in

Temerloh Pernah Ada Gunung Berapi Dan Bakal Muncul Kembali?

Gunung Berapi di Temerloh?

Ramai yang tidak tahu bahawa dahulu di Semenanjung Malaysia terdapat banyak gunung berapi yang tersusun cantik disepanjang Banjaran Titiwangsa. Berjuta tahun dahulu Semenanjung Malaysia yang asal ialah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Namun demikian, plat Cathaysia yang merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor telah bertembung dengan plat Sibumasu iaitu tanah asal semenanjung.

Kesan dari pertembungan tersebut, tekanan dan pelanggaran kedua tektonik ini telah mewujudkan barisan gunung berapi disepanjang banjaran ini. Pada ketika itu kesemua gunung berapi ini masih aktif. Namun setelah berlaku perlanggaran sepenuhnya barulah gunung berapi yang aktif telah bertukar menjadi separuh aktif, pendam sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau m4ti.

Adakah gunung berapi yang dimaksudkan seperti ini?

Setelah banjaran-banjaran gunung berapi itu m4ti, ia telah membentuk menjadi bukit, pergunungan dan banjaran baru yang kini dikenali sebagai Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Keledang, Banjaran Bintang Tahan dan Banjaran Benom.

Prof Madya Dr.Habibah berkata, banjaran gunung berapi tersebut dikatakan wujud semasa usia akhir 237 juta tahun yang lalu. Disebabkan aktiviti gunung berapi inilah terdapat banyaknya emas, bijih besi, timah, perak dan pelbagai sumber mineral lain yang menjadikan Malaysia berjaya menjadi kuasa besar dunia pada zaman lampau sehingga dizaman moden ini sehingga mampu membangunkan negara China sebanyak dua kali di zaman kejatuhan mereka. Apakah mereka lupa atau tidak tahu?

Dari tanah yang kaya dengan sumber mineral ini jugalah menyebabkan Malaysia mempunyai hasil balak yang berkualiti tinggi dan mampu bertahan ribuan tahun seperti Belian, cengal, tualang, mempening, penaga dan banyak lagi. Kayu-kayu tersebut berkualiti Gred A kelas Satu dan tahan lama.

Pahang juga kaya dengan hasil balak. Photo: Astro Awani

Jadi tidak hairanlah Malaysia mampu menjadi empayar penguasa lautan dan pencipta pengangkutan pertama di dunia iaitu industri perkapalan suatu ketika dahulu .

Siapa kata Melayu Pemalas? Maharaja china pernah meminta bantuan Empayar Melayu Srivijaya untuk melabur, membina dan mengajar mereka ilmu tukang perkapalan. Maka muncul lah tentera laut yang pertama di China di bawah telunjuk Srivijaya . Tidak mungkin Laksamana Cheng Ho mampu pusing keliling dunia jika bukan kerana bantuan Empayar Melayu pada satu ketika.

GUNUNG BERAPI TEMERLOH

Berbalik kepada tajuk utama mengenai Gunung Berapi Temerloh. Abang pernah berjumpa dengan ahli kasyaf di satu lokasi pertapaan di atas sebuah gunung. Menurut ahli kasyaf tersebut, gunung berapi ini masih separa aktif namun tidaklah ditahap serius.

Namun jika berlaku lagi gempa bumi di sekeliling Tanah Melayu ini, kita bakal menyaksikan gunung berapi tersebut akan menjadi aktif sepenuhnya. Bukan sahaja gunung berapi Temerloh yang masih berfungsi sehingga kini, namun terdapat beberapa lagi gunung berapi yang masih aktif mengeluarkan sumber mineral seperti gunung berapi Gunung Tahan.

Suatu ketika dulu Sg Lembing di Pahang menghasilkan perlombongan bijih timah dari perut bumi.

Tanda-tanda hasil aktiviti letusan gunung berapi ditemui sepanjang jalur tengah semenanjung Malaysia, terutama di Kampung Awah. Kampung Awah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional terletak di dalam mukim Bukit Segenggam, kira-kira 18 km dari bandar Temerloh dan 35 km dari bandar Maran, Pahang. Lokasi terpaksa dirahsiakan dan diubah.

