in

Teknik Menyimpan Di ASB Sebanyak RM21K Dalam Masa 4 Tahun Walau Bergaji Kecil

Teknik Menyimpan Di ASB Bagi Yang Bergaji Kecil

Hanya dengan bermodalkan RM275.00 selama 4 tahun anda mampu menjana kewangan sebanyak RM21,000.00. Bunyi seperti tidak masuk akal.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang bergaji kecil dan masih berstatus pelajar. Ia juga boleh digunakan sebagai bajet untuk berkahwin, modal untuk membeli rumah, membeli kereta pertama serta sebagai simpanan.

Idea ini sangat sesuai untuk mereka yang bergaji kecil tetapi berkemampuan untuk menyimpan sebanyak RM300 sebulan. Bagi mereka yang masih belajar, boleh juga untuk memohon tetapi hendaklah menggunakan slip gaji ibu bapa mereka.

Bagaimanakah caranya? Sila teliti cara-cara yang ditunjukkan di bawah ini.

TAHUN PERTAMA

Pinjaman ASB sebanyak RM50,000
Ansuran bulanan adalah RM275
Keuntungan bank sebanyak 5.2%
Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
Tempoh pembiayaan ASB selama 30 tahun

Mohon Pinjaman ASB untuk tahun pertama.
Bayar ansuran bulanan RM275 selama setahun.
Selepas setahun, katakan dividen diumumkan 6.75%. Anda akan dapat dividen ASB : RM3375.

Gunakan duit dividen tersebut untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tahun pertama. RM275X12 = RM3300. Ada lagi lebihan sebanyak RM75 dan bonus semasa.

Dividen : 6.75% X RM50,000 = RM3375
Ansuran ASB: RM275 X 12 = RM3300
Baki dividen : RM3375 – RM3300 = RM75

Gunakan dividen tersebut untuk membayar ansuran bulanan pembiayaan ASB RM50,000 anda. Kiraan ini tidak termasuk bonus. Ulang langkah yang sama selama empat tahun berturut-turut.

Mohon lagi pembiayaan ASB RM50,000. Seeloknya mohon Pinjaman ASB pada awal bulan November tahun tersebut kerana bulan Januari anda akan mula membayar.

TAHUN KEDUA

Mohon lagi pembiayaan ASB RM50,000. Ansuran bulanan adalah RM275. Anda perlu bayar RM3300 setahun. Ianya adalah sama seperti di Tahun Pertama.

TAHUN KETIGA

Anda telah mempunyai Sijil Pinjaman ASB RM50K + RM50K.
Jadi dividen anda akan beroleh berdasarkan baki minimum RM100K.
Dividen ASB : 6.75%, anda akan dapat RM6750.

Gunakan dividen RM6750 untuk membayar ansuran kedua pembiayaan ASB anda. Maka anda tidak perlu lagi mengeluarkan duit anda sendiri. Anda boleh lagi membuat permohonan pembiayaan ASB sebanyak RM50,000.

TAHUN KEEMPAT

Mohon lagi pembiayaan ASB RM50,000. Pada waktu ini ada sudahpun mempunyai pembiayaan maksimum iaitu RM200,000. Tahukah anda bahawa komitmen anda untuk terus membayar adalah RM275 sahaja?

TAHUN KELIMA

Dengan hanya bermodalkan sebanyak RM275 sebulan selama empat tahun, ASB anda sudahpun mencapai maksimum

RM200,000. selepas mendapat dividen, anda terus sahaja tamatkan semua Pinjaman ASB anda. Selepas anda tamatkan Pinjaman ASB tersebut, anda tidak lagi mempunyai komitmen bulanan.

Anda tidak lagi perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM275 seperti sebelum ini. Anda hanya perlu pergi ke bank dan maklumkan kepada pihak bank bahawa anda mahu ‘terminate’.

Pihak Bank akan menjual sijil ASB anda dan anda akan mendapat pulangan prinsipal. Jika anda mempunyai akaun bank, pulangan prinsipal anda akan dipulangkan kembali melalui akaun bank. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, pulangan adalah melalui buku ASB.

Untuk pengetahuan anda, Pembiayaan ASB Islamik tidak mengenakan penalti jika anda ‘terminate’ awal. Pembiayaan ASB tidak mempunyai tempoh anda tidak boleh ‘terminate’ pembiayaan ASB atau ‘lock in period’.

