in

Teknik Mudah Membersihkan Tumpahan Minyak, Kicap & Sos

Teknik bersihkan tumpahan minyak

Pengalaman ketika membersihkan rumah, tumpahan minyak, kicap dan sos didapati paling sukar untuk dibersihkan. Jika kita tidak menggunakan sabun dan air, ianya tetap ada walaupun penat mencucinya. Tentang tumpahan minyak pula tidak kiralah sama ada minyak masak, minyak angin atau minyak gamat.

Sebenarnya ada cara mudah untuk membersihkan tumpahan minyak-minyak berkenaan. Anda tidak perlu menggunakan mop, sabun dan air untuk membersihkannya. Kerana ada cara yang sangat mudah dan berkesan untuk membersihkannya.

Menerusi satu teknik yang dikongsikan facebook Chef As – As Homemade seperti yang disiarkan oleh Vanilla Kismis, apa yang anda perlu lakukan untuk mencuci tumpahan tersebut hanyalah dengan menggunakan tepung gandum sahaja.

Teknik Membersihkan Tumpahan Menggunakan Tepung Gandum

Berikut adalah cara-cara untuk membersihkan tumpahan cecair seperti minyak, kicap dan sos:

1. Sekiranya sebarang cecair seperti minyak, sos atau kicap tumpah ke lantai, anda dinasihatkan jangan terus mop atau lap dengan kain buruk. Kerana dengan berbuat demikian kotoran tersebut akan merebak ke tempat lain.

cuci minyak tumpah
Keadaan apabila berlaku tumpahan minyak

2. Seperti yang dinyatakan di atas, teknik yang sangat berkesan bagi membersihkan tumpahan cecair seperti itu adalah hanya dengan menggunakan tepung gandum.

3. Oleh itu anda hanya perlu mengambil segenggam tepung gandum atau atau secukupnya lalu taburkan di atas tumpahan secukupnya. Biarkan seketika supaya tepung bertindak menyerap tumpahan tersebut.

mencuci tumpahan minyak
Taburkan dengan tepung gandum

4. Tindakan seterusnya adalah, kautkan semua kotoran yang sudahpun melekat atau meresap pada tepung tadi. Seeloknya anda memakai sarung tangan.

tips mencuci minyak tumpah
Mudah untuk dicuci

5. Selepas itu, anda bolehlah lap atau mop bahagian yang tertumpah tadi sehingga bersih.

Sila lihat video di bawah untuk memudahkan anda mengetahui dengan lebih jelas.

VIDEO

Selamat Mencuba. Like dan Share jika bermanfaat – Suka Viral

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kereta Terbang Pertama Negara

Kereta Terbang Negara Hampir Siap – Menteri

Isu tulisan jawi

Tiada Keperluan Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi – Mujahid