in ,

Tanda Awal Mati Pucuk & Lemah Tenaga Batin – Lelaki Sila Ambil Perhatian

Igauan paling ngeri bagi lelaki adalah mati pucuk dan lemah tenaga batin. Mati pucuk dan lemah tenaga batin bagi lelaki yang sudah berkahwin biasanya akan mengundang keberantakan rumahtangga jika tidak diberi perhatian yang serius untuk memulihkannya.

Untuk pengetahuan anda, mati pucuk ada 4 jenis seperti yang disenaraikan di bawah. Oleh itu sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA ada mengalaminya.

Tanda Mati Pucuk
Gambar Hiasan

TANDA AWAL MATI PUCUK

1.  Zakar anda langsung tidak mampu menegang. Biasanya berlaku pada 1 dalam 100 lelaki. Mati pucuk ini yang paling di takuti lelaki.

2.  Zakar lembik dan tidak berupaya untuk bersetubuh. Biasanya dalam cubaan untuk memasukkan zakar ke dalam faraj, air mani keluar terlebih dahulu. Mati pucuk jenis ini  mendukacitakan terutama pasangan yang memang sedang bersedia untuk disetubuhi.

Mati pucuk ini boleh diubati. Kemungkinan berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan juga penyakit tua.

3.  Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan air mani. Ia juga termasuk dalam masalah mati pucuk. Tidak keluar mani bukan bermaksud lelaki itu gagah tetapi dia bermasalah. Akhir sekali terpaksa berhenti dari terus melayari bahtera kerana keletihan.

4.  Zakar tidak tegang seperti biasa. Ia juga termasuk dalam kategori mati pucuk. Ada yang mengatakan lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki dan perlu dirawat.

Tanda Awal Mati Pucuk
Gambar Hiasan

BACA JUGA:  20 Makanan Terbaik Untuk Kepuasan Dalam Hubungan Seks

TANDA AWAL LEMAH TENAGA BATIN

Berikut adalah tanda-tanda awal Lemah tenaga batin. Ia boleh dikesan ketika sedang melakukan persetubuhan.

1.  Zakar lambat tegang walaupun telah diberi rangsangan seksual.

2.  Sering tercabut dan gagal membuat tusukan ke dalam faraj. Ereksi yang tidak betul-betul keras berlaku kerana tekanan pembuluh zakar kurang dari 6PSI.

3.  Cepat layu (ejakulasi pra-matang). Biasanya tidak mampu untuk bangun kembali atau mengambil masa yang lama untuk mencapai ereksi selepas ejakulasi pertama.

4.  Gagal mencapai ereksi yang mampat untuk meneruskan persetubuhan sehingga pasangan mencapai klimaks.

5.  Air mani tidak memancut dengan kuat iaitu seperti meleleh sahaja serta agak cair.

6.  Kencing tidak lawas, selalu tidak puas dan ada menyimpan sisa.

7.  Zakar yang tidak mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut Penile Nocturnal Tumescence

8.  Tiada daya untuk menyempurnakan jimak dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberi orgasm kepada pasangannya.

Lemah Tenaga Batin
Gambar Hiasan

NOTA:

Kelemahan seksual lelaki sangat ketara di kalangan perokok, pengidap diabetes, pesakit jantung, tekanan darah tinggi dan individu yang mengalami stress.

Sebenarnya pengambilan makanan juga menjadi faktor utama dalam permasahan ini. Jadi eloklah kita berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan mengambil diet yang seimbang.

Sumber: Sehinggit

10 Langkah Atasi Masalah Kolesterol Tinggi

10 Langkah Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah

Tilam Anda Banyak Peta? Ini Cara Ampuh Untuk Menghilangkannya Dengan Semburan DIY Yang Sangat Berkesan