in ,

Teknik Padam Mesej WhatsApp Yang Melebihi Tempoh Masa (Delete For Everyone)

Cara padam mesej whatsapp yang melebihi tempoh masa

Zaman sekarang aplikasi WhatsApp adalah medium untuk menghantar pesanan paling popular di seluruh dunia. Tak hairanlah aplikasi ini kerap membuat penambahbaikan bagi memudahkan pengguna termasuk teknik padam mesej whatsApp.

Kadang-kadang sebagai manusia biasa, ada yang silap atau terkasar bahasa dalam menghantar pesanan samada kepada kawan, saudara ada suami / isteri. Bila merasakan ada kesilapan sudah tentu kita mahu Padam mesej WhatsApp berkenaan atau DELETE.

teknik padam mesej whatsapp
Aplikasi WhatsApp sudah menjadi keperluan kepada penduduk dunia

TEKNIK PADAM MESEJ WHATSAPP

Jadi kita diberi pilihan untuk memadam pesanan tersebut jika kita tidak mahu penerima membacanya. Apa yang kita harus buat ialah dengan klik padam untuk semua (Delete For Everyone).

CARA NAK PADAM MESEJ WHATSAPP UNTUK SEMUA

Klik dan tahan jari pada mesej dan pilih berapa mesej yang hendak dipadam, klik ikon Tong Sampah (bin), kemudian pilih ‘Padam untuk semua orang’ (Delete for Everyone).

cara padam mesej whatsapp
Anda boleh padan mesej untuk semua jika mesej yang dihantar tidak melebihi 7 minit

Padam Untuk Semua hanya boleh dilaksanakan dalam tempoh masa tujuh (7) minit selepas pesanan dihantar. Selepas itu kita hanya boleh Padan untuk diri sendiri sahaja (Delete for Me). Sudah tentu kita risau kerana kita tidak boleh memadam pesanan yang hendak dipadam.

cara delete for everyone
Setelah melebihi 7 minit, hanya boleh padam untuk saya sahaja

Jangan bimbang kerana ada teknik untuk memadam untuk semua (delete for everyone) walaupun melebihi had masa tujuh (7) minit seperti yang dinyatakan. Caranya adalah seperti langkah-langkah di bawah ini.

TEKNIK PADAM UNTUK SEMUA MESEJ WHATSAPP SELEPAS HAD MASA

Berikut adalah langkah penyelesaian untuk memadamkan pesanan WhatsApp yang dihantar selepas melebihi had masa yang diperuntukkan:

1. Matikan Wi-Fi atau data pada telefon mudah alih anda
2. Pergi ke TETAPAN (Setting). Laraskan masa pada telefon anda ke tarikh dan masa sebelum anda menghantar pesanan/
3. Buka aplikasi WhatsApp anda, cari dan pilih mesej, klik ikon bin dan pilih ‘Padam untuk Semua’ (Delete for Everyone).
4. Aktifkan (ON) semula Wi-Fi atau data pada telefon mudah alih anda.
5. TETAPKAN (Setting) semula masa dan tarikh kepada normal supaya pesanan akan dipadamkan pada pelayan WhatsApp. SELESAI.

mesej wasap
Anda boleh padam mesej untuk semua walaupun melebihi had masa dengan teknik ini.

Semoga anda tidak menggelabah lagi selepas ini. Mana tahukan terkantoi mesej atau tersilap tulis I LOVE YOU pada orang lain.

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE jika membantu anda. Layari page kami di Suka Viral.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Cara dan Kadar Membayar Fidyah

Cara Membayar Fidyah dan Kiraannya

Malaysia Baham Timor Leste (7-1) Kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022