in , ,

Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir Perniagaan

TANDA TERKENA SIHIR PERNIAGAAN

Biasanya sihir-menyihir ini memang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Bukan saja orang-orang Melayu, kebanyakan orang di seluruh dunia mengetahui tentang hal ini. Salah satunya adalah Sihir Perniagaan yang tidak asing lagi.

Sihir Perniagaan terjadi apabila timbul rasa iri hati terhadap orang lain yang maju dalam perniagaan. Apabila mereka gagal dalam perniagaan, timbul satu perasaan tidak senang hati terhadap pesaing. Lalu mereka mengambil jalan mudah menemui dukun-dukun untuk menjatuhkan perniagaan itu.

Bagi mereka yang terkena sihir ini, biasanya akan melalui tanda-tanda disihir. Ada yang terkena secara perlahan-lahan, bahkan ada yang terus terkena secara mengejut. Apakah tanda-tanda terkena sihir perniagaan?

Tanda-Tanda Terkena Sihir Perniagaan

tanda-tanda anda disihir

 

1. Mereka akan sering sakit kepala. Apabila kesihatan tidak bagus, semangat untuk berniaga hilang dan menjadi malas. Kadang-kadang mood untuk berniaga hilang tanpa sebab yang munasabah.

2. Sering bertelagah dengan pasangan walaupun hanya sebab-sebab yang kecil. Bahkan ada yang membawa kepada perpisahan.

3. Pekerja juga sering bertelagah sesama sendiri tidak kira ketika mempunyai pelanggan atau tidak. Kadang-kadang pekerja mereka kerap bertukar ganti kerana tidak kekal lama.

4. Kerap bermimpi yang aneh-aneh seperti bermimpi ular, jatuh dari tempat tinggi, pergi ke suatu tempat yang jauh serta tidak menemui jalan pulang dan macam-macam lagi yang menakutkan.

5. Terkena penyakit misteri. Apabila berjumpa doktor untuk mendapat rawatan, dimaklumkan bahawa anda tidak ada apa-apa penyakit walaupun sebenarnya anda yang merasa dan menanggung kesakitan.

6. Kerapkali terdengar bisikan-bisikan dan juga kerap kali terlihat bayangan atau kelibat lembaga yang menakutkan.

7. Sering terjumpa duit syling atau wang kertas tanpa diketahui sumbernya.

8. Sering terjumpa objek atau bungkusan yang aneh serta pasir atau kemenyan yang ditaburkan di lantai premis.

6. Pelanggan bertanya kenapa lama tidak berniaga sedangkan anda sering berniaga dan jarang cuti.

7. Seringkali terjumpa benda asing dalam periuk nasi atau dalam hidangan untuk pelanggan.

8. Makanan yg dimasak mudah basi dan kekadang ada ulat didalamnya sedangkan ianya baru saja dimasak.

BAGAIMANA CARA MENCEGAH DAN MERAWATNYA

disihir

1. Jangan sesekali meninggalkan Solat 5 waktu disamping memperbanyakkan solat sunat tahajjud, solat sunat isyrak dan yang penting solat sunat dhuha.

2. Permudahkan urusan saudara mara dan orang-orang disekeliling anda. Insya Allah urusan anda akan menjadi mudah selepas itu.

3. Jangan ada sedikitpun perasaan hasad dengki kepada orang lain dan ikhlas dalam apa jua kerana Allah SWT.

4. Rajin-rajinlah bersedekah kerana ianya dapat menghindari perkara-perkara yang tidak baik atas asbab mungkin doa orang menerima sedekah daripada anda dimakbulkan Allah SWT.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membantu saudaranya keluar dari kesusahan dan keluh-kesah, nescaya Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan dan keluh-kesahnya di Hari Akhirat”.

5. Jangan hanya sekadar menghiasi dinding rumah dengan menggantung ayat-ayat Al-quran namun tidak mengamalkannya. Seeloknya dijadikan amalan dan pedoman untuk mengingati atau muhasabah diri.

4. Kerap membaca Al-Quran. Jangan jadikan Al-Quran sebagai perhiasan di atas almari sahaja.

5. Pagar kedai anda dengan ayat-ayat ruqyah. Jika tidak mampu membuat sendiri, panggil sahaja perawat-perawat yang ada.

6. Buang semua wafak tangkal dan azimat yang digantung di kedai. Sihir perniagaan boleh menghalang kita dari mencari rezeki dan juga boleh menyebabkan rumahtangga seseorang musnah.

BENARKAH ANDA DI SIHIR?

Sebelum mahu menyatakan perniagaan anda disihir sila pastikan dulu perkara-perkara berikut:

1. Lihat cara kita berniaga dulu. Adakah kita memenuhi kehendak pelanggan? Bagaimana pula dengan kualiti perniagaan kita. Sebagai contoh jika anda menjual makanan, adakah makanan yang kita jual sedap atau tidak? Ikhlas kah kita semasa menyediakannya.

2. Kualiti barangan yang dijual. Adakah barangan kita berkualiti dan herganya lebih mahal dari kedai lain? Kualiti dan harga boleh mempengaruhi pelanggan. Kebanyakkan kita apabila sudah maju perniagaanya, kualiti diabaikan dan harga pula dinaikkan.

3. Mesrakah kita dengan pelanggan? Sesetengah peniaga, memandang pelanggan dengan sebelah mata. Nak senyum pun susah. Tentu pelanggan akan masuk sekali dua sahaja.

Baca JugaJika Terkena Sihir Minumlah Air Kelapa dan Baca Bacaan Ini

RUMUSAN

Sebelum mengatakan perniagaan anda disihir, pastikan dan check dulu kenyataan diatas. Dimanakah anda?

Apa komen anda? Andai manfaat ambillah sebagai pedoman dan kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan. Jika ada pembetulan sila komen dan betulkan kenyataan di atas. Terima kasih.

Like dan Share di Suka Viral

Sumber: facebook

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

dulu kutip sampah kini jutawan

Dulu Dia Hanya Mengutip Sampah Kini Jutawan

Amalan Untuk Selesa di Alam Kubur

3 Amalan Untuk Keselesaan Di Alam Kubur