in ,

Khas Untuk Penjawat Awam, Mohon Perlindungan CuepacsCare dan CuepacsPA Secara Online

Programe CuepacsCare

QUEPACS melalui MyCuepacsCare telah melancarkan sistem permohonan secara online iaitu Program Takaful Penjawat Awam CuepacsCare dan CuepacsPA. Pelancaran ini bagi memudahkan kakitangan kerajaan menyertai program perlindungan takaful tersebut.

Kesedaran rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk mendapatkan perlindungan takaful atau insurans masih lagi rendah. program ini dipromosikan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlunya memiliki perlindungan tambahan selaras hasrat Bank Negara.

Kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan Perlindungan Insuran dan Takaful masih lagi rendah

Sistem yang telahpun dilancarkan pada awal Januari lalu boleh diakses melalui portal www.cuepacscare.my. Portal ini memudahkan penjawat awam memperolehi borang lengkap bagi menyertai program takaful yang disediakan.

Penjawat awam boleh membuat permohonan secara online melalui portal yang dinyatakan. Setelah selesai memohon secara online, MyCuepacsCare akan menghantar borang lengkap kepada pemohon melalui perkhidmatan pos untuk diisi.

Skim ini menawarkan 2 skim iaitu Takaful Penghospitalan CuepacsCare dan Pembedahan serta Takaful Kemalangan Diri CuepacsPA.

Skim ini merupakan alternatif yang terbaik dengan keistimewaan berpandukan program yang disertai.

TAKAFUL PENGHOSPITALAN CUEPACSCARE DAN PEMBEDAHAN

Takaful Penghospitalan CuepacsCare dan Pembedahan mengenakan premium serendah RM32 sebulan dengan had perlindungan tahunan sebanyak RM60,000.

Ahli skim ini diterima oleh lebih 70 panel hospital pakar swasta di seluruh negara.

KEISTIMEWAAN Program Takaful Penghospitalan CuepacsCare dan Pembedahan adalah seperti gambarajah di bawah:

Photo: CuepacsCare

Pelan Perlindungan

Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CuepacsCare mempunyai 2 Jenis Pelan Perlindungan iaitu:

1. Pelan Individu – Memberi perlindungan kepada ahli bermula daripada umur 18 tahun sehingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

2. Pelan Keluarga – Memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD). Had umur anak seawal 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.

Sila lihat Skop Perlindungan Lengkap dan Manfaat Kontrak Peserta & Keluarga untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

TAKAFUL KEMALANGAN DIRI CUEPACSPA

Takaful Kemalangan Diri CuepacsPA pula mengenakan premium serendah RM6.00 sebulan dengan perlindungan sehingga RM220,000.

Keistimewaan Program Takaful kemalangan diri CuepacsPA adalah seperti di bawah:

Photo: CuepacsPA

Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACSPA menyediakan skop perlindungan yang komprehensif seperti di bawah:

1. Kematian akibat kemalangan sebagai penumpang dalam pengankutan awam berlesen.

2. Kematian akibat kemalangan di jalan raya dengan pengangkutan sendiri.

3. Kematian akibat lain-lain kemalangan.

4. Lumpuh menyeluruh dari leher ke bawah atau ketidakwarasan menyeluruh dan tidak dapat diubati akibat kemalangan.

5. Hilang upaya kekal akibat kemalangan.

6. Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan.

7. Elaun tunai harian di Hospital Kerajaan.

8. Elaun perjalanan mingguan.

9. Khairat Kematian dan Upah Haji (Islam)

Perlindungan Insuran dan Takaful sangat berguna bila kita ditimpa musibah

Bagi mengetahui Skop Perlindungan Lengkap sila klik di link yang diberikan ini.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE

Sila layari www.cuepacscare.my dan klik pada skim yang anda ingin sertai.

Setakat ini hampir 500,000 penjawat awam telah mendapat manfaat daripada CuepacsCare dan CuepacsPA. Hasrat CUEPACS adalah setiap penjawat awam di negara ini memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful untuk keluarga mereka.

BACA JUGA: Cara Mudah Memohon Cukai Jalan Secara Online Yang Cepat dan Murah

Sumber: Cuepacscare

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

barang sihir

Cara Menemukan Barang Sihir Di Sekitar Rumah Anda

Susulan Kemalangan Lori

Isteri Minta Padam Video dan Gambar Arwah Di Lokasi Kemal4ngan