Doktor Dedah Keburukan Pakai Bengkung Setiap Hari