in ,

Ketahui 4 Taktik Utama Yang Digunakan Oleh Sindikit Macau Scam. Tolong Ambik Tahu – Sampai Bila Nak Kena Tipu!!

4 Teknik Penipuan Macau Scam

BACALAH…SAMPAI BILA NAK KENA TIPU?

Terdapat EMPAT taktik yang biasa digunakan oleh sindiket Macau Scam (Telecommunication Fraud) untuk memperdayakan orang ramai yang membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Banyak aduan yang diterima daripada mangsa yang telah terpedaya dengan panggilan palsu yang mendakwa mereka adalah pegawai-pegawai daripada institusi kewangan atau polis.

Kebanyakan mangsa mereka yang terpedaya adalah golongan profesional. Lebih malang ada juga mangsa yang baru sahaja berpencen dan kerugian hingga ratusan ribu ringgit.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia KPN Datuk Asmawati Ahmad berkata, Macau Scam didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan juga tempatan.

Macau Scam
Datuk Asmawati Ahmad

TAKTIK YANG DIGUNAKAN

Empat taktik yang sering digunakan ialah oleh sindikit Macau Scam adalah:

  • Cabutan bertuah
  • Tipu culik dan minta wang tebusan
  • Spoofing (pegawai polis/agensi kerajaan)
  • Spoofing (pegawai bank negara atau bank komersil).

BACA JUGA: WANITA INI KONGSI BAGAIMANA DITIPU MACAU SCAM MENYAMAR POLIS

TAKTIK CABUTAN BERTUAH

Pihak sindikit akan menghubungi mangsa memaklumkan bahawa kononnya mangsa memenangi cabutan bertuah berjumlah jutaan ringgit daripada syarikat di Hong Kong dan Macau. Seterusnya pemanggil akan memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mangsa mahu menuntut hadiah berkenaan.

Selepas bersetuju, mangsa dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan memindahkan wang ke akaun tertentu bagi menuntut wang. Namun, selepas transaksi dibuat, pemanggil gagal dihubungi lagi.

Taktik Macau Scam
Gambar Hiasan

TAKTIK CULIK DAN MINTA WANG TEBUSAN

Sindikit akan menghubungi mangsa melalui telefon mendakwa anak atau saudara maranya (mangsa) telah diculik. Mangsa diarahkan aau diperdaya supaya memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberi pemanggil.

SPOOFING

Apa itu Spoofing?

Spoofing ialah taktik pemanggil berkomunikasi menggunakan platform ‘Voice Over Internet Protocol’ (VoIP). Platform ini bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya penerima. Mangsa atau penerima akan melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbit mereka. Mereka percaya itu adalah nombor daripada agensi yang berkaitan seperti Polis, Kastam, Bank dan sebagainya.

scammer
Gambar Hiasan

Spoofing Dari Pegawai Polis / Agensi Kerajaan Lain

Pemanggil akan menyamar sebagai pegawai polis atau pegawai agensi kerajaan yang lain. Cara mereka bekerja atau bercakap adalah hampir sama dengan apa yang biasa pegawai polis atau agensi yang lain bekerja atau bercakap.

Melalui taktik ini, mangsa akan menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah, polis dan dan sebagainya mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan haram.

Mangsa kemudian diminta memindahkan wang daripada akaunnya ke akaun tertentu, kononnya bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

Spoofing Dari Pegawai Bank Negara Atau Bank Komersil

Sindikit akan menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) atau Bank Komersil lain bagi penipuan membabitkan kad kredit.

Mangsa akan menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank berkenaan dengan dakwaan mangsa gagal melunaskan pembayaran kad kredit dan kemudian diarah untuk menghubungi seseorang kononnya pegawai BNM, bagi mengelak nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.

Mangsa yang terpedaya akan membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui perbankan Internet dan mesin deposit tunai (CDM).

BACA JUGA: TIPS UNTUK MENGELAK DARI DITIPU MACAU SCAM

NASIHAT POLIS

Orang ramai yang berdepan situasi ini diingatkan supaya tidak panik dan tidak mengikut arahan yang diberi sebaliknya menghubungi polis atau institusi kewangan yang berkaitan. Cara yang paling elok datang ke Balai Polis atau bank yang berhampiran.

Jangan sesekali dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit kepada individu yang tidak dikenali.

PENGALAMAN ADMIN

Min pernah dihubungi oleh scammer kononnya email yang digunakan admin memenangi loteri berjumlah 1 juta pound sterling. Min dikehendaki memasukkan ribuan ringgit (lupa jumlah sebenar sebab dah lama) ke akaun bank pihak ke tiga untuk cukai pelepasan.

Pihak yang akan memberikan hadiah loteri tersebut adalah Abbey Bank dari UK. Min hampir percaya selepas dihubungi oleh seorang yang menyamar sebagai pegawai kastam (Melayu) dari Johor Baharu. Namun Min bernasib baik kerana masa itu tiada duit seperti yang diminta. Kalau tidak hancuss…

Sumber Asal: Hmetro

Cara Mengetahui Kondisi Telur

Cara Mengetahui dan Memeriksa Kondisi Telur Sebelum Dimasak

Hukum Warnakan Rambut

Hukum Mewarnakan Rambut Dengan Warna Hitam