Ahli geologi tempatan menjangkakan bahawa lokasi gunung berapi paling aktif berkemungkinan terletak berdekatan dengan kawasan tersebut. Pengkaji telah menemui pelbagai jenis batuan gunung jauh lebih banyak berbanding di tempat-tempat lain. Berdasarkan penemuan tersebut ahli geologi yakin bahawa pusat gunung berapi suatu tika dahulu terletak di negeri Pahang.

HASIL PERTAPAAN

Abang diberitahu bahawa emas akan muncul dengan banyak tanpa perlu mengorek ke dasar (dalam) pada akhir zaman nanti. Logiknya emas yang ada sekarang telah memasuki fasa yang baru iaitu pada tahun 2012 dimana ramai menjangkakan dunia akan kiam4t menurut kalendar Maya. Namun apa yang mereka tidak tahu ialah sebaliknya .

Sebenarnya tahun 2012 adalah waktu bermulanya pembentukan bumi untuk menyediakan dirinya sehingga diwaktu bumi meletup pada akhir zaman. salah satu persediaan tersebut ialah dengan mengaktifkan kembali gunung-gunung berapi di seluruh dunia. Mungkin disebabkan itu berlaku terlalu banyak bencana alam yang dahsyat berlaku pada tahun-tahun sekitarnya.

lombong emas
Lipis adalah kawasan pengeluaran emas terbesar di Malaysia juga terletak di kawasan berhampiran jajaran Banjaran Titiwangsa. Photo: Cerita Dari Lipis

Secara tidak langsung juga, ianya telah mengakibatkan fasa permulaan atau kelahiran semula pembentukan baru sumber mineral dunia terutamanya emas. Ini berkemungkinan emas yang ada sekarang adalah dari fasa awal dan belum matang sepenuhnya. Fasa ini terpecah kepada tiga dan fasa akhir ialah setelah 10 tahun bermula dari sekarang. (Admin: Mungkin bermula 2012?)Kepada penduduk Temerloh dan kawasan sepanjang banjaran emas tersebut tentu anda tahu apa perlu anda lakukan.

Bahasa mudahnya batuan-batuan di bawah kerak bumi akan menolak emas tersebut sehingga muncul ke dasar permukaan, kerana ia muncul dengan jumlah yang banyak. Jadi anda tidak perlu mengorek dalam-dalam.

Adakah ini semua mustahil?

Di akhir zaman kelak, Imam Mahdi akan mengeluarkan sumber dan harta dunia sehingga manusia tidak mahu lagi menerimanya kerana terlalu banyak. Pada masa itu haiwan ternakan dan tanaman akan menjadi subur akibat dari berlakunya perubahan dalam bumi.

Mana mungkin semua ini berlaku tanpa logik sains akal bukan? Itulah sebab mengapa bumi sedang aktif kembali dan akan mengeluarkan semua hasilnya sebelum ianya m4ti. Pada satu tahap, bumi akan mengeluarkan semuanya hatta termasuk isi perutnya sendiri sehingga menyebabkan bumi ini terburai.

Semua apa yang berlaku adalah kehendak Allah dan kebanyakkannya telah tertulis dengan lengkap di dalam hadis-hadis akhir zaman. Hanya orang-orang yang berilmu dan beriman akan mengambil pengajaran.

Artikel ini ditulis oleh Syed Al Shahab Al Banjari. Siapa Syed Al Shahab? Min pun tak pernah dengar.

Min ada ubah sikit-sikit ayatnya tetapi tidak lari maknanya. Bacalah sebagai pengetahuan tidak wajib percaya dengan apa yang ditulis. Percayalah kepada yang ada faktanya sahaja. Yang lain hanya sebagai pengetahuan – Wallahu A’lam

Artikel Lain: Saintis Islam Ukur Jarak Pintu Syurga Menggunakan Google Map

Sumber: facebook

Written by Admin

Hukuman Ke Atas Ayea Yea Tidak Seimbang

Hina Nabi – Hukum4n Ke Atas Ayea Yea Tidak Seimbang Dengan Kesal4han- Peguam

resepi kek marble sukatan cawan

Resepi Kek Marble Coklat dan Red Velvet Plus Coklat