in

Mengenali Tayar Botak

Mengenali Tayar Botak

Tayar merupakan salah satu bahagian yang terpenting pada sesebuah kenderaan. Tanpa tayar fungsi kenderaan itu ibarat tidak berguna. Penjagaan tayar sangat penting bagi keselamatan kenderaan, pemandu, penumpang dan orang lain. Setiap pemandu haruslah tahu kondisi tayar kenderaan mereka. Antaranya adalah mereka harus mengenali tayar botak

Mengenali tayar botak sangat penting kerana jika anda menggunakan kereta setiap hari, tayar kenderaan anda akan cepat haus atau botak. Bermungkinan dua tahun ataupun ada yang hanya setahun tayar telah botak. Ramai orang menganggap tayar botak adalah tayar yang telah kehabisan bunga iaitu licin atau nampak dawai.

kenali tayar botak
Bagi kita tayar di B adalah tayar botak. Namun tayar A juga sebenarnya di kategorikan sebagai botak.

Ramai di kalangan pemandu di negara ini (termasuk admin dulu) akan menggunakan tayar sehingga benar-benar botak dan kadang-kadang tidak sedar dibahagian tengah tayar sudah nampak dawai namun masih lagi tidak ditukar. Keadaan ini sangat merbahaya dimana ia boleh meletup pada bila-bila masa sahaja dan menyebabkan kemalangan.

tayar botak bahaya
Jika dilihat sekali imbas, tayar kereta tersebut masih lagi mempunyai bunga yang tebal.

Tanpa berlengah masa jom kita kenali bagaimana yang dikatakan tayar botak.

BACA: Tips Memilih Tayar Yang Berkualiti

CARA MENGENALI TAYAR BOTAK

Tayar yang dikatakan botak sebenarnya secara fizikalnya bunga tayar masih dapat dilihat dengan jelas seperti tiada apa-apa masalah. Bagi kita tayar seperti itu tidak perlu dirisaukan sangat. Sebab tidak risau kita masih memandu melebihi had laju. Namun tanpa kita sedar kita dalam bahaya. Oleh itu mari kita mengenali atau ambil tahu bagaimana yang dikatakan tayar botak.

penunjuk aras tayar botak
Kondisi tayar baru atau bunga masih tebal. Penunjuk aras kurang jelas kelihatan.

TAYAR BOTAK

Untuk mengetahui tayar kereta anda samada botak atau tidak ialah melalui indikator (penanda aras) yang disediakan pada tayar itu sendiri. Indikator untuk mengesan tayar botak terletak di tengah-tengah jalur tayar. Ianya bukan bunga yang melintang tetapi objek seperti empat segi.

Di antara jalur-jalur tengah tayar terdapat penanda aras untuk kita mengesan tahap mana botaknya tayar kereta kita. Cara untuk mengesan mudah sahaja iaitu:

Tayar dikira botak jika jalur di tengah tayar sama paras dengan indikator/penanda aras tersebut. Jika sudah licin atau nampak dawai, penanda aras pun sudah dimakan oleh jalanraya dan menunggu masa untuk meletup.

Dalam bulatan merah adalag indicator atau penanda aras tayar botak. Kedua-dua tayar adalah dalam kategori telah botak.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda, keluarga dan pengguna jalanraya yang lain.

Suka Viral

Wanita Cina Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Yang Dijaga Wanita Muslim

Aunty Cina Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Kosong Yang Dijaga Oleh Wanita Bertudung

Suami Isteri Hina YDP Agong Digantung Kerja

Suami Isteri Hina YDP Agong Telah Digantung Kerja