in , ,

6 Tanda Akhir Zaman – Salah Satunya Adalah Wabak Penyakit

tanda akhir zaman

Rukun Iman yang pertama adalah PERCAYA atau BERIMAN kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur sesuatu perkara.

Kini kita digemparkan dengan penularan virus yang sangar bahaya iaitu COVID 19. Rencana Allah itu ada sebabnya dan terselindung 1000 hikmah.

Ujian yang diberikan ini adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT selain mengajar kita untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.

Dengan kekuasaan Allah tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada tangan-tangan manusia yang suka membuat kerosakan di atas muka bumi. Adakah koronavirus ini termasuk dalam Tanda Akhir Zaman?

dunia akhir zaman
COVID 19 kini melanda hampir seluruh dunia. Apakah petandanya wabak ini?

Ia terjadi disebabkan mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Allah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

TANDA AKHIR ZAMAN

Rasulullah SAW telah mengkhabarkan mengenai peristiwa dan tanda akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. Dari ‘Auf bin Malik RA berkata:

“Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda yang bermaksud: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

1. Kewafatanku.

2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis).

3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba.

4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana dia merasa kurang).

5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya.

6. Yang Terakhir adalah perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji per4ng, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. – [HR al-Bukhari 2940].

akhir zaman
Memakan kelawar dikatakan punca tersebarnya koronavirus

Jika kita merenung dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku maka kita akan mengetahui bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan perbuatan kita sendiri.

Apakah Punca Tersebarnya Penyakit?

Rasulullah SAW pernah menyebut di dalam sebuah hadis mengenai turunnya azab Allah kepada umat manusia jika melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda yang berkamsud:

“Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya, iaitu:

1. Tidaklah nampak zin4 di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.

2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan serta kezaliman penguasa atas mereka.

3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayar zakat) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.

4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.

5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.” – [HR Ibnu Majah 4009].

tanda dunia akhir zaman
Pemeriksaan ketat dilakukan di pintu masuk lapangan terbang

Justeru, musibah yang Allah berikan termasuk penyakit atau wabak yang merbahaya, tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghapuskannya melainkan dengan izin Allah.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Yunus ayat 107 yang bermaksud:

“Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya”.

Allah akan melimpahkan kurnia-Nya kepada siapa sahaja yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Antara yang Nabi SAW anjurkan ketika berlakunya wabak dan penyakit berjangkit ini ialah bersabar atas ujian Allah serta tidak keluar daripada tempat wabak penyakit itu.

Sabda Rasulullah SAW: Dari Aisyah berkata:

“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. – [HR Bukhari 3215]2.

Kembalilah Kepada Allah

Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya disampaikan kepada umatnya. Oleh itu setiap apa yang diperintah oleh Allah maka kita hendaklah melaksanakannya.

petanda akhir zaman
Islam mempunyai garis panduan yang jelas tentang mengambil makanan yang mana boleh dan tidak boleh

Jika kita melihat kepada punca wabak koronavirus adalah disebabkan oleh makanan yang dimakan adalah tidak halal dan tidak baik seperti ular dan kelawar yang menjadi punca wabak.

Dalam soal MAKANAN, umum mengetahui Islam mempunyai garis panduan yang jelas. Tidak semua yang hidup itu boleh dijadikan bahan makanan kerana sebahagian daripadanya mendatangkan mudarat kepada manusia tetapi mungkin tidak kepada makhkuk lain.

Oleh itu sedarlah bahawa setiap makanan yang hendak dijamah bukan sahaja perlu yang HALAL bahkan hendaklah baik dan suci serta tidak memudaratkan.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”.

Demikian juga firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud:

“Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

ciri ciri akhir zaman
Antara yang boleh dimakan menurut Islam ada lembu

Antara contoh haiwan ternakan yang dianggap baik untuk dimakan seperti unta, lembu, biri-biri, kambing, kuda dan seladang.

Sementara itu semua binatang buas yang bertaring kuat untuk menangkap mangsa adalah haram untuk dimakan.

Haiwan tersebut antaranya adalah anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang.

Selain itu, gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan. (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/499).

Burung yang haram dimakan ialah burung yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan, seperti burung hering, semua jenis burung helang, iaitu saqr, baz, syahin dan burung rajawali.

Daripada Ibn Abbas R.A beliau berkata yang maksudnya: Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam. – Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803).

Dalam pada itu semua binatang yang disunatkan untuk dibu nuh adalah haram untuk dimakan. Contohnya, ular, kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudaratkan.

Kala jengking juga tidak boleh dimakan oleh umat islam. Larangan itu tentu ada sebabnya.

Binatang tersebut dan seumpamanya adalah haram dimakan sama ada dianggap elok oleh orang Arab ataupun tidak. Ini kerana hadis telah menghukumkannya sunat dibunuh dan kebanyakannya pula menjijikkan orang Arab. (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/500).

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram, iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing g4nas”. – Riwayat al-Bukhari (1732) dan Muslim (1198).

Berdoalah Kepada Allah

Nabi SAW mengajarkan kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar terhindar daripada segala penyakit dan wabak. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah:

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ia dibaca sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh”.

Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dihindari dari terkena penyakit yang merbahaya

Dan barang siapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” – [HR Abu Daud 5088]

“Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk”. – [HR Abu Daud 1554].

Semoga Allah sentiasa memelihara kita di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan segala wabak dan penyakit. Semoga negara kita sentiasa dalam keadaan aman dan damai serta umat islam tidak bercakaran sesama sendiri. Aamiin.

Sumber: Mstar

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

balik

Kami Nak Balik, Semakin Ramai Yang M4ti Di Sini (Itali)

Covid 19 Di malaysia

Rilek Laa Kawan! Covid 19 Di Malaysia Baru 400 Kes Lebih Jer! Bukan Ada Yang Mat1 Pun!