in ,

Takwim Persekolahan Tahun 2019

Takwim Persekolahan 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan kementerian yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal persekolahan anak-anak anda. KPM telah menyediakan perancangan Jadual Persekolahan di seluruh negara setiap tahun termasuk pada tahun hadapan. KPM telahpun mengeluarkan Takwim Persekolahan Tahun 2019.

Takwim Persekolahan Tahun 2019 merupakan jadual persekolahan yang lengkap dengan jadual cuti sekolah yang disusun mengikut kesesuaian untuk tahun 2019.

guru sekolah
Takwim yang dikeluarkan memudahkan para guru untuk merancang jadual pembelajaran dan aktiviti murid

Beberapa perkara penting telah diambil kira dalam menyusun dan mengeluarkan takwim persekolahan seperti berikut:

  • Cuti pertengahan pengggal pertama;
  • Cuti pertengahan tahun;
  • Cuti pertengahan penggal kedua; dan
  • Cuti akhir tahun.

Jadual persekolahan 2019 dibuat setelah mengambil kira beberapa perayaan besar negara seperti berikut:

  • Tahun Baru Cina;
  • Hari Raya Aidil Fitri;
  • Hari Raya Aidil Adha;
  • Deepavali;
  • Hari Krismas; dan

Beberapa perayaan lain di Sabah dan Sarawak seperti:

  • Hari Gawai;
  • Hari Kaamatan dan lain-lain.

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2019

Melalui takwim ini, pentadbir sekolah termasuk guru-guru akan menjadikannya sebagai panduan dalam membuat perancangan jadual dan aktiviti sekolah sepanjang tahun. Beberapa perkara penting akan dimasukkan ke dalam perancangan sekolah seperti:

  • Program dan aktiviti sekolah;
  • Tarikh peperiksaan;
  • Sambutan sesuatu program agama;
  • Menyusun latihan dalam perkhidmatan / kursus, dan lain-lain.

Selain daripada cuti, biasanya KPM akan mengeluarkan satu (1) lagi Surat Siaran iaitu Cuti Sempena Perayaan. Berpandukan takwim di bawah, tarikh  Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha berada di dalam waktu Cuti Sekolah manakala Tahun Baru Cina dan Deepavali bukan di dalam waktu Cuti Sekolah. Kebiasaannya KPM akan memberikan Cuti Sempena Perayaan pada beberapa perayaan besar yang lain samada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019

Kumpulan A –  Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu:

PENGGAL PERSEKOLAHAN JUMLAH
MULA AKHIR HARI MINGGU
1 01.01.2019 31.01.2019 23 12
01.02.2019 28.02.2019 20
01.03.2019 21.03.2019 15
JUMLAH HARI 58
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 1
22.03.2019 30.03.2019 9 1
31.03.2019 31.03.2019 1 8
01.04.2019 30.04.2019 22
01.05.2019 23.05.2019 17
JUMLAH HARI 40
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2
24.05.2019 08.06.2019 16 2
2 09.06.2019 30.06.2019 16 9
01.07.2019 31.07.2019 23
01.08.2019 08.08.2019 6
JUMLAH HARI 45
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 1
09.08.2019 17.08.2019 9
18.08.2019 31.08.2019 10 14
01.09.2019 30.09.2019 22
01.10.2019 31.10.2019 23
01.11.2019 21.11.2019 15
JUMLAH HARI 70
CUTI AKHIR TAHUN 5
22.11.2019 31.12.2019 40

KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

PENGGAL PERSEKOLAHAN JUMLAH
MULA AKHIR HARI MINGGU
1 02.01.2019 31.01.2019 23 12
01.02.2019 28.02.2019 20
01.03.2019 22.03.2019 16
JUMLAH HARI 59
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 1
22.03.2019 30.03.2019 9 1
01.04.2019 30.04.2019 22
01.05.2019 24.05.2019 18
JUMLAH HARI 40
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2
25.05.2019 09.06.2019 16 2
2 10.06.2019 30.06.2019 15 9
01.07.2019 31.07.2019 23
01.08.2019 09.08.2019 7
JUMLAH HARI 45
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 1
10.08.2019 18.08.2019 9
19.08.2019 31.08.2019 10 14
01.09.2019 30.09.2019 21
01.10.2019 31.10.2019 23
01.11.2019 21.11.2019 16
JUMLAH HARI 70
CUTI AKHIR TAHUN 5
23.11.2019 31.12.2019 39

Dengan tersedianya takwim di atas, pihak sekolah terutama guru-guru bolehlah membuat perancangan awal untuk merangka Takwim Sekolah masing-masing. Antara perkara yang diperlukan adalah:

  • kalendar 2019
  • Takwim Persekolahan 2019
  • Takwim Tarikh Peperiksaan 2019
  • Cuti Umum Mengikut Negeri 2019
  • Cuti Sempena Perayaan 2019
  • Takwim Sekolah 2018 (Rujukan)

Semoga info dan maklumat ini dapat dikongsi dan memberi manfaat kepada pihak sekolah terutama guru-guru serta ibu bapa. Perancangan yang baik dan sistematik dapat meningkatkan lagi mutu pembelajaran kearah yang lebih baik.

Sumber: Pendidik2U

Cuti Sekolah 2019

Cuti Sekolah 2019

falling stars 2018

Falling Stars 2018 (Trend Terkini Di Instagram) – Kini Mula Meresap Ke Malaysia