in

Kisah Allah Mengubah Takdir dan Ketentuan Sabahat Nabi Ibrahim AS Dengan Memanjangkan Usianya

Rezeki, jodoh, umur dan apa saja adalah takdir dan ketentuan daripada Allah SWT. Begitu juga dengan tarikh dan waktu pemergian kita. Allah telah tentukan dari awal lagi apakah punca dan bila tarikhnya kita akan mengadap ilahi.

Namun bolehkah tarikh mengadap ilahi pada seseorang itu boleh tertunda? Semua dikalangan kita berfikir bahawa Allah telah menetapkan tarikh tersebut maka kita akan pergi apabila sampai pada tarikh itu.

Kisah Takdir dan Ketentuan Allah Diubah

Gambar Hiasan – Hanya Allah yang boleh mengubah apa sahaja termasuk umur seseorang

Di zaman Nabi Ibrahim AS, ada satu kisah yang berlaku mengenai tarikh kematian seseorang. Kisahnya seperti di bawah:

Pada satu hari Malaikat Izrail mendatangi Nabi Ibrahim AS lalu bertanya: “Wahai Ibrahim, siapakah anak muda yang mendatangimu itu?”

Lalu dijawab oleh Nabi Ibrahim AS: “Itu adalah sahabatku dan sekaligus anak muridku”.

Malaikat Izrail bertanya lagi apa tujuan lelaki tersebut menemui Nabi Ibrahim. Baginda memaklumkan bahawa dia ingin menyampaikan berita gembira tentang perkahwinannya pada esok pagi.

Lalu Malaikat Izrail menyatakan kepada Nabi Ibrahim: “Wahai Ibrahim, sayang sekali kerana umur anak ini tidak panjang. Umurnya tidak akan sampai hingga esok pagi”.

takdir dan ketentuan
Gambar Hiasan – Seperti yang kita ketahui, jodoh dan aj4l itu ditangan Allah SWT

Selesai sahaja berkata-kata, Malaikat Izrail terus berlalu meninggalkan Nabi Ibrahim. Tergerak di hati baginda untuk memberitahu sahabat dan muridnya itu tentang apa yang disampaikan oleh malaikat tadi.

Sebolehnya Nabi Ibrahim mahukan lelaki itu berkahwin pada malam itu juga. Namun niat baginda terhenti setakat itu dengan memilih ketentuan Allah itu bahawa kematian adalah rahsiaNya.

Keesokan pagi, Nabi Ibrahim AS terkejut dan melihat anak murid dan sahabatnya itu melangsungkan perkahwinannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun sehinggalah usianya 70 tahun.

Lalu Nabi Ibrahim AS bertanya kepada Malaikat Izrail: “Adakah kamu berbohong tempoh hari memberitahuku bahawa anak muda itu akan meninggal sebelum keesokannya? ternyata dia tidak meninggal dan umurnya panjang”.

Malaikat Izrail memberitahu bahawa dia memang akan mencabut nyawa lelaki tersebut namun Allah SWT telah menahannya daripada berbuat demikian. Lalu Izrail memberitahu lagi kepada Nabi Ibrahim bahawa pada malam tersebut juga lelaki itu telah sedekahkan 7 dirham kepada anak-anak yatim. Lalu anak-anak yatim itu mendoakannya.

Gambar Hiasan – Semuanya kehendak Allah SWT

Lalu Allah kabulkan doa anak-anak yatim tersebut dengan menggantikan setiap 1 dirham yang disedekahkan itu dengan kehidupan selama 10 tahun. Lalu Izrail berkata kenapda Nabi Ibrahim AS: “Aku diperintahkan agar tidak mencabut ny4wa anak muda tersebut sebelum usianya 70 tahun.

Disebabkan bersedekah, Allah telah memanjangkan umur lelaki tersebut dan sebab itulah Nabi Ibrahim AS masih melihat lelaki tersebut masih hidup.

Baca Juga – Tanda-Tanda Malaikat Izrail Ingin Menjemput Kita Pulang

RUMUSAN

Kematian sememangnya takdir dan ketentuan Allah SWT bukannya Malaikat. Malaikat Izrail hanya menjalankan perintah Allah. Justeru itu, memendek atau memanjangkan umur atau menentukan tarikh, masa dan sebab kematian seseorang adalah Allah SWT sahaja.

Salah salah satu manfaat bersedekah juga adalah boleh memanjangkan umur seseorang. Jadi mari sama-sama perbanyakkan sedekah dan bersedekahlah dengan ikhlas kepada mereka yang memerlukan.

ketentuan Allah
Amalan bersedekah sangat besar manfaatnya

Sedekah bukan sahaja wang ringgit, bahkan dengan menyebarkan benda-benda baik juga dianggap sedekah. Hanya Allah SWT yang akan membalasnya. Wallahu A’lam.

Sumber: Kisah Islami

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Makna Istighfar

Makna Sebenar Disebalik ISTIGHFAR

petua hilangkan kuning bayi secara tradisional

Petua Merawat Bayi Kuning dan Panduan Lengkap Mengenainya