in ,

5 Tanda dan Gejala Kanser Prostat

Kanser Prostat

Semua orang tahu dan pernah dengar tentang kanser prostat. Prostat merupakan kelenjar bersaiz sebesar kacang walnut. Ia terletak di belakang dasar kema luan lelaki, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra merupakan saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui za kar.

FUNGSI

Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani berfungsi melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat membesar apabila lelaki meningkat usia tua. Ia dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH).

kanser prostat lelaki
Gambar Prostat

APA ITU KANSER PROSTAT?

Merupakan ketumbuhan yang merbahaya bermula dari dalam kelenjar prostat. Merupakan kanser yang kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser ini membesar perlahan-lahan dan mungkin tidak menunjukkan sebarang masalah dalam beberapa tahun.

Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala, mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Namun terdapat kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat. Jika ini berlaku ia sudah teruk.

kanser prostat
Gambarajah BPH

PENYEBAB

Penyebab utama dan cara untuk mengelakkan kanser prostat masih tidak diketahui. Berikut adalah faktor-faktor yangboleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

Usia

Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Ia berisiko kepada lelaki yang berumur melebihi 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

Keturunan

Risiko lebih tinggi kepada mereka yang mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mengalaminya.

Hormon

Hormon s3ks lelaki yang tinggi mungkin akan mencepatkan lagi pembentukan kanser prostat.

TANDA DAN GEJALA

Tanda dan gejala kanser prostat adalah seperti berikut:

– Pengaliran air kencing tidak lancar.
– Kerap membuang air kecil pada waktu malam.
– Sakit atau pedih semasa membuang air kecil.
– Sakit semasa ejakulasi.
– Terdapat darah dalam air kencing atau air mani.

tanda2 kanser prostat
Kerap membuang air kecil diwaktu malam merupakan tanda-tanda kanser prostat

NOTA: Jika anda mengalami masalah seperti di atas, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

PERINGKAT KANSER

Berikut adalah peringkat-peringkat kanser prostat:

Peringkat 1. Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat.

Peringkat 2. Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.

Peringkat 3. Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani).

Peringkat 4. Kanser yang melibatkan kawasan keliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian-bahagian lain terutamanya tulang.

RAWATAN

Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak serta tertakluk kepada tahap kesihatan individu.

Pembedahan – Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2 iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.

– Radical (open) Prostectomy. Pembedahan untuk pembuangan semua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. 80-90% kes menunjukkan cara rawatan ini selamat selama 10 tahun selepas rawatan.

– Transurethral Resection of Prostate (TURP) – Rawatan ini sering digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.

kanser prostat tanda
Sila berjumpa doktor jika anda mengalami tanda dan gejala kanser prostat

Terapi Radiasi

Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Biasanya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi ini berguna untuk semua peringkat kanser. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.

Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti:

– Cirit birit atau gangguan fungsi usus
– Kerap terasa seperti hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
– Letih lesu
– Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
– Mati pucuk

Terapi Hormon

Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon s3ks lelaki. pengurangan paras hormon boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dikenali sebagai terapi pembuangan androgen atau terapi pelucutan androgen. Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.

Kimoterapi

Kimo menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser. Ia boleh diambil secara makan atau suntikan. Cara ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.

Rawatan harus dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan biasanya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.

Pesakit kanser prostat perlu diberi rawatan melalui berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif.

kanser prostat tahap 4
Sebolehnya kita mahu meniti hari tua bersama orang tersayang dalam tahap kesihatan yang baik

Semoga bermanfaat

Topik Berkaitan: Makanan Yang Membunuh Sel Kanser

Sumber: My Health

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Lesen Muzik Untuk Majlis Keraian dan Perkahwinan

Lesen Muzik RM600 Jika Anjur Majlis Menggunakan Muzik

Makan pisang jika susah tidur

Sila Makan Pisang Jika Anda Sukar Tidur Diwaktu Malam