ANDA AKAN DAPAT

Dividen ASB terakhir : RM13,500

Pulangan prinsipal
Tahun Pertama (48 bulan) : RM3082
Tahun Kedua: (36 bulan) : RM2251
Tahun Ketiga (24 bulan) : RM1461
Tahun Keempat (12 bulan): RM712
Jumlah pulangan prinsipal : RM7506

Jumlah kasar keseluruhan : RM13,500 + RM7506 = RM21,006

Teknik menyimpan duit ASB bagi yang bergaji kecil
Kesabaran anda akan memberi hasil yang berganda

RINGKASANNYA

Tahun Pertama : Mohon RM50,000 (RM50,000)
Tahun Kedua: Mohon RM50,000 (RM100,000)
Tahun Ketiga: Mohon RM50,000 (RM150,000)
Tahun Keempat: Mohon RM50,000 (RM200,000)
Tahun Kelima: Tamatkan Pinjaman ASB RM200,000 (RM50,000 x 4)

BAGAIMANA JIKA DIVIDEN ASB TURUN?

Jangan bimbang kerana baki RM75 dan bonus masih ada. Jadi boleh gunakan wang tersebut. Gaji anda setiap tahun juga meningkat. oleh itu gunakan dengan sebaik mungkin.

Jika anda mampu dan berdisiplin, pada tahun ke 5, anda sudah ada dana simpanan wang sebanyak RM21,000. Komitmen anda hanyalah RM275 setiap bulan.

Dengan wang sebanyak RM21,000 yang ada, jika anda mampu menggunakan dengan sebaiknya, anda adalah dikira sebagai sangat bijak.

Apa anda boleh buat dengan Rm21,000 itu? Macam-macam anda boleh lakukan antaranya ialah:

BERKAHWIN

Buat majlis perkahwinan secara sederhana sahaja. Ambil RM15,000 manakala bakinya simpan. Pelawa calon

suami / isteri anda buat sepertimana anda buat. Apabila sudah graduasi, akan ada tabung dana keluarga sebanyak, RM42,000.

MEMBELI RUMAH

Gunakan RM21,000 sebagai deposit untuk membeli rumah. Sebaiknya beli apartmen ‘subsale’ yang murah dan

sewakan. Jangan lupa buat perjanjian sewaan supaya ada bukti duit masuk dalam akaun anda. Selepas 6 bulan, cuba beli lagi sebuah rumah.

MEMBELI KERETA

Beli kereta ikut kemampuan gaji anda. Ansuran bulanan sebaiknya tidak lebih daripada 15% daripada gaji anda. Anda dikira lebih bijak jika membeli kereta terpakai tempatan yang murah secara tunai menggunakan duit RM21,000 tadi.

SIMPAN DALAM ASB UNTUK MASA DEPAN

Anda tidak perlu ‘terminate’ semua Pinjaman ASB anda tadi. Tambah lagi Pinjaman ASB 2 pula dengan ansuran bulanan yang sama iaitu RM275. Anda sudah mempunyai ASB & ASB 2 sebanyak RM400K sebagai pelan persaraan.

APAKAH INTI PATI PENTING YANG DIPEROLEHI DARI TEKNIK INI?

1. Walaupun anda bergaji kecil tetapi jika anda simpan secara paksa atau wajib sebanyak RM275 dalam 5 tahun anda sudah ada mampu menjana RM21,000.

2. Anda tidak perlu memohon untuk pembiayaan peribadi bagi majlis perkahwinan anda.

3. Anda juga sudah mempunyai deposit untuk membeli rumah dan sewakan. Anda mendapat aliran tunai yang positif.

4. Anda mempunyai simpanan untuk beli kereta secara tunai tanpa perlu berhutang dengan bank dalam jangkamasa yang lama.

Pembiayaan ASB Islamik tidak sama seperti pembiayaan peribadi. Anda tidak memperolehi wang secara mudah seperti pembiayaan peribadi. Jika anda rasa tidak mampu untuk teruskan, anda boleh tamatkan pembiayaan dan anda tidak perlu membayar apa-apa hutang pun. Biasanya selepas 2 tahun.

Pinjaman ASB merupakan hutang yang tidak merugikan. Anda menggunakan duit bank untuk melabur dengan nilai yang lebih besar. Anda membayar kepada bank sebulan dengan sejumlah yang kecil dan dalam akaun ASB anda seolah-olah mempunyai RM50,000. Dividen adalah berdasarkan nilai RM50,000 ini.

pinjaman melalui Bank CIMB adalah dikira terbaik. Takaful tidak wajib dan tempoh pembiayaan ASB selama 30 tahun. Jadi anda tak wajib ambil takaful (sebab niat anda hendak terminate) dan ansuran bulanan anda adalah lebih rendah.

SILA BACA

1. Perkiraan adalah secara kasar sahaja.
2. Andai dividen ASB diumumkan oleh pihak ASNB sepanjang tempoh 4 tahun tersebut ialah : 6.75%

Sumber: Amir Syahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Babi Hutan Masuk Masjid. Seorang Jemaah Cedera Disondol

7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang