in ,

Tahlil Untuk Diri Sendiri

Tahlil untuk diri sendiri
Photo: Tribunnews

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40 kerana terlibat dengan kemalangan di Selatan Thailand. Apa kaitan dengan ungkapan tahlil untuk diri sendiri dengan pemergiannya? Teruskan membaca.

Tahlil Untuk Diri Sendiri?

Disebalik kejadian tersebut, Allahyarhamah sebenarnya sempat menjemput pelajar Madrasah Ahbabulmustafa Al Islamiah, Kampung Menjual, Tumpat untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula hari ini.

Pengasas Dnars Skincare
Kemalangan yang meragut nyawa Faziani. Photo oleh Bernama

Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Sulit mudir madrasah berkenaan, Al Fatas Yasmn. Katanya selain untuk mengimarahkan Ramadan, jemputan tersebut juga bertujuan untuk tahlil khas buat arwah bapanya yang sudah meninggal duni4 pada bulan Ramadan lebih 15 tahun yang lalu.

“Arwah menjemput seramai 30 pelajar dari madrasah ini untuk mengaji di rumahnya selama 40 hari bermula hari ini di samping mengadakan majlis tahlil.

“Rupa-rupanya tahlil ini nanti bukan sahaja untuk bapanya yang meninggal di Ramadan lama dahulu, tapi untuk diri sendiri (Faziani),” katanya ketika ditemui di rumah arwah di Kampung Paloh, hari ini.

Sebenarnya sudah empat tahun Faziani memberi sumbangan kepada madrasah tersebut dalam bentuk makanan, keperluan lain serta kewangan.

Anak-anak Faziani. Photo: Hmetro

Beliau memberitahu lagi, Faziani dilihat agak kelam kabut untuk menyelesaikan urusan sedekah membabitkan beberapa pondok seperti sudah dapat mengagak ajalnya bakal tiba.

Pembantunya memberitahu Faziani ingin mempercepatkan segala urusan sedekahnya kepada semua badan kebajikan, pondok dan individu.

Difahamkan beberapa hari kebelakangan ini arwah dilihat berkelakuan agak pelik dari biasa di mana ingin selesaikan segala urusan sedekah dan infaq sekali gus.

“Kami memang sangat terkejut dengan musibah yang melanda beliau, bagaimanapun pemergiannya adalah pada bulan yang baik,” katanya.

Jenazah Fauzani tiba di kediamannya pada 6 petang diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dengan menaiki van jenazah dari sebuah hospital di Pattani, Thailand.

Jenazah Faziani ketika baru tiba dari Pattani. Photo: Hmetro

Jenazahnya akan dimandikan dan disolatkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit pada malam ini.

Semoga Allah menempatkan Arwah Faziani dikalangan orang-orang mukmin. Salam Takziah juga buat keluarganya.

Baca Juga – Takdir dan Ketentuan Allah

Sumber: Hmetro

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

7 Kelebihan Surah Al Kausar Jika Diamalkan

7 Kehebatan dan Kelebihan Surah Al-Kautsar Jika Diamalkan

Cara Elak Kucing berak merata

Cara Elak Kucing Berak dan Kencing Merata