in ,

Telur – Yang Mana Lebih Berkhasiat

Telur dan Khasiatnya

Bagi orang bujang, menu telur adalah yang paling mudah untuk dimasak. Paling mudah adalah telur goreng atau telut mata. Yang agak rajin akan masak telur dadar. Yang paling rajin pula boleh buat kari, kurma dan telur bungkus.

Ada yang mengatakan mengambil telur yang banyak akan meningkatkan tahap kolesterol yang tinggi. Namun yang demikian, jika pengambilan telur itu berpatutan walau setiap hari adalah baik untuk kesihatan dan banyak khasiatnya.

Berbagai jenis telur
Telur

Namun tahukah anda telur mana yang lebih sihat dan berkhasiat untuk dimakan?

Sejak turun-temurun lagi telur ayam, itik, puyuh dan angsa menjadi makanan sumber protein yang menyihatkan dan ada yang menjadi ubat untuk merawat penyakit.

Kandungan kimia dalam telur-telur yang disebutkan tadi tidak terlalu berbeza antara satu dengan yang lain kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur (egg yolk).

Masakan telur
Telur boleh dimasak dengan cepat

Protein albumin terdapat pada bahagian putih telur yang merupakan vitamin larut lemak manakala protein avidin merupakan sejenis antibiotik semula jadi yang amat berguna bagi melawan jangkitan mikro organisma yang boleh menyebabkan telur telur.

Terdapat 67 miligram sulfur di dalam telur yang merupakan 8 peratus keperluan seharian yang diperlukan oleh badan manusia.

Berikut adalah telur yang biasa dimakan oleh penduduk di negara ini. Pilihan telur ini berbeza dari segi khasiatnya. Jadi yang mana sesuai untuk anda? Teruskan membaca.

TELUR AYAM KAMPUNG

Telur Ayam Kampung bersaiz sedikit kecil dari telur ayam penelur
Telur Ayam Kampung

Telur ayam kampung bersaiz lebih kecil berbanding telur ayam penelur. Kandungan nutriennya adalah sama dengan telur ayam daging. Ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi disebabkan mendapatkan makanannya secara organik dan telurnya bebas dari bahan kimia.

Khasiatnya dipercayai lebih baik dari ayam daging dan menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit.Sejak turun-temurun ia digunakan dalam rawatan tradisional. Permintaan terhadap telur ayam kampung ini sangat tinggi.

TELUR AYAM PENELUR

Telur Ayam Penelur lebih besar dari telur ayam kampung
Telur Ayam Penelur

Telur ayam menjadi pilihan kebanyakan penduduk Malaysia sejak zaman berzaman dan ianya sangat mudah didapati. Merupakan sumber protein yang kaya dengan vitamin A dan omega 3.

Kadar lemak dan kalorinya adalah rendah dengan antibiotik wujud bersama-sama dengan biotin terdapat di dalam telur ayam yang dimakan mentah. Antibiotik ini akan hilang apabila dimasak.

Telur ayam juga mempunyai asid amino yang mudah diserap oleh tubuh manusia yang sememangnya amat diperlukan untuk tenaga.

TELUR ITIK

Telur Itik berwarna putih
Telur Itik

Difahamkan telur itik mempunyai banyak khasiat terutama untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang tidak serius. Ia juga berfungsi dalam penjagaan buah pinggang.

Sesuai diambil oleh mereka yang lemah tubuh badan seperti baru pulih dari penyakit batuk kering, sakit kerongkong, tekanan darah tinggi dan cirit birit.

Ia kaya dengan vitamin B2, protein, mineral, kalsium dan zat besi dan mampu mencegah penyakit anemia (kekurangan darah) dan meningkatkan kekuatan tulang.

Telur yang diawet menjadi telur masin juga tidak hilang khasiatnya. Hanya perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit kerana kandungan garam yang banyak tidak baik untuk kesihatan.

TELUR PUYUH

Telur burung puyuh
Telur Puyuh

Kandungan nutrien di dalamnya adalah hampir sama dengan telur ayam. Ia kaya dengan protein, vitamin, mineral, kolina, lutein dan pelbagai zat penting yang lain. Jika diamalkan pengambilannya, ia mampu mencegah penyakit paru-paru dan asma.

Telur puyuh mampu memenuhi keperluan kalsium tubuh yang baik untuk tulang dan gigi. Selain itu, telur puyuh juga mampu meningkatkan kadar hemoglobin dalam tubuh.

TELUR ANGSA

Telur Itik Angsa
Telur Angsa

Saiznya lebih besar dari saiz telur ayam dan itik. Pengambilan yang kerap telur angsa sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai penyakit hepatitis dan penyakit buah pinggang.

Kandungan lesitin dalam telur angsa sangat tinggi berbanding telur lain. Lesitin dapat membantu menurunkan tekanan darah, menguatkan jantung dan sangat sesuai bagi perkembangan otak kanak-kanak yang sedang membesar.

Anda sudah mendapat sedikit pengetahuan tentang telur. Oleh itu, pilihan di tangan anda hendak menggunakan samada telur ayam kampung, telur ayam daging, telur itik dan sebagainya.

Sumber: Era Baru

Pemilihan Exco Wanita UMNO Malaysia

Anak Datuk Seri Zahid Hamidi Kalah Dalam Pemilihan Exco Wanita UMNO Malaysia

Lagi Sardin Berulat Dikesan