in , ,

Tanda-Tanda (Simptom) Terkena Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir wujud sejak beribu tahun dahulu. Berbagai jenis sihir terdapat di dalam dunia ini. Puncanya dilakukan kerana pelbagai alasan. Manusia apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar hukum agama. Antaranya adalah sihir pemisah. Terdapat tanda-tanda (simptom) terkena sihir pemisah suami isteri.

Punca dilakukan sihir ini mungkin disebabkan cemburu, kecewa atau perasaan ingin memiliki. Apabila terkena, hubungan yang aman bahagia selama ini tiba-tiba menjadi dingin dan akhirnya bertelagah walaupun tanpa sebab yang munasabah.

Pada peringkat permulaan, kita mungkin tidak akan perasan. Tapi cuba anda fikirkan sendiri, kenapa kehidupan aman damai selama ini tiba-tiba berubah. Walhal pasangan masing-masing tidak ada sebarang skandal.

sihir pemisah suami isteri
Suami yang penyayang boleh bertukar watak dalam sekelip mata

Seeloknya cubalah selidik dan dalami permasalahan tersebut mana tahu dalam diam salah seorang telah terkena ilmu sihir pemisah. Kadang-kadang kita tidak perasan sebenarnya ada yang iri hati dengan kebahagiaan rumahtangga. Ataupun bekas kekasih salah seorang tidak berpuas hati dan demdam kerana dimiliki oleh orang lain.Berbagai kemungkinan boleh berlaku.

Jika anda terasa seperti itu anda bolehlah cuba mengesan samada anda atau pasangan anda telah disihir atau sebaliknya. Paling tidak cepatlah mendapat rawatan dengan segera sebelum ianya benar-benar melarat.

Artikel Berkaitan – Jika Anda Rasa Seperti Disihir, Minumlah Air Kelapa Beserta Bacaan Tertentu 

Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, “Aku telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis, “Kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata, “Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata, “Ya, kamulah (yang betul hebat)”. (Riwayat Muslim)

bagaimana sihir pemisah dihantar
Iblis gembira jika anak cucu Adam hidup dalam kacau bilau

Hadis di atas menjelaskan bahawa iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama mereka untuk memecah-belahkan anak cucu Adam. Ianya menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan suami isteri.

APA ITU SIHIR PEMISAH

Merupakan sihir yang dilakukan dengan tujuan memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu. Biasanya berkaitan dengan masalah peribadi seperti dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Ia juga dikenali sebagai sihir ‘at-Tafriq’. Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan mereka bermasalah dan berakhir dengan pencer4ian.

Ibnu Kathir menjelaskan, pasangan yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku. Bermakna semuanya tidak kena dan sering ada perasaan tidak puas hati.

Cara membatalkan sihir pemisah
Anak-anak juga terkesan angkara sihir pemisah

MEDIUM YANG DIGUNAKAN

Bagi menjayakan hajat mereka itu, mereka akan mengguna apa saja medium yang berkaitan dengan mangsa seperti patung, gambar, pakaian, rambut, kuku, air atau minyak tertentu yang telah dijampi. Samada dicalitkan, diletakkan di kawasan tempat tinggal, di laluan yang sering digunakan, dimasukkan ke dalam makanan atau dihantar dari jauh.

Medium yang digunakan oleh pengamal ilmu hitam hanya untuk mengaburi mata pelanggan. Sebenarnya pengamal sihir ini menggunakan jin simpanan atau belaan sebagai pengantara ilmu sihir mereka.

Apabila sihir dihantar kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar akan memasuki tubuh mangsa dan melakukan kerosakan dalaman mangsa. Mereka juga akan mencipta apa saja masalah kepada mangsa asalkan hajat pelanggan mereka ditunaikan.

Selain itu, jin yang dihantar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki oleh pengamal sihir.

cara menghilangkan sihir pemisah jarak jauh
Medium yang digunakan adalah sebagai simbolik kepada arahan melalui jin untuk mengganggu mangsa

SIMPTOM JIKA TERKENA SIHIR

Antara SIMPTOM yang sering diberitahu pesakit yang terkena SIHIR PEMISAH atau PEMBENCI ini adalah seperti berikut:

Timbul rasa sangat benci tanpa sebab yang jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.

Sering berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah serta di kalangan anak-anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan mangsa takut mendekati pasangan. Seolah-olah pasangan itu hendak menganiayainya atau perkara lainnya.

rawatan sihir pemisah jarak jauh
Bila sudah terkena, masing-masing kepanasan jika bertemu muka dan lebih rela sendirian

Timbul rasa cemburu yang melampau sehingga menyebabkan isteri berang kerana mengesyaki suami menduakannya. Padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau bertindak tidur berasingan.

Sering merasa resah, gelisah, sakit kepala dan buntu jika pasangan berada di sisi. Akan merasa lega sekiranya pasangan keluar dari rumah atau berjauhan.

Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Anda mungkin melihat pasangan anda dengan rupa yang hodoh, menakutkan atau sentiasa marah dan bengis. Apa yang dilakukan serba tak kena. Begitu juga dengan pasangan anda.

Timbul desakan dalam hati suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal tidak berhasrat. isteri pula asyik minta cer4i kalau dia yang kena.

Nota:

Kadang-kadang lafaz cerai keluar dari lidah tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.

Artikel Berkaitan – Cara Menemukan Barang Sihir Di Sekitar Kediaman Anda

JIKA….

Sekiranya tanda-tanda di atas ada dalam diri anda atau pasangan, BERKEMUNGKINAN anda telah terkena gangguan jin ataupun sihir pemisah ini. Segeralah mendapatkan rawatan yang sewajarnya samada rawatan jarak jauh atau anda boleh pergi sendiri ke pusat rawatan. Berusahalah untuk mengesan apakah punca kepada masalah yang dihadapi. Wallaua’lam

Sumber: Rawatan Islam Jarak Jauh

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Solat Sunat Istikharah

Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah dan Tujuannya

Remaja Nafi Mengunyit

Isu Mengunyit Atas Motosikal – Remaja Tampil Beri Penjelasan