in , ,

Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mengalami Kerosakkan – Jangan Ambil Mudah & Ketahuilah Cara Membaikinya

Sebut saja Gearbox (Kotak Gear) ianya tidak asing lagi bagi kaum lelaki. Namun bagi wanita mungkin ada yang masih tidak mengetahuinya. Yang paling dikenali aialah Sup Gearbox? Bagi kebanyakan pemandu wanita mungkin mereka hanya mengenali bahagian asas kenderaan sahaja. Ada juga lelaki begitu. Mereka mungkin hanya tahu memandu dan mengisi minyak sahaja.

Kerosakkan kereta yang melibatkan gearbox kebiasaannya memakan belanja yang besar. Kerosakkan ini berlaku bukan hanya untuk kereta yang menggunakan gear automatik sahaja, malah ianya juga boleh berlaku kepada kereta yang menggunakan gear manual.

kerosakan gerabox
Gear manual juga mempunyai risiko mengalami kerosakan jika tidak di selenggara dengan betul.

Kepada pemilik kenderaan, sila ambil perhatian tentang masalah ini yang akan dikongsikan supaya anda lebih peka tentang masalah gearbox anda pada masa akan datang terutamanya yang menggunakan kereta transmisi automatik.

Tahukah anda bahawa:

# Gear automatik kereta anda perlu di servis?
# Setiap berapa kilomiter perlu servis?
# Part yang perlu ditukar?

Nota: Sila lihat buku panduan (Service Booklet) yang diberikan ketika anda membeli kereta tersebut. Buku tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda melakukan servis bagi memudahkan anda dan pusat servis memantau jadual servis.

Sekiranya anda tidak servis kereta anda mengikut jadual yang diberikan, kereta anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah yang besar. Masalah tersebut akan melibatkan kos yang tinggi jika ianya mengalami kerosakan.

Masalah gearbox automatik
Gambar Hiasan

Sebagai langkah selamat kereta anda hendaklah diselenggara dengan baik iaitu mengikut jadual. Apakah tanda-tanda awal gearbox kereta anda mengalami masalah?

TANDA-TANDA AWAL KEROSAKAN GEARBOX

Kerosakan Gear Auto
Gambar Hiasan

1.  Gear susah nak masuk. Bukan kereta manual sahaja, kereta auto juga mempunyai masalah tersebut. Bagi kenderaan manual berkemungkinan clucth juga perlu ditukar.

2.  Bagi kereta yang menggunakan transmisi auto terdapat sentakan yang agak kuat samada dari N ke D, P ke D atau semasa D yang mana dalam proses untuk pertukaran dari gear rendah ke gear tinggi.

3.  Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear) yang agak lama samada dari 1 ke 2, 2 ke 3 atau 3 ke 4. Atau tidak tukar langsung hanya dengan gear 1.

4.  Enjin berbunyi agak kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.

5.  Meter RPM menunjukkan bacaan tinggi dan tidak menurun setelah gear bertukar.

6.  Ada bunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar.

7.  Panel meter menunjukkan gear bertukar pada keadaan N atau D.

Tanda kerosakkan gearbox kereta anda
Pastikan anda peka dengan tanda-tanda yang disebutkan tadi.

Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal kotak gear anda mengalami masalah. Sekiranya biarkan kerosakan akan menjadi lebih teruk dan kos pembaikan yang tinggi.

Jika ada tanda-tanda dia atas, pembaikan berikut haruslah dibuat. Seeloknya hantar ke bengkel yang bertauliah atau pusat servis kenderaan anda.

Pembaikan yang akan dibuat adalah seperti dibawah tanpa perlu menukar gearbox seketul yang memakan belanja sehingga ribuan ringgit. Berikut adalah membaiki gearbox dengan kos yang tidak begitu tinggi:

1.  Bersihkan Ruang Auto Filter & Tukar Auto Filter.

2.  Tukar minyak transmisi.

3.  Tukar mounting gearbox.

4.  Tukar pin pada panel gear.

5.  Tukar kedua-dua oil seal gearbox.

Gearbox, kotak gear
Contoh gearbox

Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear serta berkemungkinan juga clutch.

Selamat Memandu dan Memandu Dengan Selamat – Sukaviral

Sumber: JN Automobile Service via Media Maklumat dan Pengalaman Sendiri

Jamal akan serah diri jika

Datuk Seri Jamal Akan Serah Diri Pada Polis Dengan Syarat……

Pemilihan Exco Wanita UMNO Malaysia

Anak Datuk Seri Zahid Hamidi Kalah Dalam Pemilihan Exco Wanita UMNO Malaysia